Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Islam di negara bukan Islam...

Assalammualaikum semua.

Pagi ini saya terpanggil untuk kongsikan info yang amat menarik untuk kita semua sempena Maulidur Rasul yang akan menjelma esok.

Kita menyatakan yang kita sayang Baginda s.a.w namun, berapa banyak atau berapa kerap sunnah Baginda s.a.w kita apply? Adakah kita berusaha memperbaiki amalan hidup kita agar mengikut sunnah Baginda? Moga kita semua dapat berusaha memperbaiki diri dan amalan sebelum tibanya waktu kita tidak mampu atau dapat melakukannya lagi... iaitu mati.

Moga perkongsian ini menjadikan kita malu dan berusaha untuk mendapatkan gaya hidup sihat seperti yang disarankan Baginda s.a.w.

Profesor Dr. A. Husni Tanra mengatakan, 'Di Jepun nanti, kamu dapat melihat Islam yang sebenar.' Kenyataannya mengikat penulis kepada ucapan Syeikh Muhammad Abduh ketika berada di tengah-tengah kota Paris dulu, "Aku menyaksikan nilai-nilai Islam tumbuh di negeri bukan Islam namun aku tidak melihat Islam di negeri orang Islam sendiri."

Mengikut pemahaman penulis, gaya hidup orang Jepun adalah mirip dengan sunnah Rasulullah s.a.w. Orang Jepun yang tipikal memiliki tubuh badan yang ideal. Jarang kita melihat orang Jepun berperut buncit ataupun obes. Orang Jepun seolah-olah memahami ajaran Rasulullah s.a.w iaitu 'Berhenti Makan Sebelum Keyang.'

Nasihat Rasulullah itu menjadi tradisi, khususnya di Okinawa. Pengambilan kalori penduduk Okinawa dikatakan 20% lebih rendah berbanding daerah lain di Jepun. Orang Okinawa mempunyai ungkapan, 'Hara Hachi Bu' yang bermaksud penuhkan perut dengan batasan 8/10 kekenyangan.

Orang Okinawa tidak mengenal istilah hidangan goreng. Makanan mereka dimasak dengan cara rebus, kukus ataupun bakar. Amalan pemakanan segar yang tidak dirosakkan oleh proses masakan ataupun pengawetan menjadi rahsia hidup sihat mereka. Mereka mendapat jumlah asid lemak omega yang mencukupi, vitamin B & C yang tidak rosak akibat teroksida, mamasak atau menyimpan makanan dengan terlalu lama.


Kesegaran & mutu makanan dijaga ketat oleh kerajaan mereka. Tidak ada bayangan ketakutan kimia berlebihan dalam daging ataupun mi, apalagi cerita beras yang dicampur simen putih. Tidak ada makanan yang mendekati tarikh luput dijual. Sayuran dan buahan yang dijual di gerai buah pada pagi hari turun harganya dengan drastik pada malam hari supaya dapat dihabiskan stok.

Orang Jepun berjalan dengan langkah pantas dan bergaya hidup aktif dengan menggantungkan kebahagiaan hidup mereka kepada pekerjaan. Mereka cekal bekerja. Format anatomi mereka, pergelangan tangan yang berurat besar, tangan yang kasar seperti kuliwalaupun wajah wanita mereka licin seperti anak patung.

Gambaran ini mengingatkan penulis pada kisah Rasulullah s.a.w dengan sahabatnya Saad al-Anshari. Saad memperlihatkan tangannya yang melepuh kerana bekerja sebagai tukang penghancur batu.

Rasulullah bertanya, "Wahai Saad, mengapa tangan kamu hitam, kasar & melepuh?" Saad menjawab, "Tangan ini aku gunakan demi mencari nafkah keluarga, ya Rasulullah." Rasulullah lantas mengambil tangan Saad dan menciumnya seraya berkata, "Demi Allah, tangan yang seperti ini tidak pernah tersentuh api neraka."

Penulis pernah bertanya pada Dr Maseke Senami, mengapa di Jepun jarang terdapat penularan wabak penyakit? Dr Maseke berkata, "ini disebabkan oleh tradisi kebersihan peribadi mereka yang sempurna. Sehinggakan seperti anjuran Rasulullah s.a.w, apabila setiap kali mereka habis makan, orang Jepun terus membersihkan gigi mereka. Tidak pernah ternampak sampah berselerakan di tempat umum ataupun di mana sahaja.

Untuk bacaan & info lanjut, anda semua boleh dapatkan buku "Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit' ataupun google sahaja info yang banyak di internet yang dikongsikan oleh blogger di sana.

Rujukan: Adi Hashman. 2009. Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit. PTS. Gombak, Selangor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...