Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Jumaat, 1 Julai 2011

Jatuh cinta setelah 3-4 kali memandang

Buku inilah buat hati saya telah jatuh cinta memandangnya. Bukan setakat tajuknya tetapi lebih2 lagi isinya.

Setelah 3 ke 4 kali memandang dan membelek, akhirnya masa Pesta Buku Selangor baru ni, saya memujuk hubby utk membeli buku ni. hehehe... Yang pasti akhirnya juga, hubby turut suka buku ini. :)

Buku ini benar2 membuat saya terpanggil utk terus membacanya. Walaupun sehari hanya beberapa helai saya membaca, tapi ianya membuatkan saya rindu. Rindu untuk bertemu Rasullullah s.a.w. Terasa diri ini sentiasa amat sikit mengikut sunnahnya. Terlalu sedikit rasanya pahala yang diperolehi selama ini. Dan banyak juga dosa yang terkumpul.

Bagi saya buku ini sekarang sebagai pembimbing saya utk berusaha mengikut sunnah baginda dan berusaha juga utk mendapat keredhaan Allah yang satu. Moga DIA selalu membantu dan melorong saya dalam menjalani kehidupan ini sehingga ke akhir nyawa. Aminnn...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...