Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Cuti-cuti Brunei part 3: Hari ketiga, last day


Alhamdulillah, kami dapat terus bercuti di Brunei hari ini.
Pada hari ke-3 ini, kami menyusuri sungai dan penempatan Kampung Ayer serta Muzium Kampung Air serta menikmati makanan special Brunei iaitu Ambuyat.

Kami check out awal hari ini. Jam 8.30 dah check out dan terus ke Bandar Seri Begawan. Nak ambil gambar di depan Istana Nurul Iman takde rezeki sebab kerabat ada fuction hari ni. Dalam tak sampai 20 minit, kami dah sampai ke BSB. Trafik walaupun ada kereta tapi macam tenang aje...

Tenangkan... ini sekitar jam 8.45 macam tu...

Jika anda ingin gunakan perkhidmatan bas, ini bas yang ada di Brunei. Nak naik bas di mana saya kurang pasti pula. 

Meskipun Islam adalah agama rasmi di Brunei dan mereka cuba mengamalkan undang-undang hudud namun, tempat ibadat agama lain masih dipelihara untuk penganutnya.

Last day ni, encik hubby saje bawa slow sikit. Menikmati suasana yang ada. Once dah sampai ke jeti, kami terus parking di tempat letak kereta yang ada (semalam, hari Ahad, parking full so sesiapa yang nak ke Kampung Ayer hari Ahad, datanglah awal pagi atau kena parking jauh sikit). Sedang kami ambil gambar sambil tercangak-cangak mencari mana halanya tempat nak naik bot, tiba-tiba kami disapa oleh seorang lelaki muda. Bertanyakan sama ada kami mahu mengelilingi Kampung Ayer jugakah. Encik hubby cepat agree dan bertanyakan bayarannya. Oleh kerana ada 3 lagi pelancong Inggeris dalam bot tu dan kami berdua, maka, pakejnya murah sikit. Untuk 2 orang, dikenakan BD25 dan masa perjalanan lawatan sekitar 1- 11/2 jam. So, jika anda nak melawat & menyusuri Kampung Ayer, paling kurang adalah 2-3 orang bersama. Hopefully dapat murah skit :)

Mulanya kita menyelusuri Sungai Brunei. 1st time ok akak naik bot comel ni. Risau gak... Tapi lama-lama ok bah. Sambil menyelusuri sungai, our tour guide yang fluent English bercerita tempat-tempat menarik yang dilalui. Kat gambar di atas, nampak tak kubah warna kuning tu? Itulah Istana Nurul Imam. Menurut tour guide kami, ada 1000 bilik di dalam istana tersebut dan bilik beradu Baginda terletak di bawah kubah emas itu... Tara... info baru saya dapat.

Rumah berwarna hijau di seberang sungai sana adalah istana lama Sultan Hassanal Bolkiah ketika kecil. Istana tersebut dijadikan muzium tapi buat sementara ini tidak dibuka kepada umum. Hanya orang tertentu sahaja.

Lepas lalu kat sungai yang besar, kami ke area yang kecil sikit. Dan tour guide tu kata, "di sini, kita boleh lihat buaya di pesisir sungai di tepi pokok-pokok." Rezeki kami, sedang bot kami menyusur perlahan bersama satu lagi bot, tiba-tiba kami nampak ekor buaya. Ada 2 lagi. Tengah 'dating' kot. Tapi dek kerana bunyi enjin bot, perlahan-lahan dia menyusup masuk ke dalam air. Nervous saya yang dok tepi bot. Kot lah tetiba 'huargh!', confirm panik. Tapi kata tour guide, buaya-buaya ini takkan berenang jauh dari pesisir sungai. Mereka lebih suka 'lepak' kat tepi-tepi. Plus, there is a legend Brunei yang menyatakan di dalam sungai tu ada seekor buaya putih. Sultan terdahulu ada buat perjanjian dengan buaya tersebut agar tidak mengganggu mereka yang tinggal di sungai atau pesisir sungai. Ada ada menyatakan buaya putih ini akan timbul di air selepas jam 6 petang... Wallahualam...

Lepas tu, kami sampai pula ke sebuah batu besar yang timbul di tengah sungai. Rupanya ia adalah batu lagenda mitos Jong Batu tentang Nahkoda Manis. Ianya versi anak derhaka macam si Tanggang & Malim Kundang. Jika diperhatikan batu tersebut adalah seperti muncung kapal karam. Rumah api dibina berhampiran dengan Jong Batu ini adalah untuk memberi amaran kepada bot pada waktu malam.

Kemudian, kami menyusur sampai ke pintu belakang Istana Nurul Iman. Menurut tour guide kami, adakala Sultan akan naik botnya di sini. Dapat ambil gambar pintu belakang pun orait gak kan... Ngeeeee....

Berhampiran dengan pintu belakang istana ni ada sepohon pokok. Tour guide kami kata cuba lihat burung-burung di sana. Ada pelbagai spesis. Ia adalah burung-burung hadiah yang diterima oleh Baginda Sultan dari rakan-rakannya di negara Asean. Kalau anda tilik gambar ni, anda akan nampak burung yang berwarna coklat, kelabu, putih duduk bertenggek. Burung-burung ini tak merayap ke tempat lain. Lepak situ aje...


Lepas tengok burung, kami ke tempat berpaya sedikit. Kata tour guide kami, pokok-pokok bakau di sini ada yang mencecah umurnya sekitar 100 tahun. Dan daun-daun pokok bakau ini ada peminatnya yang tersendiri. Cuba pandang atas pokok katanya...

Kami semua mendongak dan kelihatannya beberapa ekor monyet probosis bergayutan. Ada ibu yang membawa anak dan ada yang bergayut sekor dia aje. Monyet-monyet ini katanya hanya makan daun-daun pokok bakau dan mereka akan ber'tapuk' bila ada manusia lain berhampiran mereka (bertapuk maksudnya bersembunyi, nasib saya tanya kawan masa belajar di Labuan dulu). Monyet ini pemalu katanya.

Tour guide kami, pemandu bot kami serta seorang pelancong dari Sweden. Lepak kat hutan bakau ni buat seketika bagi mencuci mata mengintai monyet. Nasib le tak ketumbit mata.... Ngeeee...

Settle bab monyet probosis, kami menyusur lagi. Kali ini, kami tiba di area makam sultan-sultan Brunei dahulu, Sultan Bolkiah & Sultan Sharif Ali. Kelihatannya agak sunyi namun ada jambatan yang menyeberangi antara dua tempat.

Dan... sewaktu kami berpatah balik, kelihatannya ada latihan mendayung bot naga di tepi Sungai Brunei. Menurut tour guide kami, pertengahan bulan 5 nanti akan ada pesta air di sini. Ada pelbagai pertandingan dan aktiviti di jalankan. Bila tengok mereka mendayung, rasa macam tengok iklan Petronas yang lama.

Ingatkan dah habis lepas tu, rupa-rupanya pemandu bot bawa kami keliling Kampung Air. So dapatlah kami lihat balai bomba di atas air, sekolah rendah & menengah, surau, dewan & muzium di sini.

Deretan sekolah di atas air. 

Kalau diikutkan, dalam blog lain yang saya baca, ada stesen minyak juga di atas air ini. Stesen minyak untuk bot-bot penduduk. Kiranya takde rezeki kami nak tengok bagaimana rupanya stesen minyak atas air kali ni.

Antara rumah atas air yang kami lalui... Rumah-rumah di sini ada sambungan elektrik dan sistem pembentungan serta menerima saluran air bersih dari seberang.

Selepas melawat kampung & sekolah di Kampung Ayer, kami ditinggalkan dalam 20 minit oleh pemandu pelancong kami di Muzium Kampung Ayer. So, segala sejarah, penemuan barang antik di sungai, cara hidup, pekerjaan dan lain-lain ada terdapat di muzium ini.


 Disediakan juga tayangan video tentang sejarah Kampung Ayer serta segala yang berkaitan dengannya. Mat salih suami isteri tu memang khusyuk mendengar...

Alat tenunan songket Brunei. 

Jika nak beli cenderahati, boleh dapatkan juga di sini. Ada koleksi syiling lama juga dijual.

Selesai aje jelajah kami di Kampung Ayer, kami singga balik di Royal Regalia. Beli cenderahati untuk kawan encik hubby. Kat sini murah skit banding di muzium ayer tadi.

Dek kerana gambar semalam tak berapa jadi, kelam, saya ambil sekali lagi. Hikmah tu... hehehe...

Alhamdulillah, selesai aje segala aktiviti kat Bandar Seri Begawan, kami makan tengahari di Restoran Aminah Arif. Dan sudah pastinya kami tak nak ketinggalan merasai makanan tradisional Brunei iaitu Ambuyat. Untuk ambuyat ini, ia didatangkan dalam set. Anda nak set biasa atau special, bergantung pada tahap kemampuan anda nak habiskan. So, kami ambil yang biasa aje sebab tahu perut tua kami tak berapa sangat nak makan banyak-banyak. Untuk set ini, ianya dalam BD16. Saya boleh masuk 2 senduk aje ambuyat tu. Pastu, sesi meratah aje. Tapi... sambal tempoyak dan urat dagingnya memang superb. Sedap. Saya ada berkira-kira nak mintak resipi sambal tempoyak tu dengan rakan saya nanti.

Dek kerana takut tertinggal flight atau perkara yang tak diingini, lepas makan di Restoran Aminah Arif di Jerudong, kami terus ke airport. Selesailah sudah adventure pertama kami di luar negara. Banyak perkara baik & ilmu baru kami pelajari. Moga pada masa hadapan, kami lebih bersedia untuk ziarah lagi di negara lain. Lain padang lain belalangnya...

Selesai urusan check in, kami solat di masjid bersebelah airport. Subhanallah, Allah permudahkan banyak urusan kami di sini. Meskipun ada beberapa hiccup, namun bagi kami ia pelajaran yang mahu Allah tunjukkan pada kami. Tidak ada istilah tersesat. Ke mana sahaja kaki melangkah, ia dianggap lawatan bak kata Puan Roza. Dan gambar terakhir kami di bumi Brunei adalah di dalam masjid kecil tapi indah ini. Sungguh nyaman dan selesa bersolat di sini. Ada tenangnya.


Rezeki kami sewaktu perjalanan balik ke Malaysia. Terima kasih Royal Brunei & Brunei. Terima kasih atas segala kenangan.

"Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika kamu hanya menyembahNya semata-mata."
(Surah An-Nahl 17: 114)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...