Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Ayam masak kicap, menu yang dekat di hati kita sejak kecil hingga dewasa. Rasanya setiap kita mesti pernah menikmati menu ini bila mak atau nenek kita masak dulu. Ini saya kongsikan versi budak-budak suka. Tak terlalu pedas.
Ini bahan dan penyediaan ayam masak kicap yang kanak-kanak suka.
Bahan:
1/2 ekor ayam dipotong ikut suka
& disalut dengan sedikit garam & serbuk kunyit. Goreng jangan garing sangat. Biar empal sikit isinya.
1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris (jika suka)
1 batang kayu manis
4 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat
2 cawan air
1 sudu kecil lada hitam ditumbuk
Garam secukup rasa
1 biji tomato dipotong 6
Minyak untuk menumis
Penyediaan:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Sebaik panas, masukkan bawang besar, bawang putih & kayu manis. Goreng hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan sos tiram & kicap manis. Gaul seketika & masukkan pula air & kicap pekat. Kacau sebentar & biarkan hingga kuah mendidih.
3. Selepas itu, masukkan ayam goreng tadi, gaul sebentar & biarkan masak dalam 5 -7 minit. Masukkan garam secukup rasa & buah tomato. Masak dalam seminit, dah siap untuk dihidang ayam masak kicap kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan