Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Sagu Gula Melaka Pandan & Karkade (Roselle)


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Manisan Sagu Gula Melaka yang sedap. 
Sekarang ni seolah trend semasa menggunakan bahan semulajadi atau natural dalam masakan & manisan berbanding dengan pewarna. Antara sayur, bunga atau buah yang sesuai anda boleh guna seperti daun pandan, bunga karkade/rosella, bunga telang, buah naga merah, ubi bit, buah delima, kubis ungu, buah bluberry, buah resberry, mangga dan bayam. Untuk campuran warna yang lain, anda boleh cuba buat gabungan 2 warna primari seperti yang kita belajar masa sekolah dulu.

Pewarna dan perisa pandan. Kita tapis serdak kasar dan biarkan yang kecil tu. Rasa lebih fresh bila dimakan.

Bunga Karkade / Rosella. Bunga karkade yang kering itu selepas dimasak akan menjadi lembut dan sedikit liat. Tapi tetap sedap. 

Untuk kuih saya kali ni, saya guna 2 bahan semulajadi ni, pandan dan karkade. So, pick aje mana yang teringin di makan.

Bahan (untuk satu adunan pilihan):

1. 1 cawan sagu
2. 2 ketul besar gula melaka (dalam 500gm)
3. 1 cawan air
4. 7 kuntum bunga karkade/Roselle atau 7 helai daun pandan diblend & diambil patinya.
5. 1 sudu besar gula pasir
6. 200ml santan kelapa
7. 100ml air untuk dimasak dengan santan
8. 1/4 sudu kecil garam
9. Bekas untuk mengisi sagu (apa sahaja yang anda ada)

Penyediaan:
1. 1 cawan sagu. Basuh dan rebus pada api sederhana sehingga sagu masak. Masukkan dalam cawan atau bekas kecil (jika nak makan dalam mangkuk). Letakkan dalam fridge selama 1 jam.
2. Masak 2 ketul gula melaka dengan secawan air & sehelai daun pandan. Jika nak rasa manis sikit, letakkan sesudu besar gula pasir. Masak sehingga gula melaka sedikit pekat & tutup api. Rehatkan sehingga gula sejuk.
3. 200ml santan kelapa + 100ml air dimasak pada api kecil. Letakkan suku sudu kecil garam. Kacau sehingga santan masak & tutup api. Ketepikan.
4. Bila ingin makan, letakkan seperti di dalam gambar. Jika malas, letak aje terus awal-awal dan simpan dalam fridge.

Happy cooking

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...