Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

5 stars for Zootopia

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.
Kali ni saya nak kongsi filem yang sangat menarik, sangat menghiburkan dan sarat dengan masej untuk kita semua. Filem kartun animasi yang membawa bukan sahaja keseronokan pada kanak-kanak tapi membuatkan kita, orang dewasa terfikir akan segala yang tersirat dalam filem ini.

Kisah tentang seekor arnab yg ingin menjadi polis pertama di Zootopia dan lari dari kebiasaan yg selalu ada pada keturunannya (kalau atuk nenek mak abah cikgu, dia mesti nak anak dia jadi cikgu. Kalau keluarga doktor, peniaga, peguan dll pun ada yang macam tu jugak). Pelbagai rintangan, hinaan, kata2 perlecehan (under estimate) diterima. Tapi apa yang penting dalam filem ini ialah CUBA (TRY) dan barulah kita tahu limitasi kita. Biar apa orang nak kata, GO TO YOUR DREAM...

Adakala orang keliling atau ahli keluarga sendiri tidak percaya dengan kebolehan atau kehendak kita untuk meraih sesuatu. Mereka judge kita secara dasar. Namun dalam kisah ini, Judy Hopp secara tidak langsung mengajar kita, untuk fight dengan kehendak dan cita-cita kita (namun, sebagai Islam atau yang berpegang pada agama, you still need to follow your religion rules as long halal kerjanya).

Filem ini juga mengajar kita untuk belajar menerima kesalahan dan pada masa yang sama perbaikinya. Semua orang buat silap tapi yg penting, how you can overcome or settle it. Plus, jika salah, mengaku sahaja. Ia tidak menjadikan anda seorang yg lemah tetapi bertanggungjawab.

Kami, penonton filem ini dlm tgv tadi give applause & good credit to this movie. Parents, cuba bawak anak anda tonton filem ini. Anda, kita semua pernah ada cita2, TRY to fulfill it setakat yg mampu. Moga anda bahagia...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...