Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
Mi rebus gaya Johor yang sedap
Ni semua gara-gara rancangan best in the world kat YouTube. Dok tayang macam-macam jenis mi best di Malaysia, jadinya, ngetestlah buat menu ni.
Alhamdulillah sedap sangat resipi @matgebu yang ambil di web tiffinbiru.
Ini resipinya. Tapi saya letak ayam seketul-seketul dalam tu sebab tak berapa nak rajin 😁
Bahan:
3 biji keledek oren yang telah direbus & dilecek
2 cawan kentang yang telah direbus & dilecek
1 liter air rebusan daging (guna kiub pati daging maggi je)
1 sudu besar tepung jagung*
1/2 cawan air*(*disatukan dan kacau rata)
Garam dan gula secukup rasa
Air panas secukupnya
1/3 cawan minyak masak
Bahan kisar halus:
1 genggam udang kering, cuci & rendam dalam air panas
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
12 tangkai cili kering & rendam dalam air panas, toskan
Bahan tepung rangup:
1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar udang kering, rendam 10 minit & toskan
1 cawan air
1 sudu kecil garam
Acar Tumis yang mudah
Acar tumis bila makan dengan briyani, memang best 👍👍
Acar tumis ni bahannya mudah dapat, murah dan bila dah makan dengan nasi briyani, boleh mampu ngulang sekali lagi makan.
Bahan:
1 batang timun dibuang biji & potong memanjang
1 batang lobak merah dihiris memanjang
1 tangkai cili merah buang biji & hiris
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk kari daging
2 inci hali dihiris memanjang
2 sudu besar cuka
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil biji sawi
3 sudu besar minyak masak
Garam & gula secukup rasa
Bahan kisar:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Penyediaan:
1. Panaskan minyak, tumis halia & kacau seketika.
2. Masukkan bahan kisar, rempah kari d& serbuk kunyit tumis hingga kekuningan.
3. Seterusnya masukkan bawang merah & bawang putih (biarkan sebiji-sebiji), timun, lobak merah, cili merah, kacau rata.
4. Kemudian tambahkan cuka, garam, gula & biji sawi secukupnya.
5. Jika perlu tambah air, tambahkan sedikit sahaja. Gaul rata, angkat & sedia dihidang acar tumis di meja makan.
Mi Goreng Basah InsyaAllah sedap
Assalammualaikum & Salam Sejahtera Semua. Ni semua gara-gara rudy dok bukak YouTube rancangan best in the world. Sekali keluar makanan mi goreng n mi berkuah. Dan pagi tadi, rezekilah dapat masak menu baru dari @matgebu . Sedap sangat rasanya.
Ini resipinya mi goreng basah jika anda nak cuba. Saya gunakan apa yg ada di dapur.
Bahan:
200 gram mi kuning
2 ekor sotong, hiris bulat
10 ekor udang dibuang kepala
1 keping dada ayam di potong dadu
1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dicincang
3 tangkai sawi batang pendek dikerat kasar
2 biji telur, dipukul sedikit
3 sudu besar minyak masak
1 camca besar cili kisar
1 camca besar sos tiram JALEN
1 camca besar sos cili JALEN
2 canca besar kicap pekat JALEN
2 sudu besar kicap cair
2 cawan air rebusan tulang (guna kiub pati lembu)
Hirisan cili merah & bawang goreng untuk hiasan
Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah & bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar & masak hingga cili garing. Masukkan ayam & kacau mesra. Biarkan seketika & baru masukkan udang & sotong. Gaul mesra.
2. Masukkan sos tiram & sos cili, kacau rata & tolak ke tepi kuali. Masukkan telur & biar hingga telur kental, hancurkan & gaul rata. Masukkan kicap pekat, kacau & tambah mi kuning, gaul mesra.
3. Masukkan sawi, kacau lagi & perasakan dengan kicap cair. Akhir sekali tuang air rebusan tulang. Kacau & masak sebentar. Jikaok boleh matikan api. Hias dengan hirisan cili merah & bawang goreng dan taburkan atas mi goreng basah kita.
Spaghetti goreng pedas, campak apa aje isinya
Assalammualaikum & Salam Sejahtera.Teringin nak makan spaghetti. Tapi memikirkan kat kedai dapat skit aje dan kekadang rasa tak berapa kena dengan tekak, makanya, moh le kita masak sendiri. Boleh le ngulang makan berkali-kali.
Rasa nak pedas, kome boleh le letak cili flakes & cili kering tu banyak skit 😁
Bahan:
1 pek spaghetti direbus al dante
10 biji vongole
8-10 ekor udang
4 ekor sotong kerat 3
4 batang sosej dipotong serong
2 kiub ikan bilis
10 tangkai cili kering dipotong 3
1 biji bawang besar didadu
3 ulas bawang putih didadu
1/2 cili benggala dihiris & kerat 3
1 1/2 cawan air rebusan spaghetti
1/2 biji lemon
4 sudu besar minyak zaitun
3 sudu besar kicap soya cair
2 sudu kecil chili flakes (nak pedas, letak le banyak mana suka)
Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar dahulu & kemudian bawang putih. Selepas itu, masukkan cili kering. Masak seketika & masukkan pati ikan bilis. Kacau hingga patinya hancur.
2. Masukkan pula kicap soya cair & jus lemon. Kacau hingga mesra. Masukkan vongole, udang, sotong & sedikit air rebusan. Kacau seketika & kemudian tutup dengan penutup periuk. Biarkan ia masak dalam 3-4 minit.
3. Angkat penutup & gaul. Masukkan spaghetti & gaul lagi. Kemudian, masukkan cili benggala & 1 sudu kecil chili flakes. Gaul hingga mesra. Tutup api & hidang dalam pinggan besar. Siap.
Kueh tiaw goreng cina ala sarawakian
Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Resipi kueh tiaw goreng cina ala Sarawak ni saya cuba bila tengok YouTube dari @globalgibbon . Lepas dia promo apa yang best kat Kuching, dia pi lepak makan kat restoran kawan dia. Kawan dia pula, dengan baik hati, tunjuk cara masa kueh tiaw goreng ni cara Sarawak. Bila tengok cara dia masak, ada sedikit berbeza dari cara saya.
Saya excited nak cuba sebab resipi ni sebab takde letak cili boh. Just ganti lada sulah/lada putih je (jangan diletak lada hitam pulak di, kang dah jadi bihun goreng putih pula). Ni resipinya (saya adalah ubah skit).
Bahan:
1 pek kueh tiaw
1/2 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
2 batang fish cake / boleh letak fish ball / kerang / ayam
4 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap masin
1 sudu besar kicap pekat
2 biji telur
1 genggam daun kucai dipotong
1 genggam taugeh (jika suka)
1/2 batang cili merah dihiris
1 sudu besar lada sulah/lada putih
Sedikit minyak untuk menggoreng
Penyediaan:
1. Panas sedikit minyak. Masukkan kueh tiaw ke dalam kuali. Kacau seketika & masukkan kicap manis. Kacau hingga mesra dalam 1-2 minit. Angkat & ketepikan.
2. Kemudian, masukkan sedikit minyak dalam kuali tadi. Setelah panas, masukkan bawang merah & bawang putih. Gaul sekejap & masukkan pula hirisan fish cake/ fish ball/ayam. Masak sebentar. Kemudian, masukkan 2 biji telur & masak seketika.
3. Setelah telur masak, masukkan kueh tiaw tadi ke dalam kuali. Masukkan juga kicap cair, kicap pekat, lada sulah & cili merah. Kacau lagi & kemudian masukkan daun kucai & taugeh. Kacau sebentar & siap untuk dihidang kueh tiaw goreng cina ala Sarawakian.
Udang masak lemak kacang buncis, protein dan sayur bersatu
Assalammualaikum & Salam Sejahtera.
Lama sangat tak update personal blog ni. Saya ada masuk kelas untuk belajar bisnes. Jadinya kekangan nak memasak, ambil gambar & update dalam blog ni terpaksa diperlahankan sikit. Ini pun saya copy paste aje dari IG personal saya 😁
Menu ni simple je. Gulai lemak udang dengan kacang buncis.Dek kerana menu ni ada udang & ada sayur, senang skit masak. Jimat masa. Ini resipinya.
Bahan:
1/2kg udang yang dibuang kepala & kulitnya
7-8 tangkai kacang buncis dipotong serong
1 batang serai, diketuk
1 helai daun kunyit, disiat
250ml santan
1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu besar minyak masak
Bahan kisar halus:
1/2 biji bawang besar
1 inci kunyit hidup
2 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi
1 cawan air
Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Setelah panas, masukkan bahan kisar halus ke dalam periuk bersama serai yang diketuk dan santan cair (2 sudu besar santan pekat + 1 cawan air). Kacau rata dan masak hingga mendidih.
2. Masukkan kacang buncis. Masak seketika & masukkan udang, kacau rata dan masak hingga udang berubah warna dan nanas lembut. Masukkan daun kunyit dan tuang pati santan. Kacau hingga mendidih.
3. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Biarkan mendidih dengan api kecil dan kacau untuk elakkan santan pecah. Masak sebentar & tutup api.
Sambal Ikan Keli versi Khairulaming yang sedap
Assalammulaikum & Salam Sejahtera.
Bila bulan puasa, haruslah semua orang akan ke IG atau TikTok KhairulAming. Alhamdulillah dapat try resipi sambal ikan keli dia walaupun ada bahan yang takde. Sedap sangat rasanya. Pandai dia masak. Moga murah rezeki dia selalu kerana ajar orang dengan percuma.
Ini bahannya & caranya versi saya. Untuk lebih perfect, anda pergi ke socmed dia ya 😊
Bahan:5 ekor ikan keli yang dicuci bersih
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar tepung beras
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji tomato
1 sudi besar sos tiram
1 sudu sos gula
1 sudu kecil garam
Minyak untuk menggoreng & menumis
Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Guna api sederhana. Lumurkan ikan keli dengan serbuk kunyit, tepung beras & garam. Setelah minyak panas, masukkan perlahan-lahan ikan keli. Goreng hingga keemasan.
2. Sementara tunggu ikan masak, kisar kasar bawang putih & bawang besar. Kemudian, kisar pula sampuran cili padi, cili merah & tomato. Ketepikan.
3. Setelah ikan masak, tuangkan 2/3 baki minyak tadi ke bekas lain & gunakan aje 1/3 baki dalam kuali. Tumis bawang besar & putih dahulu. Setelah naik bau, masukkan pula bahan kisar cili tadi. Masak hingga sedikit garing.
4. Masukkan sos tiram, gula & garam. Kacau hingga mesra seketika. Selepas itu, masukkan ikan keli yang digoreng tadi. Kacau seketika & kemudian siap untuk dihidang.
Langgan:
Catatan (Atom)






