Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Resipi Spaghetti Aglio Olio Makanan Laut


Assalammualaikum dan salam sejahtera. Spaghetti aglio olio makanan laut, meriah bila kita masak sendiri dan letak apa kita mahu. Alhamdulillah dapat rezeki kupang besar pelbagai saiz dari tokeh seafood Faizal Baharom, kawan lama masa sekolah rendah dan menengah dulu.

Menu spaghetti aglio olia ni saya buat masa berbuka puasa haritu. Ini resipinya jika ingin cuba.

Bahan:
1/2 pek spaghetti yang siap direbus
1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih didadu
1/2 cawan air
400gm udang siap dicuci
1kg kupang siap direbus
1/4 biji cili benggala dihiris
1 sudu kecil oregano
1 sudu besar chilli flakes / paprika
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil garam
Minyak zaitun untuk menumis

Penyediaan:
1. Panaskan kuali & masukkan minyak zaitun. Setelah panas, masukkan bawang besar dahulu. Goreng sebentar & kemudian masukkan bawang putih. Goreng hingga sedikit garing & kemudian masukkan air. Gaul sebentar hingga air mendidih.
2. Masukkan spaghetti. Gaul sebentar & masukkan cili benggala, udang & kupang. Gaul.
3. Masukkan pula oregano, lada hitam, chilli flakes/paprika & garam. Gaul hingga mesra. Jika kelihatan kering, tambahkan sedikit air. Kacau sebentar & tutup api. Siap untuk dihidang spaghetti aglio olio makanan laut kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...