Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Cuti-cuti Brunei part 3: Hari ketiga, last day


Alhamdulillah, kami dapat terus bercuti di Brunei hari ini.
Pada hari ke-3 ini, kami menyusuri sungai dan penempatan Kampung Ayer serta Muzium Kampung Air serta menikmati makanan special Brunei iaitu Ambuyat.

Kami check out awal hari ini. Jam 8.30 dah check out dan terus ke Bandar Seri Begawan. Nak ambil gambar di depan Istana Nurul Iman takde rezeki sebab kerabat ada fuction hari ni. Dalam tak sampai 20 minit, kami dah sampai ke BSB. Trafik walaupun ada kereta tapi macam tenang aje...

Tenangkan... ini sekitar jam 8.45 macam tu...

Jika anda ingin gunakan perkhidmatan bas, ini bas yang ada di Brunei. Nak naik bas di mana saya kurang pasti pula. 

Meskipun Islam adalah agama rasmi di Brunei dan mereka cuba mengamalkan undang-undang hudud namun, tempat ibadat agama lain masih dipelihara untuk penganutnya.

Last day ni, encik hubby saje bawa slow sikit. Menikmati suasana yang ada. Once dah sampai ke jeti, kami terus parking di tempat letak kereta yang ada (semalam, hari Ahad, parking full so sesiapa yang nak ke Kampung Ayer hari Ahad, datanglah awal pagi atau kena parking jauh sikit). Sedang kami ambil gambar sambil tercangak-cangak mencari mana halanya tempat nak naik bot, tiba-tiba kami disapa oleh seorang lelaki muda. Bertanyakan sama ada kami mahu mengelilingi Kampung Ayer jugakah. Encik hubby cepat agree dan bertanyakan bayarannya. Oleh kerana ada 3 lagi pelancong Inggeris dalam bot tu dan kami berdua, maka, pakejnya murah sikit. Untuk 2 orang, dikenakan BD25 dan masa perjalanan lawatan sekitar 1- 11/2 jam. So, jika anda nak melawat & menyusuri Kampung Ayer, paling kurang adalah 2-3 orang bersama. Hopefully dapat murah skit :)

Mulanya kita menyelusuri Sungai Brunei. 1st time ok akak naik bot comel ni. Risau gak... Tapi lama-lama ok bah. Sambil menyelusuri sungai, our tour guide yang fluent English bercerita tempat-tempat menarik yang dilalui. Kat gambar di atas, nampak tak kubah warna kuning tu? Itulah Istana Nurul Imam. Menurut tour guide kami, ada 1000 bilik di dalam istana tersebut dan bilik beradu Baginda terletak di bawah kubah emas itu... Tara... info baru saya dapat.

Rumah berwarna hijau di seberang sungai sana adalah istana lama Sultan Hassanal Bolkiah ketika kecil. Istana tersebut dijadikan muzium tapi buat sementara ini tidak dibuka kepada umum. Hanya orang tertentu sahaja.

Lepas lalu kat sungai yang besar, kami ke area yang kecil sikit. Dan tour guide tu kata, "di sini, kita boleh lihat buaya di pesisir sungai di tepi pokok-pokok." Rezeki kami, sedang bot kami menyusur perlahan bersama satu lagi bot, tiba-tiba kami nampak ekor buaya. Ada 2 lagi. Tengah 'dating' kot. Tapi dek kerana bunyi enjin bot, perlahan-lahan dia menyusup masuk ke dalam air. Nervous saya yang dok tepi bot. Kot lah tetiba 'huargh!', confirm panik. Tapi kata tour guide, buaya-buaya ini takkan berenang jauh dari pesisir sungai. Mereka lebih suka 'lepak' kat tepi-tepi. Plus, there is a legend Brunei yang menyatakan di dalam sungai tu ada seekor buaya putih. Sultan terdahulu ada buat perjanjian dengan buaya tersebut agar tidak mengganggu mereka yang tinggal di sungai atau pesisir sungai. Ada ada menyatakan buaya putih ini akan timbul di air selepas jam 6 petang... Wallahualam...

Lepas tu, kami sampai pula ke sebuah batu besar yang timbul di tengah sungai. Rupanya ia adalah batu lagenda mitos Jong Batu tentang Nahkoda Manis. Ianya versi anak derhaka macam si Tanggang & Malim Kundang. Jika diperhatikan batu tersebut adalah seperti muncung kapal karam. Rumah api dibina berhampiran dengan Jong Batu ini adalah untuk memberi amaran kepada bot pada waktu malam.

Kemudian, kami menyusur sampai ke pintu belakang Istana Nurul Iman. Menurut tour guide kami, adakala Sultan akan naik botnya di sini. Dapat ambil gambar pintu belakang pun orait gak kan... Ngeeeee....

Berhampiran dengan pintu belakang istana ni ada sepohon pokok. Tour guide kami kata cuba lihat burung-burung di sana. Ada pelbagai spesis. Ia adalah burung-burung hadiah yang diterima oleh Baginda Sultan dari rakan-rakannya di negara Asean. Kalau anda tilik gambar ni, anda akan nampak burung yang berwarna coklat, kelabu, putih duduk bertenggek. Burung-burung ini tak merayap ke tempat lain. Lepak situ aje...


Lepas tengok burung, kami ke tempat berpaya sedikit. Kata tour guide kami, pokok-pokok bakau di sini ada yang mencecah umurnya sekitar 100 tahun. Dan daun-daun pokok bakau ini ada peminatnya yang tersendiri. Cuba pandang atas pokok katanya...

Kami semua mendongak dan kelihatannya beberapa ekor monyet probosis bergayutan. Ada ibu yang membawa anak dan ada yang bergayut sekor dia aje. Monyet-monyet ini katanya hanya makan daun-daun pokok bakau dan mereka akan ber'tapuk' bila ada manusia lain berhampiran mereka (bertapuk maksudnya bersembunyi, nasib saya tanya kawan masa belajar di Labuan dulu). Monyet ini pemalu katanya.

Tour guide kami, pemandu bot kami serta seorang pelancong dari Sweden. Lepak kat hutan bakau ni buat seketika bagi mencuci mata mengintai monyet. Nasib le tak ketumbit mata.... Ngeeee...

Settle bab monyet probosis, kami menyusur lagi. Kali ini, kami tiba di area makam sultan-sultan Brunei dahulu, Sultan Bolkiah & Sultan Sharif Ali. Kelihatannya agak sunyi namun ada jambatan yang menyeberangi antara dua tempat.

Dan... sewaktu kami berpatah balik, kelihatannya ada latihan mendayung bot naga di tepi Sungai Brunei. Menurut tour guide kami, pertengahan bulan 5 nanti akan ada pesta air di sini. Ada pelbagai pertandingan dan aktiviti di jalankan. Bila tengok mereka mendayung, rasa macam tengok iklan Petronas yang lama.

Ingatkan dah habis lepas tu, rupa-rupanya pemandu bot bawa kami keliling Kampung Air. So dapatlah kami lihat balai bomba di atas air, sekolah rendah & menengah, surau, dewan & muzium di sini.

Deretan sekolah di atas air. 

Kalau diikutkan, dalam blog lain yang saya baca, ada stesen minyak juga di atas air ini. Stesen minyak untuk bot-bot penduduk. Kiranya takde rezeki kami nak tengok bagaimana rupanya stesen minyak atas air kali ni.

Antara rumah atas air yang kami lalui... Rumah-rumah di sini ada sambungan elektrik dan sistem pembentungan serta menerima saluran air bersih dari seberang.

Selepas melawat kampung & sekolah di Kampung Ayer, kami ditinggalkan dalam 20 minit oleh pemandu pelancong kami di Muzium Kampung Ayer. So, segala sejarah, penemuan barang antik di sungai, cara hidup, pekerjaan dan lain-lain ada terdapat di muzium ini.


 Disediakan juga tayangan video tentang sejarah Kampung Ayer serta segala yang berkaitan dengannya. Mat salih suami isteri tu memang khusyuk mendengar...

Alat tenunan songket Brunei. 

Jika nak beli cenderahati, boleh dapatkan juga di sini. Ada koleksi syiling lama juga dijual.

Selesai aje jelajah kami di Kampung Ayer, kami singga balik di Royal Regalia. Beli cenderahati untuk kawan encik hubby. Kat sini murah skit banding di muzium ayer tadi.

Dek kerana gambar semalam tak berapa jadi, kelam, saya ambil sekali lagi. Hikmah tu... hehehe...

Alhamdulillah, selesai aje segala aktiviti kat Bandar Seri Begawan, kami makan tengahari di Restoran Aminah Arif. Dan sudah pastinya kami tak nak ketinggalan merasai makanan tradisional Brunei iaitu Ambuyat. Untuk ambuyat ini, ia didatangkan dalam set. Anda nak set biasa atau special, bergantung pada tahap kemampuan anda nak habiskan. So, kami ambil yang biasa aje sebab tahu perut tua kami tak berapa sangat nak makan banyak-banyak. Untuk set ini, ianya dalam BD16. Saya boleh masuk 2 senduk aje ambuyat tu. Pastu, sesi meratah aje. Tapi... sambal tempoyak dan urat dagingnya memang superb. Sedap. Saya ada berkira-kira nak mintak resipi sambal tempoyak tu dengan rakan saya nanti.

Dek kerana takut tertinggal flight atau perkara yang tak diingini, lepas makan di Restoran Aminah Arif di Jerudong, kami terus ke airport. Selesailah sudah adventure pertama kami di luar negara. Banyak perkara baik & ilmu baru kami pelajari. Moga pada masa hadapan, kami lebih bersedia untuk ziarah lagi di negara lain. Lain padang lain belalangnya...

Selesai urusan check in, kami solat di masjid bersebelah airport. Subhanallah, Allah permudahkan banyak urusan kami di sini. Meskipun ada beberapa hiccup, namun bagi kami ia pelajaran yang mahu Allah tunjukkan pada kami. Tidak ada istilah tersesat. Ke mana sahaja kaki melangkah, ia dianggap lawatan bak kata Puan Roza. Dan gambar terakhir kami di bumi Brunei adalah di dalam masjid kecil tapi indah ini. Sungguh nyaman dan selesa bersolat di sini. Ada tenangnya.


Rezeki kami sewaktu perjalanan balik ke Malaysia. Terima kasih Royal Brunei & Brunei. Terima kasih atas segala kenangan.

"Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika kamu hanya menyembahNya semata-mata."
(Surah An-Nahl 17: 114)

Cuti-cuti di Brunei Part 2: Hari kedua

Alhamdulillah...
Hari ke-2 kami menarik di Brunei.

Seawal jam 4.40 pagi, kedengaran suara azan dari masjid yang tidak berapa jauh dari tempat kami menginap (jangan lupa, perbezaan waktu Brunei & Semenanjung adalah 1 jam). Sehingga jam 7.10 pagi masih kedengaran speaker masjid mengalunkan bacaan ayat-ayat suci al-quran berserta terjemahannya yang dibaca sendiri oleh jemaah di situ. Such as calm & peaceful day.

Kami keluar hotel dalam jam 7.30 pagi dan bersarapan di restoran berhampiran hotel. Sarapan yang ringkas. Hanya roti cheese & roti mata kerbau serta teh tarik ping (ping bermaksud ais). Sambil makan-makan, kami lihat suasana macam tenang aje. Tak rushing. Kereta pun lalu lalang skit aje. Rasa macam kat kampunglah time zaman kecik-kecik dulu.

Harga makanan yang agak murah (rasa macam back to the future aje) dan yang paling menarik sekali tang Western Food tu. Tersengih jap saya & encik hubby melihatnya. Kiranya tak salahlah apa yang 'Amran Fans' tulis kat FB ;)

Lepas selesai sarapan, kami pun terus ke Bandar Seri Begawan ikut jalan lama. Saje. Nak tengok persekitaran masyarakat Brunei serta kehidupan mereka. Kebanyakan rumah-rumah di sana adalah dibina atas tanah lot. Kawasan perumahan amat sedikit & jika ada pun, dalam 1 taman hanya ada dalam 12-20 buah sahaja.

Bila hampir dengan kawasan Istana Nurul Iman, ingat nak bergambar di situ tapi dek kerana kami fikir nak terus ke Bandar Seri Begawan, just tengok aje...

Hanya mampu memandang dari dalam kereta. Ingatkan masa last day nak singgah tapi tetiba aje nampak bendera merah & kon bersusun. Barangkali ada kerabat nak masuk or keluar. So, petanda takde rezeki nak ambil di depan pintu masuk istana ni.

Untuk makluman anda, jika anda sewa kereta, jangan risau, anda takkan sesat kerana papan tanda yang disediakan amat banyak. Cuma once kau dah tersalah masuk jalan, kadar nak U-Turn atau keluar tu jauh sikit. Tapi jangan risau, kereta tak banyak giler macam kat KL yang memang rasa nak muntah bila pi kerja. Jem ya ampun... Lagi satu, highway Brunei is FREE...

Oleh kerana kami ke Bandar Seri Begawan pada hari Ahad, parking is free tetapi kena cari yang sesuai kerana orang Brunei masa ni mereka akan ke Pasar Tamu Kianggeh untuk beli barang dapur di sana.

Dek kerana parking full berhampiran Pasar Tamu Kianggeh, kami parking berhampiran dengan Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddin. Kalau takde event, pagarnya ditutup ya.

Jam Peringatan Brunei. Berhampiran dengan tempat kami parking. Nampak simple aje jam ni tapi ia bersejarah. Ianya terletak di Simpang Jalan Sultan dengan Jalan Elizabeth Kedua iaitu di antara bangunan Setiausaha Kerajaan dengan Pejabat Pos Besar, Bandar Seri Begawan. Istiadat perletakkan batu asas bagi Jam Peringatan ini telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang Dipertuan Agong Malaysia yang pertama, Persekutuan Tanah Melayu, Tuanku Abdul Rahman pada 11 Julai 1959 bersempena dengan lawatan keberangkatan baginda ke Negeri Brunei bermula dari 6 hingga 12 Julai 1959. Dengan terbinanya Jam Peringatan ini ianya melambangkan keteguhan dan keeratan perhubungan antara Negeri Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu (info ni akak amik kat google k).

Dek kerana kami ni tourists, maka, berjalan itu penting. Exercise bah + cuci mata.

Pasar Tamu Kianggeh ini menjual pelbagai jenis barangan basah mahupun kering untuk kegunaan harian penduduk berhampirannya. Kalau nak cari ikan kering, ikan bilis, sayur-sayuran, kupang, kerang, ikan dan lain-lain boleh ke sini.

Pelbagai jenis ikan bilis, ikan masin, udang kering boleh diperolehi di sini. Korang jangan tanya saya DVD MIXED tu apa, saya pun tak tau :)

Suasana di Pasar Kianggeh

Saiz kupang ni memang besar. Excited jap tengok. Bila tanya pakcik yang menjualnya, dia kata satu pinggan yang saiz sederhana tu, BD4 tapi kalau beli 3 pinggan BD10. Wah.... bestnya... Nasiblah kau tak boleh nak dibungkus kupang dan malas akak nak bersoal jawab dengan kastam, kalau idak confirm akak beli. 

Kerang di Malaysia bulat-bulat kan. Tapi di Brunei, kerangnya panjang-panjang. Sedap dimasak untuk rebus atau berkuah kata makcik yang jual tu. Kalau saya, sure buat sambal atau gulai lemak. Pergh!

Settle jelajah Tamu Kianggeh, kami nak ke Royal Regalia pula. Tapi kat mana ya? Nasib ada abang polis yang ada di situ membantu. Dan, di bawah terik mentari berserta air mineral, kami ke sana. Eceleh...

Bangunan Royal Regalia / Muzium Alat Kebesaran Diraja. Korang nampak macam sunyi ajekan kat luar tu. Tapi sebenarnya pintu masuk dia sebelah sana, Nanti akan nampak deretan rak-rak kasut berserta kasut lembut putih di dalamnya. Orang luar yang hendak masuk ke Muzium yang menyimpan hadiah & sejarah Sultan Brunei serta keturunannya, perlu tanggalkan kasut, pakai kasut putih yang disediakan serta kena tinggalkan beg serta henset ke dalam loker (kat dlm bangunan). Yang boleh bawak, purse aje k.

Ini ruang legar di dalam Royal Regalia. Di kawasan tengah ini ditempatkan kenderaan yang dinaiki oleh Sultan Hassanal Bokiah sewaktu istiadat 25 tahun pemerintahannya.

 Alatan pengiring turut ada diletakkan keliling dewan. 

Untuk makluman anda, barang-barang yang ditempatkan di dalam muzium ini adalah barangan koleksi peribadi serta hadiah yang diterima oleh Sultan dari rakan-rakan negara lain. Terdapat juga di dalam muzium ini barangan emas tulen yang menjadi koleksi peribadi sultan ketika pertabalannya. Anda ingat tak cerita Ali Baba Bujang Lapok. Ingat tak situasi ketika Sudin mencuri barangan di dalam gua. Ada satu patung yang diambi Sudin itu lebih kurang sama apa yang ada di dalam muzium. Namun, ianya emas padu. Terkebil-kebil kejap mata saya memerhatikan nikmat kurniaan Allah kepada baginda Sultan.

Surat-surat perjanjian lama antara sultan dahulu serta surat-surat perjanjian antara Brunei & British serta gambar-gambar zaman dahulukala masih ada disimpan di sini. Syair yang dikarang oleh Sultan Omar Ali Saifuddin juga masih lagi ada. Plus, rupanya Datuk Panglima Bukit Gantang Wahab terlibat sama dalam penyerahan Brunei kembali daripada British (encik suami memang suka bab sejarah ni. Semua ditiliknya).

Oh ya, jika ada orang Brunei atau staf kerajaan di Royal Galeria yang baca blog ni, saya sarankan agar syair indah tulisan Sultan Omar Ali bertulisan jawi itu dicetak cantik dan dijual di kedai cenderahati di sana. Jadikan ianya seperti di Amerika. Mereka cetak Declaration of Independent sama seperti yang tulen. Ini suggestion saya. Moga ia menjadi kenang-kenangan serta secara tak langsung menyebarkan catatan sejarah kepada para pelancong dan penduduk Brunei amnya.


Bergambar dengan deretan Payung Kawan & Payung Dadu. 



Bergambar dengan staf di Royal Regalia. Korang nampak tak kasut putih hotel yang dipakai tu. Kasut tu lah korang kena pakai nanti bila masuk ke dalam sana...

Jika anda ingin dapatkan cenderahati or souvenir, boleh dapatkannya di kedai di dalam Royal Regalia ini. Harganya berpatutan berbanding kat kedai lain yang kami pergi. 

Saya tak ingatlah apa nama bangunan ni. Tapi ia ada kaitan  ketika pertabalan Sultan Brunei.

Kalau anda perasan, ketika ambil gambar bangunan yang saya tak ingat namanya ni, kereta yang sedang lalu di sebelah kiri saya sanggup perlahankan kenderaan semata-mata nak bagi pelancong ambil gambar bangunan ni. Me & encik hubby so speechless. Tak pernah lagilah seumur hidup jumpa situasi macam ni.

Takde rezeki kami nak lawat Brunei History Centre ni. Tutup geng hari Ahad. Oh ya, untuk makluman anda juga, Bangunan tertentu di Brunei ada yang dibuka untuk pelancong pada hari Ahad dan ada yang tutup. So, saya sarankan anda rancang ke mana destinasi nak pergi pada hari Ahad tu ya.

Alhamdulillah, rezeki kami dapat solat di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin ni. Semalam saya tak dapat solat. Cuti umum & rezekinya hari ini :)

Lepas solat, kami makan di Jollibee fast food di Yayasan Shopping Complex berhampiran dengan masjid. Not bad juga fast food ni. Siap ada speghetti sekali dengan daging salai lagi. Set speghetti & air hanya BD3.50 without tax. Oh manariknya... Speghettinya pun sedap... Ini buat saya nak masak speghetti nanti ni.

Selepas makan, kami berdua decide nak mencari kain sutera yang dikirimkan oleh kakak-kakak ipar saya. Oh yeah! Kain sutera kat sini murah k. Yang washable tak banyak choice but still murah. 4 meter hanya BD10-BD20. Yang Italian Silk yang kena dry cleaning tu, harganya semeter BD10-BD25 (still tengok pada design dan batu2nya). Kalau nak beli kain sutera, ada beberapa lot kedai di Serusop yang anda boleh pergi. Tang ni, nak borong banyak mana, terpulang. Tapi balik kang standby apa yang patut untuk tax ya...

Rasulullah s.a.w bersabda, "Janganlah kalian (kaum lelaki) memakai kain sutera. Sesungguhnya sesiapa yang memakainya di dunia, maka dia tidak dapat memakainya di Akhirat."
(Riwayat Bukhari & Muslim dari Umar Ak-Khattab)

Lepas makan, kami decide nak singgah beli kain sutera. Kiriman kakak-kakak ipar saya. Sutera agak murah di sini dan anda boleh pilih sama ada nak washable atau dry clean. Ikut pilihan & poket anda k. Untuk shopping kain ni, boleh ke Serusop. Suggestion oleh rakan saya & staf di Royal Regalia. Ada banyak kedai di sini dan pada saya, baik anda masuk 1-2 kedai. At least dari situ boleh buat comparison harga dan juga pilihan :) Tax? Kalau beli banyak, confirmlah kena check dek kastam or imigresen nanti.

Balik dari beli kain, ingat nak balik ke hotel kerana malamnya saya sudah berjanji dengan customer saya (rakyat Brunei) untuk serahkan buku belian beliau. Namun, tiba-tiba kami nampak papan tanda The Empire Golf & Country Club. Terus teringat kepada pesanan staf di Royal Regalia menyatakan hotel tersebut pemandangannya sungguh cantik & orang awam / pelancong boleh sahaja keluar masuk untuk menikmati persekitaran yang disedia.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar... 
Nikmat Allah mana yang hendak kamu dustakan. Sungguh cantik pemandangan ciptaan Allah di hadapan kami sebaik melangkah ke ruang legar hotel. Binaan cermin yang tinggi serta menghadap laut & langit memang sungguh memukau. Cantik sungguh. Bukan sahaja persekitaran hotel yang superb tetapi ciptaan Allah tiada taranya. Dan sedang kami jalan-jalan di persisir lagun, encik hubby kata, "jom kita high tea kat sini. Kita tengok sunset, mesti best." Dan, rupanya ada kisah lain yang ingin Dia kongsikan dengan kami sepanjang di sini. Anda layan dulu ya gambar alam yang diambil. 

Betul-betul memukau tatkala memandang


Struktur yang nampak sungguh hebat. Ruang untuk breakfast, lunch, high tea & dinner diasingkan...


Cantikkan pemandangan ciptaan manusia ini. Ditambah dengan alam yang cantik, memang tak puas mata memandang.

Nampak gambar macam dalam poskad kan? Tapi sebenarnya memang guna kamera henset aje..

 Laut China Selatan yang sungguh indah mata memandang... Rudy pun terpegun bila lihat pertembungan langit & laut ini...


Berjalanlah anda di sini kerana tiada staf yang menghalangnya. Nikmatilah alam ini dengan rasa nikmat padaNYA...

3 tingkat ni tak abis lagi, nak datang lagi 3 tingkat makanan. Camne nak abis ni...Tapi kuih, mi goreng, scones & keknya memang sedap

Sunset dari lobi hotel The Empire. Perlahan-lahan matahari menghilang dan perlahan-lahan juga kami ucapkan syukur pada Allah. Jika tiada kasih sayangNya, kami tidak dapat melihat ini semua. 

Kumpulan remaja yang solat jemaah bersama di surau Hotel The Empire.
Sedap suara imam wanitanya. No wonder Allah kata suara wanita itu aurat. 
Suasana yang amat jarang saya dapat lihat ketika bermusafir sama ada di RnR mahupun surau hotel di tempat lain.

Kiranya banyak hikmah kami lihat ketika ada di hotel ini. Secara langsung mahupun secara himah disampaikan oleh Allah. Moga saya & keluarga menuju ke fasa hidup yang diredhai Allah.

Selesai cerita di The Empire Hotel, saya bergegas pulang ke hotel kerana sudah ada janji mahu bertemu dengan loyal customer saya di Brunei. Dah alang-alang ke sini, saya bawakan sekali kiriman ordernya. 

Hampir 3 tahun dia menjadi customer tetap saya. Akhirnya kami bertemu juga... 

Selesai urusan dengan Puan Siti Hayati dan kami relax kejap di hotel, suami ajak ke Jerudong Park. Ingatkan ambil gambar sahaja dan lepak-lepak di Jerudong Park Foodcourt tapi bila sudah sampai dia berkata, "dah alang-alang sampai sini, jom lah kita masuk. Bukan selalu pun. Sekali seumur hidup aje kot." Bila dia dah kata camtu dan nampak cam ok, saya on aje. Hehehe...

Untuk masuk ke sini bagi dewasa, bayarannya adalah BD15 manakala kanak-kanak BD8. Taman ini dibuka setiap hari kecuali Isnin & Selasa, Waktunya pula berbeza tetapi kerap dibuka jam 4 petang - 11.30 malam kecuali hari minggu. Buka lebih awal lagi. Sewaktu kami tiba dalam jam 8.30 malam, suasana tenang aje. Tak ramai pengunjung mungkin kerana esoknya Isnin jadi mereka pulang lebih awal. Suasana lampu neon di setiap permainan dan laluan pengunjung memang cantik. Anda layan aje gambar di bawah & ada 1 yang amat menarik mata & hati kami...

Permainan dam ular yang sungguh besar di lantai masuk. Bagaimana agaknya saiz dadunya?


Permainan yang sedikit sesuai untuk orang dewasa.


Anda lihat apa yang tertulis. Subhanallah... pihak pengurusan sanggup menutup sebentar operasi demi menjaga hubungan dengan pencipta. Maka, tiada alasan lagi buat kita untuk tidak solat... 

 Wetpark untuk kanak-kanak. Memang best... kami berdua tunggu sahaja bucket tu jatuh bila air penuh. Nampak sungguh happening sangat wetpark ni meskipun bersaiz sederhana. 

 Masa kecik tak dapat naik. kita naik time dah besar k. 
smile emoticon
Teh Tarik 3 Layer & Halo-halo... Suami kata dalam banyak-banyak dia minum teh 3 layer, sini yang sedap. Halo-halo ni dessert orang Filipina yang bermaksud mix. Pun sedap ya.
Haus bah bila dah merayap tu... 
Lepak sat kat Jerudong Park Foodcourt

Banyak pengalaman menarik kami lihat, jumpa, belajar dan nimkati hari ini. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...