Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Sambal cili ayam penyet yang sedap memang itu yang akan kita akan cari bila makan kat kedai ayam penyet selain lembutnya ayam mereka. Alhamdulillah resipi yang saya nak kongsikan kali ni sedap di tekak saya. 1st time cuba resipi ni & suka sangat dengan rasanya.
Ini saya kongsikan resipi sambal cili ayam penyetnya. Boleh buat stok untuk makan 2-3 hari.
Bahan2:
4 tangkai cili merah
17 - 20 tangkai cili padi
1 biji tomato dipotong dadu
1 biji bawang besar (saiz sederhana)
1/2 sudu besar belacan bakar
2 sudu besar ikan bilis (direndam seketika)
2 sudu besar gula melaka/gula merah
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 senduk minyak untuk menggoreng
Penyediaan:
1. Panaskan 1 senduk minyak masak. Kemudian goreng bawang, ikan bilis & gula melaka. Goreng hingga bawang sudah layu.
2. Masukkan pula cili merah, cili padi, belacan & tomato. Goreng hingga tomato layu.
3. Kemudian kecilkan api. Masukkan bahan2 goreng tadi ke dalam blander. Blend/kisar 90% lumat. Jika mesin sukar nak kisar, tambah sesenduk baki sup ayam tadi. Asalkan bahan mudah dikisar.
4. Kemudian masukkan sesenduk minyak lagi. Setelah minyak panas, masukkan semua bahan kisar tadi. Gaul seketika. Selepas itu, masukkan gula & garam secukup rasa. Jika anda ada limau kasturi, masukkan jusnya dalam 1-2 biji sahaja. Goreng cili sehingga naik minyak. Siap sambal cili ayam penyet hasil tangan kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan