Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
Menu Nasi Goreng Ikan yang sedap & jangan membazir
Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.
Dah 5 hari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di seluruh Malaysia.
Jadinya, antara langkah penjimatan saya untuk keluarga, nasi & ikan goreng semalam yang ada, kita buat nasih goreng ikan. Sedap sangat rasanya. Kalau dapat makan dengan keropok, lagi tambah sedapnya.
Ia menu mudah yang mampu bangkitkan selera. Siap bekalkan untuk encik hubby lagi untuk dia makan sarapan di ofis. Kedai makan kan tutup. Yang bukak cuma fast food. Jadinya, ini yang sesuai. Nak pedas, letak aje sambal cili atau cili padi masa goreng tu. 15 minit dah settle.
Bahan:
3-4 cawan nasi putih
2 ekor ikan kembung goreng. Carikkan isinya. Buang tulang
1 biji bawang besar dihiris
3 sudu sambal bilis / 3 sudu cili giling
2 biji telur
2 tangkai kacang panjang dipotong kiub
Sedikit kicap
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Guna api sederhana. Selepas itu, masukkan hirisan bawang besar. Masak hingga sedikit garing. Masukkan pula sambal bilis atau cili giling. Masak hingga sedikit garing. Masukkan sedikit kicap & air. Kacau. Biarkan hingga mendidih.
2. Masukkan pula telur. Kacau perlahan-lahan. Setelah telur separuh kering, masukkan nasi putih, ikan & kacang panjang. Kacau hingga semuanya mesra. Masukkan garam secukup rasa. Kacau sebentar & siap
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan