Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Sembahyang Sunat Tarawih: Sejarah dan kelebihannya

Malam ni bermulalah sembahyang sunat terawih bagi kita yang akan berpuasa pada keesokan harinya. Oleh itu, ingin saya kongsikan sejarah solat ini dan kelebihannya.

Sembahyang ini dinamakan Tarawih kerana pada awalnya kaum muslimin berkumpul untuk melakukan sembahyang ini, mereka beristirehat setiap kali selesai dua salam atau setiap empat rakaat yang dalam bahasa Arab istirehat itu disebut dengan 'tarwih' dan jamaknya ialah 'al-tarawih.'

Pada zaman Rasullullah s.a.w. masih hidup, para sahabat melakukan sembahyang Tarawih ini secara sendiri-sendiri dan dilakukan di rumah masing-masing sebagaimana melakukan sembahyang malam (sembahyang Tahajjud).

Pada zaman Rasullullah s.a.w., baginda hanya mengerjakan sembahyang Tarawih ini sebanyak 8 rakaat, ada kalanya 10 rakaat kemudian mencukupkannya sehingga 11 rakaat dengan sembahyang Witir sebagaimana yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. yang berbunyi:

"Sesungguhnya Rasullullah s.a.w. tidak pernah melebihi sembahyang pada bulan Ramadhan dan tidak pula pada bulan lainnya dari sebelas rakaat."

Kemudian dikatakan pula bahawa pad masa Umar ibn al-Khattab, sembahyang Tarawih ini dikerjakan sebanyak 20 rakaat. Justeru ini, kita boleh memilih untuk melakukan sembahyang Tarawih sebanyak 8 atau 20 rakaat.

Kelebihan sembahyang sunat Tarawih

Di antara keutamaan yang terkenal dari sembahyang sunat Tarawih ini ialah sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasullullah s.a.w. melalui sabdanya yang masyhur yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dan Abu Hurairah, maksudnya:

"Barangsiapa yang berdiri mengerjakan sembahyang malam - pada bulan Ramadhan kerana iman dan kerana mengharapkan akan keredhaan Allah, diampunilah dosa-dosanya yang terdahulu."


Rujukan: Mohd Yusoff Haji Ismail; Panduan Lengkap Sembahyang Sunat dengan Bacaan Serta Doa Dalam Tulisan Rumi; 2008; Perniagaan Jahabersa.

Entahlah...

Kadang-kadang saya tak tahu kenapa saya berasa begini. Mungkin dugaan dari Dia untuk menguji kesabaran, ketabahan dan kematangan saya. Adakala saya rasa bengang, kecil hari, sakit hati, kesal dan entah apa-apa lagi perasaan. Saya cuba bersikap selamba tapi adakalanya kecundang juga. Namun saya tahu, pada sujud terakhirlah tempat saya untuk melepaskan segalanya dan meminta bantuanNya untuk diri ini dan suami.

Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk diri ini. Hanya pada kau sahaja tempat aku berpaut dan berlindung.

Selamat menyambut bulan Ramadhan

Dua hari sahaja lagi (Insya-Allah), kita semua akan menyambut bulan Ramadhan. Bulan keberkatan buat semua umat Islam dan bulan untuk kita merebut pahala yang diberikan oleh Allah kepada seluruh hambanya.

Oleh itu, saya mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan kepada semua yang melayari blog ini. Semoga puasa kita pada tahun ini diberkati oleh dia yang Esa. Amin...

Selamat tinggal Comel...


Comel, kucing yang saya dan hubby bela sejak bulan 5 yang lalu telah tiada lagi. Dia telah pergi buat selama-lamanya selepas isyak tadi. Mati eksiden. Ayah mertua saya sewaktu itu hendak ke kedai membeli barang, setelah pasti yang Comel tiada di bawah kereta baharulah di reverse. Namun, memang sudah janji Allah, si kecil itu tergelek sedikit dengan tayar kereta hadapan.


Saya yang sewaktu itu ingin bersolat Isyak terdengar si Comel menjerit. Cepat2 saya ke tingkap. Saya lihat hubby saya sudah berlutut di tepi tayar. Ayah mertua saya pantas tekan pedal minyak. Pada mulanya saya lihat si Comel masih lagi hidup. Tetapi, Allah lebih sayangkan dia. Selepas solat Isyak saya segera ingin melihat Comel yang diletakkan di dalam sangkar oleh hubby saya. Bila saya sentuhnya, saya lihat tiada respon. Tiga empat kali saya sentuh dan gerak tetapi masih tiada respon. Akhirnya saya tahu yang dia sudah tiada lagi dan meninggalkan saya dan hubby buat selama-lamanya.
Terima kasih ya Allah kerana memberikan Comel buat seketika kepada saya dan hubby untuk berkongsi keletahnya.

Menu untuk suami yang demam: Potato Croquette & Mihun Ladna Pedas

Hubby mula demam dari pagi Sabtu semalam. Alhamdullillah, dah semakin kebah. So, untuknya hari minggu ni saya masakankan potato croquette dan bihun ladna pedas (exactly guna mee tapi oleh kerana saya dan hubby tak berapa sangat saya guna bihun).

Mari saya kongsikan cara-cara untuk masak potato croquette dan mihun ladna.

Bahan-bahan Potato Croquette:
1. 4-5 biji ubi kentang
2. 1 sudu mentega
3. 1/2 biji bawang besar
4. 150g daging cincang
5. sedikit garam dan serbuk lada sulah
6. 2 biji telur dipukul
7. bread crumbs secukupnya
8. sedikit tepung
9. minyak untuk mengoreng

Cara-cara:

1. Rebus ubi kentang sehingga masak
2. Kemudian kupas kulit kentang dan lenyek dengan garfu
3. Potong dadu bawang besar.
4. Panaskan mentega. Tumis bawang besar sehingga naik bau.
5. Masukkan daging. Kacau supaya tidak berketul. Bila dah masak tambahkan garam dan serbuk lada sulah.
6. Kemudian masukkan daging ke dalam ubi kentang tadi. Gaul sehingga sebati
7. Bahagikan kepada 8 atau beberapa bahagian. Ambik satu bahagian dan buat bentuk bulat atau ikut kesukaan anda. Ulang sampai habis.
8. Salutkan setiap bahagian tadi dengan tepung, kemudian dengan telur yang telah dipukul dan diikuti dengan bread crumbs. Goreng dalam minyak penuh.
Untuk resepi ni saya tak taruk bread crumbs sebab takde stok tu. Takpe, lain kali buat boleh bubuh.

Nampak macam bergedilkan? Rasanya lebih kurang sama cuma intinya sahaja ada daging.
Lepas dah masak potato croquette, saya buat mihun ladna pedas pula. Nampak caranya dalam resepi macam simple.

Bahan-bahan ( 6 orang makan) (Ni resepi sebenar dalam web myresipi.com):
1. sebungkus bihun
2. 1 camca besar lada hitam
3. 3 ulas bawang putih (ditumbuk/dihiris)
4. 6 sudu besar sos tiram
5. semangkuk kecil ayam/daging dihiris kecil-kecil
6. sawi,taugeh,bebola ikan

Cara-caranya:
1. Tumiskan bawang putih sehingga garing masukkan ayam/daging kacau hingga empuk
2. Masukkan lada hitam dan air mengikut kesukaan
3. Masukkan sos tiram
4. Masukkan mee,sawi,tauge dan bebola ikan masak hingga empuk
5. Masukkan garam dan perasa makanan sesedap rasa
* Boleh nak letak tepung jagung tapi bagi saya rasanya kurang 'kick'

Untuk bihun ni saya tak dapat letak ayam dan taugeh coz terlupa nak keluarkan ayan dan taugeh tu saya tak minat. Hehehehe...

Bihun Ladna kali ni jugak saya tak campurkan sekali mihun dalam kuah kerana takut mihun kembang. Lagipun boleh makan banyak kali.


Tada... Hasil mihun ladna saya. Nampak cair sikit coz kuah tu saya buat banyak. Namun hasilnya memang tak mengecewakan. Mudah, ringkas dan sedap.

Puding Roti, pertama kali dalam hidup saya buat.

Tengah saya godek-godek internet 2 hari lepas, tiba-tiba terjumpa satu web resepi masakan. Macam-macam masakan ada. Pelbagai jenis nasi, mee, telur, ayam, dessert, minuman, snack dan western boleh didapati di website ni. Saya pun apa lagi, godek le resepi apa yang patut.

Tengah saya mengklik pelbagai jenis menu, satu menu ni menambat hati untuk mencubanya. Ya, puding roti. Dah lama saya teringin nak buat makanan ni cuma tak berkesempatan dan bahan-bahan dalam buku yang saya beli tu macam banyak sangat (lecehlah pulak rasanya). Tapi kali ni, bahan-bahan puding roti ni sikit dan kelihatan simple. Apa lagi, saya pun terus copy paste le kat dalam komputer.

Bahan-bahan untuk buat puding roti.

1. 4 keping roti disapu mentega
2. 450ml susu segar
3. 3 biji telur
4. 25gm gula
5. 1 sudu besar tepung kastard


Cara-cara membuatnya:

1. Potong kulit roti. Kemudian sapukan mentega di atas roti.
2. Susun di dalam loyang.
3. Panaskan susu di atas api (jangan sampai mendidih).
4. Pukul telur dan gula sampai kembang dan masukkan susu yang telah dipanaskan.
5. Masukkan tepung kastard dan kacau hingga sebati.
6. Tuang campuran atas susunan roti. Biarkan selama 15 minit supaya roti kembang.

7. Bakar hingga 20-30 minit pada suhu 180. Kemudian sejukkan.

Tada... Inilah dia hasil puding roti saya. Baunya, menusuk sedap ke rongga hidung.

Well, sape-sape nak try, boleh try. Kalau nak mencuba pelbagai lagi jenis resepi, lawat aje laman web http://www.myresipi.com/. Macam-macam ada. Mesti rasa teruja nak mencuba.

Finished Hatiku di Harajuku


Saya dah habis baca buku ni malam Ahad yang lalu. Ambil masa kira-kira enam hari coz banyak kerja perlu dibereskan. Ceritanya menarik cuma ada beberapa sedikit persoalan yang tidak dijawab oleh penulis dengan baik. Sebagai contoh, kenapa tiba-tiba Risham memilih nama Ryu-Watanabe, bagaimana dia tercampak ke bumi Jepun, bagaimana tiba-tiba dia boleh insaf dan banyak lagilah persolannya.

Sememangnya saya suka cerita yang happy ending kerana tak nak membebankan fikiran banyak sangat tetapi sad ending dalam cerita ini memang berbalaoi buat Sabrina. Bagi saya, jika kita sayangi dan mencintai seseorang itu, kita tidak patut menerima perkara-perkara negatif dengan begitu mudah. Sikap prasangka yang berlebihan tanpa diselidiki kebenarannya akan memudaratkan diri sendiri. at the end, diri sendiri yang akan rugi.

By the way, setelah membaca trilogi Bagaikan Puteri, saya rasa novel ini ada kekurangannya sedikit. Namun begitu, apa pun ianya masih boleh diperbaiki dengan cerita yang lebih menarik dan ada 'umph' pada masa akan datang (saya percaya RAM boleh).

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...