Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Hikmah kejadian gempa di Padang

Sebenarnya hari ni saya berada di Muar (guna komputer dan internet di muar traders ni free, hehehe). Temankan suami yang berkursus ni sini. So, pendapat saya yang pertama kali datang ke sini is bandar muar memang okey (promote Muar kejap).

Sedang saya selak majalah solusi isu ke 14, ada sesuatu yang menarik untuk saya kongsikan. Iaitu tentang gempa bumi yang berlaku di Padang, Indonesia 30 September 2009 baru-baru ini. Mari saya kongsikan.

Solusi isu no. 14, Artikel oleh Hj. Muhammad Zakaria yang bertajuk Tiga Kampung Tenggelam Ditelan Bumi.

Ada pemerhati dan pengkaji kontemporari al-Quran mengaitkan tarikh dan waktu berlaku gempa di Padang ini dengan ayat al-Quran seperti di bawah:

Tarikh gempa: 30 Semptember 2009
(Surah al-Rum 30:9) - Allah berfirman yang bermaksud: "Tidakkah mereka berjalan di muka bumi? Lalu mereka memerhatikan bagaimana akibat (yang dideritai) orang sebelum mereka? Mereka itu terlebih kuat daripada penduduk ini dan mereka itu menggarap tanah (bertani) dan memakmurkan lebih banyak daripada apa yang mereka (ini) memakmurkannya. Dan telah datang kepada mereka rasulnya, dengan membawa keterangan. Maka Allah tiada hendak menganiaya mereka, tetapi mereka menganiaya diri mereka sendiri."

Waktu berlaku gempa: 17.16 (WIB)
(Surah al-Isra' 17:16) - Allah berfirman mafhumnya: "Apabila Kami kehendaki akan membinasakan suatu negeri, (lebih dahulu) kami suruh orang yang mewah (supaya taat kepada Allah) tetapi mereka fasik (durhaka) sebab itu berhaklah mereka ditimpa seksaan, lalu Kami binasakan negeri mereka sebinasa-binasanya."

Waktu berlaku gempa susulan: 17.58 (WIB)
(Surah al-Isra' 17:58) - "Tak ada antara penduduk suatu negeri melainkan Kami membinasakannya, sebelum hari kiamat atau menyeksanya dengan seksaan yang keras. Yang demikian itu telah termaktub di dalam kitab."

Apakah susuna surah ini dan ayat-ayat ini berlaku secara kebetulan? Atau memang telah menjadi rahsia Allah sejal azali lagi yang baru ditemui manusia melalui permerhatian dan kecintaan kepada al-Quran?
Yang penting, kita harus mengambil pengajaran bahawa setiap perkara walau sekecil manapun dijadikan Allah menunjukkan kebesaran dan kehebatan Allah s.w.t. Ada hikmah yang tersembunyi yang harus dijadikan pengajaran untuk umat manusia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...