Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Khamis, 26 Mac 2009

Nombor 3 siap.

Ya. Akhirnya novel ketiga saya siap juga semalam. Seronok betul rasanya. Badan dan otak terasa ringan bila dah settle. Tak sabar-sabar nak tunggu editor tak bertauliah saya menge'check' hasil kerja saya iaitu suami tersayang saya. Dialah yang selalu membetulkan ayat-ayat yang dirasakan macam tak best sahaja. Dah itu pun kerje dia kadang2 di ofis.

Lepas ni, nak mengadap balik buku untuk pra sekolah pula. Hopefully everythings will go smoothly walaupun ada sedikit hiccup untuk 2nd novel (pelukis saya baru sahaja kehilangan ibu mertuanya. Al-fatihah.). Walau apa pun, perjuangan perlu diteruskan. Sesuatu perlu dibuktikan. Wajib. Dan yang paling penting sekali usaha yang berterusan pasti akan membuahkan kejayaan. InsyaAllah...

Rabu, 25 Mac 2009

Pesta buku 2009

Pesta buku datang lagi. Tak sabar rasanya nak pergi. Last sekali saya pergi pesta buku adalah tahun lepas. Adalah dalam empat lima biji buku saya beli. Nak beli banyak2 karang takut tak terbaca pulak. Rugi jer duit rasernya.

Saya mula mengenali pesta buku ni sejak dari tadika lagi. Abah dan mama memang jenis suka membeli buku jadi setiap kali pesta buku mereka akan bawa saya dan adik-adik ke sana. Macam-macam bukulah yg kami minta. Namun, sejak abah pencen dan tumpukan perhatian pada business, kami dah jarang pergi ke pesta buku. Beli buku pun hanya di kedai sahaja. Tak pun baca suratkhabar dan majalah yg dibeli mama.

Namun, sejak tamat belajar dan balik ke semenanjung semula, saya mula memupuk kembali minat yang satu ini. Nasib baik suami saya jenis yg supportive, jadi adalah geng untuk diajak berjalan bersama. Rasanya kali ni saya akan ke sana dua kali kot. First pada hari jumaat iaitu hari pelancaran manakala second day adalah hari esoknya coz nak bawa anak sedara pula beli buku di sana.

Hopefully pada pesta buku nanti, ada byk buku2 menarik diterbitkan dan saya pasti tidak mahu ketinggalan untuk memilikinya...

Rabu, 11 Mac 2009

Alhamdulillah... Rezeki Allah




Setelah 30 tahun saya hidup di dunia ni, akhirnya diizinkan Allah untuk saya ke Cameron Highlands juga...
Mungkin orang kata, baru sekarang nak pergi ke? Tapi bagi saya yang sebelum ini memang teringin sangat namun tidak berkesempatan, akhirnya diizinkan Allah juga...

Saya sebenarnya seronok pergi ke kawasan tanah tinggi dan air terjun. Tenang dan mendamaikan serta udara yang bersih lagi sejuk. Bila berada dan tidur semalaman di sana, rasa macam di Ranau dan Gunung Kinabalu pula. Airnya sejuk bukan main dari pagi sampai ke malam dan sehinggalah ke pagi balik. Rasa macam ambil wuduk dengan ais... Ish, ish, ish... macam mana agaknya nak dok kat negara 4 musim ni...

Saya dan suami serta rakan2 ofisnya seronok melawat tempat2 menarik di sana. Yang paling tak dapat dilupakan lawatan ke ladang BOH yang saujana mata memandang. Hijau, tenang, cantik, indah, sejuk, damai dan sebagainya. Rasanya kalau boleh ke sana lagi, saya nak lawat semua ketiga-tiga ladang teh yang terbesar iaitu BOH dan Bharat. Terlalu suka saya untuk melihatnya kembali.

Tapi rasa-rasanya, kalau saya ke sana kembali, saya terpaksa mengikut dari tol Simpang Pulai dan bukan dari tol Tapah. Tak mahu rasanya ikut jalan berbelit-belit macam ular kena palu tu. Ini kerana saya muntah bila hendak pulang ke rumah. Setelah hampir 3 tahun setengah tak keluar isi perut ni akibat berjalan (last sekali bila naik feri dari Labuan ke KK), akhirnya saya kalah juga. Nasib suami paham akan kes saya yang problem sejak dari kecil ni. Takdelah dia nak gelak besar2... hehehehe...
Tersengih-sengih adik2 saya bila saya ceritakan pengalaman tu...

Well, hopefully, jika ada rezeki lagi, saya ingin ke sana kembali. Bumi Allah ini indah, dan keindahan itu perlu dinikmati seadanya selagi tidak merosakkannya.


Khamis, 5 Mac 2009

kerenah si kenit

Penat rasernye melayan kerenah anak sedara seorang ni... byk betul songehnye.. tp kadang2 ketawa juga dengan keletahnya. Bila dia takde di rumah, sunyi pulak rasernyer (especially buat mak dan abah lah).

Walaupun saya dan suami tidak mempunyai anak lagi (belum rezeki barangkali), tapi deretan anak sedara yg ramai bukan sahaja mengundang ketawa dan sengihan malahan juga suara halilintar suami biler memarahi dan meleteri mereka.

Tadi, si kenit seorang tu, syok ajer mengenakan atuk dia. Sampai tergolek2 di sofa mintak gula2 yg mahal. Kesudahannya atuk buat dek jer dan belikan dia gula2 20 sen ajer. Nasib baik dia diam juga lepas tu. Kalau tak, satu taman blh dengar suara dia.

Well Nurin, u are the cutiest n funniest n byk kerenah punya anak sedara. i love u so much eventhough sometimes u make me angry...

Isnin, 2 Mac 2009

Belajar memang susah tapi pengalaman yang menarik

Masa kecil2 dahulu kita seronok belajar benda2 baru. Belajar melalui guru, ibu bapa, rakan2, musuh (mesti ada punyer) dan orang di sekitar kita. Belajar untuk memperbaiki diri dan juga hidup. Sehingga sekarang saya masih juga belajar walaupun dari segi mengejar segulung ijazah tinggal satu peringkat lagi. Sekarang ini saya belajar pula mengenal perangai, tabiat, kehendak dan sebagainya...

Walaupun kita berharap orang yang rapat dengan kita dapat menyokong dan memahami situasi kita yang masih belajar, tapi ada segelintar mereka tidak sabar dan memperlekehkan apa yang kita lakukan. Mungkin bagi mereka ianya tidaklah sesukar mana tapi bagi kita yang baru sahaja bertaktih, pastinya mengambil masa. Barangkali mereka lupa yang mereka juga dahulu pernah berada dalam situasi yang sama seperti kita.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...