Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Menyambut pengantin plus cuti-cuti Malaysia

Dua minggu stenagh saya tak dapat meng'update' blog. Betul-betul sibuk (walaupun ada masa tapi time tu ler nak berehat kejap). So, entry kali ni tentang kenduri kahwin di Kelantan + cuti-cuti Malaysia di sana.

Sepupu suami saya baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada 12 Disember yang lalu. Kenduri belah perempuan, biasalah, sudah pasti busynya ngalahkan kenduri belah lelaki. Namun, alhamdulillah, ramai juga saudara mara terutama dari belah Gombak menolong. Selesai sahaja kenduri di Ulu Kelang, kami pula ke Kelantan pada hari Khamisnya untuk menghadiri majlis menyambut menantu bagi belah pihak lelakinya + cuti-cuti Malaysia bagi saya dan keluarga.

Sewaktu melalui jalan Gua Musang dan Kuala Krai, saya dapati tidak banyak bezanya sewaktu saya belajar lapan tahun yang lalu dengan sekarang. Namun, apabila kami semakin menghampiri Kota Bharu, pembangunan negeri Kelantan sudah semakin saya nampak. Dan yang paling saya tersengih sekali ialah kawasan tempat tinggal saya dulu, Banggol Judah, sudah ada signboardnya di tepi jalan. Bukan satu, tapi 3. Kalau cerita dengan member-member rumah dulu, sure depa pun tersengih-sengih.

Tetapi, bukan itu sahaja perubahan yang dapat saya lihat. Yang paling ketara sekali ialah kesesakan lalulintas yang memang saya sungguh tak sangka. Dari Ketereh sampailah ke bandar Kota Bharu, mak ai, sesaknya jangan nak cerita. Lampu isyarat dah le banyak, bila masuk KB saje, kami tersangkut hampir setengah jam di hadapan bangunan LHDN KB. Memang teruji betul kesabarannya.

Nasib baik suami saya ada out-station di KB tiga tahun lalu, so, tahulah dia nak menyelit kat mana. Sampai aje hotel, lepas maghrib, kami terus makan malam. Dan Alhamdulillah, nasi goreng ikan masinnya dan chicken chopnya memang sodap.

Esok paginya, sebelum kami ke homestay yang disewa pakcik suami untuk keluarganya dan ahli keluarga yang lain, kami ke Pasar Siti Khadijah dulu. Ni semua idea saya ler. Tak sabar nak cuci mata le katakan. Lepas mak mentua saya dan saya membeli apa yang patut, kami ke Pantai Cahaya Bulan a.k.a. Pantai Cinta Berahi pulak. Huh, memang syok betul bila bukak aje pintu kereta. Angin Laut China Selatan bertiup sungguh nyaman. Rasanya kalau ada bangku untuk berbaring, sure suami saya, anak saudara saya yang berdua tu dan ayah mertua saya landing baik punya.

Lepak sana dalam lima belas minit, kami pun pulang semula ke hotel bersiap untuk aktiviti majlis kahwin pula. Sampai aje di Tumpat, kami lepak di sana sampai jam dua suku. Lepas solat Jumaat, barulah adik pengantin lelaki tiba untuk menjemput kami ke rumahnya. Rupa-rupanya di Kelantan ni, majlis perkhawinan berlangsung selepas solat zohor ataupun Jumaat sehinggalah jam sepuluh malam. Oooo... Akhirnya kemusykilan saya dan keluarga terjawab pasal kenapa mereka buat lambat. Hehehe...

Rombongan keluarga kami. Adalah dalam sepuluh buah kereta keluarga jugalah yang mengiringinya.

Settle aje kenduri kahwin, zoom kami ke Pengkalan Kubor. Apa lagi, shopping dan jalan-jalan. Hehehe... Dekat nak maghrib, baru kami balik ke hotel. Malam pulak saya dan suami ada dating dengan member belajar saya sewaktu di UMS. Dah 3 tahun lebih saya tak jumpa dia. Dan keesokan harinya dan hari Ahad, apa lagi aktiviti yang menarik kalau tak bershopping, makan-makan dan melawat tempat-tempat menarik.


Gambar atas: Kedai di Pasar Siti Khadijah yang saya dah borong baju kaftannya. Gambar tengah: 3 orang hero saya dok syok ngadap Laut China Selatan di PCB. Gambar bawah: Saya dan PD n adiknya. Dia skarang business ambil gambar orang kahwin n macam2 function. Murah jugaklah rezeki dia.

Kalau tengok gambar kanak nampak macam cawan biasa tapi sebenarnya, air milo panas dalam tu diisi dalam cawan yang 3 kali ganda besarnya. Mengah gak suami saya nak mengabihkannya. Saya plak try teh 'o' ais laicinyam pun sedap gak. Kiranya restoran Biker's dekat depan sungai Kelantan ni okey2 jugalah rasa makanannya.

Ni pula gambar masa on the way nak balik Nilai. Kami ikut Grik kerana Kuala Krai masa tu banjir. Walau apapun, pemandangannya memang tak menghampakan. Yang paling bestnya dapat merasa udara segar Banjaran Titiwangsa dan berehat di Tasik Belum. Memang indah betullah pemandangannya.

Sampai aje di bandar Kuala Kangsar, kami terus ke kedai makan di tepi Sungai Perak. Pemandangan bukan sahaja cantik tetapi juga cendol, pasembor dan maggi goreng mamaknya meang sodap. Di sini ada banyak gerai makan dan gerai menjual barangan rotan buatan orang kampung. Kiranyan kalau nak beli bakul, beg anyaman dan cenderahati, sini ada pelbagai pilihan untuk semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...