Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Asam Pedas Ikan Pelaling yang ngam


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Sesekali bila masak asam pedas, memang sedap. Ni semua sebab asyik nampak kat IG @zee_zainal . Takde rezeki orang jual ikan pari, ikan pelaling pun on aje... 😋😋
Yang nak try masak asam pedas, boleh le cuba resipi ni.

Bahan:
4 ekor ikan pelalinh
4 sudu besar cili kisar
1 cawan minyak (agak bahan tumis tenggelam)
1 sudu besar air asam jawa
1 sudu kecil garam atau secukup rasa
1/4 sudu kecil gula
1 kuntum bunga kantan
1 ikat daun kesum
700- 800ml air

Bahan kisar:
1 bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit
Sedikit belacan bakar

Penyediaan:
1. Panaskan minyak yang agak banyak & tumis bahan kisar sehingga naik bau & tumisan betul-betul garing serta terbit minyak (saya tumis hingga 2-3 kali terbit minyak)
2. Masukkan ai, air asam jawa, garam & gula. Biarkan mendidih dengan api sederhan agar kuahnya sebati.
3. Setelah mendidih dalam 3-4 minit, masukkan ikan. Kemudian, masukkan bunga kantan & daun kesum. Rasa sedikit & jika ok, tutup api. Sedia untuk dihidang.

Tauhu, Taugeh & Kucai Masak Kicap


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Menu mudah bila masak hujung minggu. Ini resipinya.

Bahan:
1 keping tauhu
2 genggam taugeh, cuci & toskan
1/2 cekak kucai, kerat pendek
1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 biji cili merah dihiris
1 biji cili hijau dihiris
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1/4 cawan air
2 sudu besar minyak untuk menumis
1/2 sudu kecil minyak bijan

Penyediaan:
1. Tauhu dipotong separuh, kemudian digoreng hingga keemasan, angkat & ketepikan. Setelah sejuk sikit, potong 5 setiap bahagian. Taugeh dibersihkan, cuci & tos. Kucai dicuci & dikerat pendek. Kemudian cuci bersih & toskan bersama taugeh.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Setelah panas, tumis bawang besar, bawang putih, cili merah & cili hijau hingga harum. Kemudian, masukkan sos tiram, kacau rata & tambah kicap manis. Gaul rata.
3. Masukkan tauhu, kacau sebentar & masukkan taugeh serta kucai, kacau hingga semua mesra. Masukkan minyak bijan, gaul & masak sekejap. Rasa & jika cukup semua, boleh matikan api. Siap untuk dihidang.

Kueh Tiaw Hailam, makan sekali nak lagi


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Menu feveret saya lepas pekena kueh tiaw hailam yang sedap dulu. Gigih cari & cuba resipi yang kena dengan tekak. Ini resipinya. Mudah sangat.

Bahan:
3 sudu besar minyak masak/zaitun
1.5 liter air stok ayam (guna kiub pati ayam je)
2 ketul ayam goreng dikerat kasar
2 keping fish cake, dihiris
4 batang cili besar merah & hijau, dipotong kasar
1 batang lobak merah dihiris
2 biji tomato belah 6
3 ulas bawang putih, dihiris
1 biji bawang besar dihiris
1 ikat sawi batang pendek, dipotong kasar
4 sudu besar sos tiram
2 sudu teh kicap pekat
3/4 camca teh serbuk lada hitam
4 sudu sos cili
1 sudu besar tepung jagung*
1/4 cawan air*(*dibancuh hingga mesra)
4 biji telur
Garam secukup rasa

Bahan lain:
500 g kuey teow
1/2 camca teh minyak bijan
1 liter air untuk rebus kuey teow

Penyediaan:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar & putih hingga wangi, masukkan lobak merah, kacau sebentar. Masukkan air 1 cawan. Masak hingga air mendidih.
2. Kemudian, campurkan sos tiram, sos cili, kicap pekat & serbuk lada hitam, gaul dan tuang stok air rebusan tulang. Kacau sesekali & biar mendidih.
3. Masukkan ayam goreng, fish cake & cili. Biar sekejap & tuang bancuhan tepung jagung, kacau hingga mesra.
4. Pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam kuah. Kacau perlahan-lahan agar telur pecah. Masukkan garam secukup rasa. Kacau seketika & bila nampak kuah sedikit memekat, dah boleh tutup api.
5. Untuk kueh tiaw, panaskan kuali berisi air & sesudu kecil minyak bijan. Bila air mendidih, masukkan kueh tiaw. Kacau seketika. Matikan api & toskan kuey teow. Siap untuk dihidang.

Susu Kocak Nanas a.k.a Pineapples Milkshake


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Haritu, masa morning walk kat kawasan rumah, ternampak ada orang jual nanas banyak dari Johor. Selonggok dapat 4 biji. Apalagi, kita belilah. 
Sedap sangat gais. Bila buat sendiri susu kocak nanas ni, confirm kita totally guna 100% susu. Ini resipinya.

Bahan:
1/2 biji nanas dibuang kulit & durinya.
1 1/2 cawan susu sejuk
4 kiub ais
3 sudu besar madu
1 sudu besar yogurt (optional)

Penyediaan:
1. Potong nanas 5 bahagian & kemudian potong dua. Potong empulur tengah yang keras. Masukkan potongan nanas ke dalam blender.
2. Masukkan susu, madu, yogurt & ais. Kisar hingga semuanya menjadi halus. Tuang ke dalam gelas. Siap untuk diminum.

Kek Marble yang moist & wangi


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, kek marble kali ni menjadi. Gembira hati saya. Rudy dah cakap, "Ini kalau bantat gak, kita makan dengan aiskrim aje." 🙄
Dan syukur sangat, menjadi juga. Masuk dalam oven pun dah berselawat. Minta Allah jadikan kek ni elok & sedap. Alhamdulillah, elok kejadiannya. Ini resipinya. Saya ambil dari web @matgebu . Saya guna terus tepung self rising.

Bahan:
250 gram majerin
130 gram gula kastor
4 biji telur gred A
240 gram tepung self rising
1/4 cawan susu segar
1 camca teh esen vanilla
1 camca besar serbuk koko

Penyediaan:
1. Panaskan oven pada suhu 175C°. Lenser tin dengan majerin & alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
2. Guna mixer, pukul majerin & gula kastor hingga kembang. Setelah gula hancur & kembang, masukkan telur satu persatu & terus putar mixer hingga adunan kembang memucat.


3. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung berselang-seli dengan susu segar, hingga habis. Tambah esen vanilla & putar rata. 
4. Ambil 7 sudu besar adunan tadi & masukkan ke dalam mangkuk lain. Tambah serbuk koko &, kacau rata hingga sebati.
5. Tuang 1/2 adunan tanpa warna & kemudian sudukan beberapa bahagian atasnya dengan adunan koko, tuang baki adunan tanpa warna & sudukan lagi baki adunan koko. Guna lidi atau hujung pisau, pusingkan adunan tadi beberapa kali agar membentuk corak marble.
6. Bakar dalam oven 40 minit atau hingga kek masak. Uji kek dengan mencucuk lidi sate bersih pada bahagian tengahnya, kalau keluar bersih tanda kek masak. Keluarkan kek dari oven, biarkan 5 minit dan boleh keluarkan kek dari tin. Biarkan ia sejuk sendiri & barulah dipotong.

Nasi Briyani Ala Pakistan Yang Mudah


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Menu ni mudah sangat. Dan tak perlu guna minyak sapi. Hanya guna minyak zaitun aje. Itupun dalam 3 sudu besar untuk 5 pot beras. Lauknya, jika ikutkan di web, ada menu ayam tersendiri tapi dek kerana orang request nak makan dengan ayam kicap mulberi, maka kita just masak nasi.

Bahan:
5 pot basmati (dibasuh bersih, direndam 1/2 jam & tapis)
7 pot air (untuk air, lebihkan 2 pot dari beras)
3 sudu besar minyak zaitun
8 biji buah pelaga
10 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 helai bay leave
1 sudu kecil garam
1/4 cawan susu cair
3 sudu besar yogurt
Sedikit pewarna kuning / safron

Bahan hiasan:
7 biji telur rebus
5 biji kentang kecil direbus
2 batang cili hijau dipotong seinci-seinci
Bawang goreng
Kacang gajus atau badam
Sedikit kismis

Penyediaan:
1. Di dalam periuk nasi, masukkan air, minyak zaitun, buah pelaga, cengkih, bunga lawang, bay leave & garam. Masak sehingga air mendidih.
2. Masukkan beras, kacau seketika & biarkan masak sehingga nasi hampir 80% masak.
3. Kemudian, masukkan yogurt & susu cair. Kacau sebentar & biarkan nasi masak sepenuhnya. Bila periuk nasi dah bermula tanda nasi masak, masukkan beberapa titik pewarna kuning ke atas nasi. Tutup penutup periuk nasi & biarkan ia seketika (lebih kurang 5-7 minit). Selepas itu, gaul perlahan-lahan nasi & pewarna tadi agar nasi tidak patah.
4. Untuk hidangan, masukkan nasi briyani ke dalam mangkuk nasi & taburkan bahan hiasannya iaitu kacang gajus, telur rebus, kentang rebus, cili hijau, bawang goreng & kismis.

Kari Ikan Merah Yang Pekat, Likat, Memikat


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Ini pertama kali saya masak menu ni guna resipi @aziekitchen . Alhamdulillah menjadi & sedap. Rudy pun kata sedap. Lagi-lagi bila dah basuh tangan pun, tangan still bau kari. Macam mamak dah rasanya 😁

Ni saya sharekan resipinya. Hopefully anda punya pun menjadi juga 😋

Bahan utama:
1 ekor ikan merah dibelah dua
2 paket kecil rempah kari ikan
1 sudu besar serbuk cili
4 tangkai cili padi
1 sudu besar pes asam jawa
3 pelepah daun kari
1 sudu besar halba campur
3 cawan air
1 kotak kecil santan Kara
3/4 cawan minyak masak untuk menumis
7 batang bendi
2 biji tomato
2 biji cili hijaudipatahkan

Bahan tumbuk/hiris halus:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia


Penyediaan:
1. Panaskan minyak & kemudian tumis halba campur, cili padi potong & bahan tumbuk/hiris dengan api perlahan sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah kari, serbuk cili & daun kari. Kacau sentiasa supaya tidak hangit & sehingga naik bau, baru dimasukkan secawan air. Masak sehingga terbit minyak dan masukkan baki air. Biarkan mendidih dan reneh sehingga bahan tumis pecah minyak kali ke-2.
3. Masukkan santan. Kacau sentiasa hingga kuah kari mendidih & santan tidak pecah minyak (terpisah dari kuah).
4. Setelah mendidih, masukkan ikan, pes asam jawa, garam & gula. Biarkan mendidih & reneh sehingga kari masak. Masukkan pula kacang bendi, tomato & cili hijau yang dipatahkan. Masak sehingga bendi menjadi empuk. Masak dengan api perlahan. Setelah empuk, tutup api. Siap untuk dihidang.

Puding jagung yang seda[p & seperti makan aiskrim


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Dah bertahun tak makan puding ni. Dan sesekali makan, rasa macam makan aiskrim jagung. Bila lepas tarawih & cari kudapan, amik aje sudu & kaut sikit demi sikit masuk mulut puding jagung yang lembut & wangi ni.

Bahan:
1 cawan tepung kastad
1 cawan jagung manis dalam tin
3/4 cawan gula
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair

Penyediaan:
1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
2. Lepas itu dikacau sehingga pekat, kental & berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
3. Angkat & tuang puding ke dalam loyang atau bekas tahan panas. Simpan dalam peti ais selama 2 jam. Selepas itu, bolehlah dipotong ikut suka atau sedekahkan pada jiran 😊

Ayam goreng kunyit daun kari yang mudah


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Kekadang datang mood masak ke laut, kita buat apa ajelah yang mudah time puasa ni. Jadinya, ini salah satunya.

Bahan:
4 ketul ayam dikerat dua
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam
1 biji bawang besar dihiris
2 ular bawang kecil dihiris
1 cili merah dihiris
3 tangkai daun kari
9 tangkai kacang panjang dipotong-potong
garam secukup rasa
3 sudu besar minyak utk menggoreng

Penyediaan:
1. Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit hingga rata. Perap dalam 20 minit.
2. Panaskan minyak untuk menggoreng ayam. Goreng ayam hingga ayam masak tapi tak perlu garing sangat. Keluarkan ayam dan keluarkan separuh minyak untuk menumis bawang.
3. Masukkan bawang besar, bawang putih, hirisan cili merah dan daun kari. Gaul rata dan masak hingga semua layu. Kemudian, masukkan ayam yang digoreng tadi. Gaul rata.
4. Masukkan kacang panjang dan sedikit garam. Masak sekejap hingga kacang masak tapi tidak terlalu lembut. Siap.

Peria goreng tepung yang rangup & sedap


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua.

Anda yang tak berapa suka peria pun akan suka rasa dari resipi ni. Sebab, rudy yang tak makan sangat sayur pelik boleh semalam dia bukak tutup balang. Mengudap peria goreng ni sambil borak.
Inipun first time saya buat. Alhamdulillah jadi. Nanti anda cuba. InsyaAllah sedap.

Bahan:
1 batang peria kembas dibelah dua, dibuang isi tengahnya & dihiris nipis
1 sudu besar garam (rendaman)
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung goreng ayam segera (tak kisahlah apa brand)
Tisu dapur (untuk keringkan peria basah)
Minyak untuk menggoreng

Penyediaan:
1. Setelah dihiris peria dengan nipis, rendam dalam air bercampur garam. Rendam sekurangnya setengah jam. Selepas itu, basuh bersih & tapis. Untuk cepat kering, tekap dengan tisu dapur & kemudian keringkan di bawah kipas.


2. Campurkan tepung jagung & tepung goreng ayam. Gaul mesra & ketepikan.
3. Panaskan minyak dalam kuali & guna api sederhana. Setelah minyak panas, masukkan segenggam hirisan peria ke dalam tepung & sadurkan ia. Kemudian, masukkan peria tersebut dalam kuali. Kacau & masak hingga kekuningan. Angkat & toskan. Masak sehingga habis semua peria.
4. Setelah peria goreng tak panas dah, letakkan dalam balang. Tutup rapat. Siap.

Roti celup telur & sosej yang sedap sentiasa


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Bila bulan Ramadhan ni, selalunya memang cari idea nak masak apa untuk berbuka + moreh sekali.
Jadinya, ini adalah menu mudah yang sangat sesuai. Menu roti celup telur & roti telur bersosej ni memang menu mudah yanga feveret kami di rumah.

Bahan pun mudah aje. Telur, roti, sosej, mentega & sedikit garam.
Untuk sosej tu, disarankan anda rebus dulu dalam 5 minit. At least tahan lama isi dalamnya. Kemudian, boleh belah dua atau guna aje sebatang. Bergantung pada individu 😀

Ikan pelaling masak taucu yang marbeles


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Betullah cakap orang, bila dah berusia ni, tekak rasa nak makan makanan oldies. Menu yang mama suka dolu-dolu, sekarang aku pulak yang suka 😅

Sape yang suka ikan goreng & masam masin, menu ni sesuai. Sedap gais. Ini resipinya untuk cuba.

Bahan:
3 ekor ikan pelaling disalut garam kunyit.
1 biji bawang besar dihiris bulat
2 ulas bawang putih, hiris
1 tangkai cili merah dihiris kasar
5-6 tangkai cili hijau dibelah tengah tapi jangan putus.
2 sudu besar taucu
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap lemak manis
2 cawan air
Sedikit garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Penyediaan:
1. Ikan digoreng, tapi jangan sampai garing. Ketepikan bila dah masak.
2. Panaskan 3 sudu besar minyak masak. Tumis bawang putih & bawang besar hingga naik bau. Kemudian masukkan cili merah & cili hijau yang dibuang bijinya. Kacau seketika.
3. Masukkan pula taucu & sos tiram. Kacau sebentar & masukkan air. Masak kuah hingga mendidih.
4. Setelah mendidih, masukkan kicap. Kacau seketika & masukkan ikan. Kacau perlahan-lahan & rasa. Jika tawar, boleh tambah garam secukup rasa. Kacau sebentar & boleh diangkat. Siap

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...