Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Resipi keria gula melaka & gula putih, pilih mana berkenan


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Resipi kuih keria mudah aje. Hanya perlu 6 bahan. Kos barangan kuih ni pun bawah RM13-RM15 & dapat lebih 22 ketul.
Ini bahannya. Anda boleh cuba di rumah & InsyaAllah semua suka. .

Bahan:
700gm keledek/ubi manis yang siap direbus
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam

Bahan gula:
3 sudu besar gula putih / gula melaka
1/4 cawan air


Penyediaan:
1. Lenyek keledek hingga lumat. Masukkan 1 cawan tepung gandum & baking powder, gaul & adun hingga menjadi doh.
2. Kemudian, sapu tapak tangan dengan sedikit tepung. Ambil doh dalam sebesar bola tenis & bulatkan serta leperkan sedikit. Buat bulatan kecil di bahagian tengah. Kemaskan sedikit & letak atas loyang/pinggan besar. dan alih ke dalam loyang.
3. Setelah siap semua adunan keria, panaskan minyak untuk menggoreng terendam. Guna api sederhana . Setelah miny panas, goreng hingga keemasan. Angkat & toskan.
4. Setelah selesai menggoreng, tuang minyak ke dalam bekas lain & masukkan gula pasir & 1/4 cawan air, masak hingga gula memekat. Selepas itu, masukkan kuih keria & gaul rata2 hingga menyaluti kesemua kuih tadi.
5. Kemudian, boleh diangkat & biarkan ia sejuk. Apabila sejuk, kuih keria tadi akan berkerak dengan gula.

Gulai Asam Pedas Ikan Kembung yang dah lama tak makan


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Masak apa tu???
Menu mudah bila dah boring masak gulai lemak atau sup. Jika anda nak tukar ikan lain pun, boleh aje.

Bahan:
4 ekor ikan kembung dicuci bersih
5 batang bendi
1 biji tomato belah 6
1/4 cawan air asam jawa
1 senduk cili giling
2 cawan air
1 kiub ikan bilis
1 kuntum bunga kantan, belah 2
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar halus:
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan
1/2 sudu besar lada hitam
2 biji buah keras

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam periuk guna api sederhana. Tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili giling & masak hingga cili garing & terbit minyak. Kacau. Masukkan air asam jawa & tuang air. Kacau dan biar hingga mendidih.
2. Masukkan bunga kantan, kiub ikan bilis & ikan. Kemudian tambah bendi . Jika nak kuah banyak, boleh letak air lagi. Masak hingga bendi lembut. Perasakan dengan garam & sedikit gula. Kacau & masukkan tomato. Tutup api. Siap.

Puding Ubi Manis Lapis Susu yang enak


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Asalnya minta encik Rudy belikan ubi kayu bila beli barang dapur. Sudahnya, dia bawa balik ubi manis. Saya tanya dia, "awak tersalah beli ke?" Jawabnya, "Tak lah. Ubi kayu dah habis, so saya belilah ni." Bila dia dah jawab camtu, pasrah ajelah. Mesti ada sebab dia terbeli ubi ni. Dan... Inilah hasilnya. Resipi baru yang saya cuba dari @aziekitchen . Saya baru tahu yang keledek boleh buat puding.

Ini resipinya. Mungkin anda boleh cuba. Kita ada 2 minggu lagi PKP.

Bahan:
Bahan Lapisan Susu:

500 ml air
150 gram susu pekat manis
10 gram agar agar

Bahan Lapisan keledek/ubi manis:
1000 ml air
500 gram ubi keledek rebus
150 gram gula pasir
50 gram susu pekat manis
20 gram agar agar
½ sudu kecil garam


Penyediaan:
1. Sediakan lapisan susu dengan memasak 500 ml air dengan agar-agar sehingga hancur. Masukkan susu pekat manis & kacau rata sehingga mendidih. Tuang ke dalam acuan.
2. Sediakan pula lapisan keledek dengan mengisar ubi keledek rebus dengan sedikit air dari jumlah keseluruhan air sebanyak 1000 ml air tadi.
3. Masak baki air dari jumlah di atas dengan agar-agar hingga agar-agar hancur. Masukkan gula pasir & garam. Kacau sehingga gula larut.
4. Setelah larut, masukkan ubi keledek kisar tadi ke dalam periuk. Masukkan susu pekat manis & kacau rata sehingga mendidih.
5. Tuang adunan keledek di atas lapisan agar-agar susu dengan dituangkan secara perlahan-lahan ditepi acuan atau dilapik dengan sudu supaya tidak jatuh & meninggalkan kesan pada lapisan susu yang belum betul betul keras
6. Setelah selesai, masukkan ke dalam peti sejuk. Sejukkan ia dalam 1-2 jam & boleh dipotong.

Masak Kicap Ikan Kerisi yang mudah tapi sedap


Assalammualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Selalunya, menu ikan ni yang akan makan, saya & mak ayah Rudy. So, kita masak sorang sekor. Untuk Rudy yang jenis makan daging, sambal burger aje untuk dia.

Menu mudah yang semua orang boleh buat. InsyaAllah sedap. Budak pun suka.

Bahan:
3 ekor ikan kerisi
2 biji bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1/2 inci halia dihiris
1/2 biji bawang besar dipotong bulat
1 tangkai cili merah dihiris
1 batang kayu manis
4-5 sudu kicap manis
2 sudu kicap pekat
1 cawan air
Gula & garam secukup rasa

Penyediaan:
1. Ikan dilumur garam kunyit & digoreng. Angkat & ketepikan. Keluarkan sedikit minyak goreng tadi & tumis bawang merah, bawang putih, halia & kulit kayu manis. Tumis sehingga wangi.
2. Masukkan kicap, gula, garam & air. Masak hingga mendidih. Kemudian, masukkan bawang besar & cili merah. Masak seketika & tuang kuah kicap ke atas ikan yang digoreng tadi. Siap .

Sambal Cabe Ijo


Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua

Sambal cabe ijo, menu khas dari Rudy.

Hari ni, Rudy ngetest resipi baru bila wifenya minta buat sambal. Resipi mudah & mampu buat orang dalam rumah bersin bila time menggoreng. Ni resipinya kot ada nak try. Jika suka pedas kaw-kaw, boleh tambahkan cili padi dan kurangkan cili besar hijau.

Bahan:
15-17 tangkai cili padi hijau
6 tangkai cili besar hijau
1 biji tomato hijau (dia guna merah sbb itu aje dlm stok)
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Sedikit air untuk kisar (lebih afdal jika anda tumbuk)
3-4 sudu besar minyak untuk menggoreng

Penyediaan:
1. Kisar cili padi, cili besar, tomato, bawang besar, bawang putih & sedikit air. Kisar dalam 80% lumat.
2. Panaskan minyak dalam kuali, guna api sederhana. Bila dah panas, masukkan bahan kisar. Goreng seketika. Masukkan pula gula & garam secukup rasa. Kacau & masak hingga pecah minyak.

Menu Nasi Goreng Ikan yang sedap & jangan membazir


Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Dah 5 hari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di seluruh Malaysia.
Jadinya, antara langkah penjimatan saya untuk keluarga, nasi & ikan goreng semalam yang ada, kita buat nasih goreng ikan. Sedap sangat rasanya. Kalau dapat makan dengan keropok, lagi tambah sedapnya.

Ia menu mudah yang mampu bangkitkan selera. Siap bekalkan untuk encik hubby lagi untuk dia makan sarapan di ofis. Kedai makan kan tutup. Yang bukak cuma fast food. Jadinya, ini yang sesuai. Nak pedas, letak aje sambal cili atau cili padi masa goreng tu. 15 minit dah settle.

Bahan:
3-4 cawan nasi putih
2 ekor ikan kembung goreng. Carikkan isinya. Buang tulang
1 biji bawang besar dihiris
3 sudu sambal bilis / 3 sudu cili giling
2 biji telur
2 tangkai kacang panjang dipotong kiub
Sedikit kicap
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Guna api sederhana. Selepas itu, masukkan hirisan bawang besar. Masak hingga sedikit garing. Masukkan pula sambal bilis atau cili giling. Masak hingga sedikit garing. Masukkan sedikit kicap & air. Kacau. Biarkan hingga mendidih.
2. Masukkan pula telur. Kacau perlahan-lahan. Setelah telur separuh kering, masukkan nasi putih, ikan & kacang panjang. Kacau hingga semuanya mesra. Masukkan garam secukup rasa. Kacau sebentar & siap

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...