Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Puding Roti Fruits Cocktail yang mudah


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Saya suka puding roti. Bila jumpa resipi yang sedap, mesti nak cuba. Dan resipi kali ni juga saya cuba dari IG Permaisuri Agong @airtangan_tunkuazizah .
Nampak pudingnya tak perlu tuang kuah kastard & boleh guna fruits cocktail.
Gigih saya dok pi cari roti keras time PKP aritu tapi tak jumpa. Udahnya rezeki baru dapat 2 hari lepas di kedai bakeri Aeon. Orang dah ramai, baru depa buat banyak agaknya.
Jimat sangat buat puding roti ni. Portionnya banyak & boleh sedekah pada orang juga.

Bahan:
1 batang roti french bread / roti keras potong serong saiz sederhana
2 tin susu krimer sejat
2 cawan air
2 1/4 cawan gula kastor (Saya letak 2 cawan aje)
100gram santan kotak (untuk rasa lemak, optional)
3 sudu kecil vanila esen
113gram mentega cair
1 tin besar cocktails buah
5-6 biji kurma dibuang biji (sebab takde stok kismis)
6 biji telur


Penyediaan:
1. Dalam satu mangkuk besar, masukkan gula, air, susu sejat & vanila esen. Kacau bagi sebati & kemudian masukkan roti keras french bread tu. Macau seketika bagi ianya terendam & simpan dalam peti sejuk dalam 1 jam.
2. Selepas itu, panaskan oven pada suhu 175°c api atas bawah. Pecahkan telur & pukul supaya kembang. Keluarkan mangkuk berisi roti tadi. Masukkan telur, fruits cocktail, santan, kurma & mentega. Kacau perlahan-lahan agar roti tak pecah.
3. Kemudian, masukkan bahan campuran ke dalam loyang/bekas masakan. Senduk berhati-hati. Dah selesai, masukkan dalam oven & masak selama 1 jam atau bahagian atas hitam keperangan. Bila dah masak, biarkan sejuk dalam 1 jam atau biarkan seketika & letakkan dalam peti sejuk jika ingin makan sejuk-sejuk. Siap.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...