Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Tertekan bagaimanapun wanita, jangan menyerah kalah.

Meski emosi tak berapa stabil, tertekan bagaimanapun wanita, jangan cepat menyerah kalah. Kenapa jangan menyerah kalah? Sebab selagimana kita tahu kita di pihak benar dan kita ada Allah, kita teruskan juga. Biarlah orang nak kata apa, orang nak perlekeh atau pandang rendah, selagi kita tahu kita boleh lakukan, lakukanlah. Ingat! Jika susah hati, risau, galau, angkat tangan dan doa. Jika tak mampu angkat tangan, doa sahaja dalam hati. Allah Maha Mengetahui.

Itu yang saya rasai dan lalui bila sudah 18 tahun berkahwin. Ada ketika saya rasa helpless. Ada ketika rasa macam tak menyumbang apapun untuk kejayaan hidup di dunia dan lebih lagi akhirat. Ada ketika saya sedih, kenapa saya tidak seperti rakan lain yang punya kerjaya dan keluarga yang boleh dibanggakan dan mungkin membahagiakan. Terselit rasa cemburu melihat rakan lain lebih dari perkara yang saya mahukan itu diakui ada. Tak dapat nak beri keluarga wang bulanan yang banyak pun dah rasa tak selesa. Sukar nak fokus dalam solat dan bersangka baik dalam perkara tertentu itupun ada waktu jadi masalah. Bagaimana saya overcome atau tangani masalah ini dalam masa 18 tahun hidup berumahtangga?



Ia bukan sekelip mata. Ia tak semudah petik jari dan semua masalah hilang. Saya lalui fasa demi fasa kehidupan yang ada waktu mengundang air mata dan cemburu. 10 tahun pertama alam perkahwinan, ujian waktu ini memang hebat. Ujian keluarga, ujian zuriat, ujian kerja, ujian agama, ujian prasangka, ujian tak pandai masak, semuanya ada. Masa ni jangan cerita, emosi memang banyak waktu macam yoyo.

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...