Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Donat mudah dari Masterchef Australia Masterclass... Sedapppp...


Assalammualaikum Semua...

Alhamdulillah, syukur sangat sebab dapat buat donat ni. Dah seminggu berangan nak buat. Mana taknya, baru aje baik dari sakit gigi & tampal gigi. Bersabarlah saya menunggu gigi tu baik dari luka. Entah bila terjumpa youtube tentang donat ni tak ingatlah pulak. Tapi bila tengok resipinya & cara membuatnya, eh, mudahlah. Tak payah nak uli or tekap-tekap bagai. Makcik ni memang malas nak fikir susah-susah kalau dah ada benda mudah :)

Bila saya sharekan link youtube ni (Easy Donut Recipe, Masterchef Australia) pada kawan-kawan di FB, dan ada sorang my friend yang dah cuba, apa lagi, dia kata memang lembut sangat donat ni dan sedap. Wah!!! Tercabar makcik melihat gambarnya.... Akhirnya, jeng jeng jeng... berjaya juga buat donat ni. Plus, dah suku buat, tiba-tiba encik hubby menawarkan diri untuk 'piping' inti donat tu. Senang skit kerja makcik... hehehe...

Jom saya kongsikan resipinya dan cara membuatnya (jika ada yang tak dapat buka link youtube di atas, internet slowlah katakan kekadang tu).

Bahan-bahan:
1. 440 gm susu biasa. Suhu bilik (saya guna jenama Anchor)
2. 100 gm mentega
3. 75 gm gula kastor
4. 3 biji telur (jika telur ayam tu kecil, ambil 4 biji ya)
5. 25 gm yis (saya guna jenama mauripan tu, so guna 2 paket kecillah)
6. 600 gm tepung gandum atau tepung serbaguna
7. Jem blueberry / strawberry / kaya atau apa sahaja yang anda suka
8. Piping bag atau plastik bungkus yang anda boleh potong hujungnya.
9. Minyak masak
10. Bunga lavender (ini kalau adalah ya)

Penyediaan:
1. Masukkan susu ke dalam periuk dan panaskannya seketika. Api kecil aje. Masukkan mentega pula. Kacau sehingga mentega cair. Tutup api.
2. Tambah gula dalam adunan tadi kacau sehingga gula sedikit larut. Kemudiannya pecahkan telur dan campur dalam adunan tadi. Kacau sehingga semuanya mesra.
3. Campurkan yis ke dalam adunan tadi dan kacau lagi sehingga semuanya mesra.
4. Letak tepung gandum pula sedikit demi sedikit dalam bekas adunan cecair tadi dan kacau. Akhir sekali, pukul adunan tepung tersebut sehingga ia kembang. Ia akan kelihatan agak lembik namun itu yang memang dimahukan. Lain sedikit caranya dari buat donut biasa.
5. Tutup adunan tadi dengan plastik dan biarkannya dalam 45-1 jam.
6. Dalam bekas lain, sediakan gula custer untuk digolekkan pada donut. Jika ada bunga lavender, boleh petik untuk mewangikan gula tersebut dan memberi aroma wangi juga pada donut.
7. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana. Ini kerana kita tidak mahu doh donut tersebut hangus dengan pantas bila diletak ke dalamnya.
7. Setelah minyak agak panas, amik doh donat tadi dengan tangan dan kepal-kepalnya sedikit. Selepas itu, keluarkan doh donat di hujung tangan dan dengan pantas tangan kiri anda putuskan doh tersebut dari tangan kanan dan letakkannya ke dalam minyak panas. Buat benda yang sama dalam 5-6 doh.


8. Donat akan mula masak perlahan-lahan dalam 3-4 minit. Setelah masak, tapiskan ia dan letakkan dalam bekas berisi gula tadi. Gaulkannya.
9. Cucuk donat yang sudah bersalut gula tadi dengan pisau dan kemudiannya piping jem (pancut jem) ke dalam donat yang dicucuk sehingga intinya keluar sedikit.
10. Letakkan donat yang sudah siap ke dalam piring. Siap untuk dimakan.

Happy Cooking...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...