Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Pesta Buku Antarabangsa 2011 bakal tiba

Seminggu lagi Pesta Buku A/Bangsa Kuala Lumpur 2011 bakal berlangsung. Bahangnya sudah semakin terasa. Dari penerbit, peminat buku dan orang awam, semuanya sudah teruja untuk ke sana. Kebanyakan pelanggan saya juga sudah beria-ia menyimpan duit untuk 'dilaburkan' di pesta buku nanti. Terutama sekali mereka yang tak sabar-sabar nak dapatkan buku2 baru seperti daripada Hlovate, Ramli Awang Murshid, Anis Ayuni, Syud, dan ramai lagi.

Apalagi, jom kita ke sana. Pestanya dari 22/4/2011 hinggalah 1/5/2011.



dah settle baca TINTA

Alhamdulillah, dah settle baca novel TINTA ni ahad lepas. Dan saya suka buku ni sebab:
1. saya suka gaya tulisan Nasron Sira Rahim. Pertama kali baca Nama Atas Kertas, terus jatuh cinta dgn ceritanya.
2. Karya Syud dan Pingu Toha mmg sweet dlm cerita ni... Love it so much.

First time baca dah suka

Selalunya bila saya ke kedai buku gerai menjual buku, saya pandang aje buku2 terbitan PTS yang ditulis oleh Abdul Talip Latip. Niat di hati memang ingin sekali membaca buku2 sejarah Islam yang ditulisnya. Dan Alhamdulillah, akhirnya niat saya itu menjadi kenyataan. Buku pertama yang saya baca ialah Bilal Bin Rabah.

Dan saya beri 5 bintang untuk buku ni. Walaupun baru baca beberapa bab, hati saya tak sabar2 nak tahu kisah selanjutnya. Kadang2 terbayang2 saya Bilal ni macam Bilal dalam cerita Qamar Bani Hashim.

Jika kesempatan, saya akan cuba habiskan buku ini dengan cepat. Buku agama yang buat saya teruja untuk membaca. Terima kasih atas ilmu yang dikongsikan oleh penulis...

Surah An-Nur ayat 26

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempaun-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. (An-Nur: 26)

Surah ini saya baca pagi tadi terjemahannya. Bila terbaca, saya teringat yg selalunya saya dengar statement ni daripada kata-kata orang. Dan pada hari ini, sebenarnya ia bukan sebarang kata tapi ianya daripada KATA-KATA ALLAH DI DALAM AL-QURAN. Janji ALLAH pada hamba-hambanya... Allahuakbar...

cuti2 jap di Perak


Sabtu lepas saya n famly hubby ke Taiping Perak. Amik anak sedara yg dah start cuti sekolah. Kali ni oleh kerana Hotel Seri Malaysia dan fully booked, kakak ipar saya booking Flemington Hotel. Betul-betul facing Taman Tasik Taiping yang menghijau... Pergh! Memang syok betul pemandangan kami. Hijau aje....

Petangnya ingat nak ronda2, alih hujan lebat lak. So, sebaik aje abis aktiviti merehatkan diri, saya dan hubby pi naik ke rooftop hotel. Dan pemandangannya cukup menarik + kolam dia dok kat atas rooftop. Best sungguh layan anugerah ciptaan Allah ni...

Suasana indah dan tenteram selepas hari hujan

Malam pulak, aktiviti makan pun bermula. Yeh, makan di bomba. Hehehe... bukan di balai bomba tapi di kawasan kedai makan berhampiran balai bomba Taiping. Bila ke sini, yg paling sedap sekali tentulah sotong kangkungnya, Yong tau fu, nasi goreng dan paling marvelous ABC nya. Memang puashati...

ABC idaman hubby. Puas hati betulll...

Esoknya, Ahad, kami breakfast di kaki Bukit Maxwell. Ni semua gara2 nasi lemak sedap kawan hubby saya. Alih2, rupanya kedai kawan hubby tak bukak. So, kami makan ajelah kat gerai lain yg ada di sana. Layan jap pemandangan Bukit Maxwell + monyet2 yg bergayutan.

Gerai makan di kaki Bukit Maxwell. Entah kenapa si nurin tu dok nengok saya, saya pun tak tau...

Lepas makan, kami pi ke kandang kuda pulak. Dah lama nak ke sana tapi tak berkesempatan. Dan akhirnya Alhamdulillah kami ke sana juga. Apalagi, semua teringin nak naik kuda. 2 round RM10. Ok le tu kot. Ialah, nak naik kuda kat KL mesti lagi mahal kot. Inipun kira ok ajelah. Nak merasa naik binatang yang Rasulullah saranankan. Dan bila turn saya, wahhh... rasa macam nak terjatuh aje. Kiri kanan takde benda nak halang. Hambik kau, pegang aje pelana kuda tu takut jatuh. Heheheh...

Kontrol sungguh time naik kuda ni. But, it was a wonderful experince...

Petang pulak, on the way kami nak balik Nilai, kakak ipar saya ajak pi nengok Syamille Agro Farm yg keluar kat majalah 3 dulu. Alhamdulillah, kami jumpa. Dan apa yg kami lihat memang best. Rumah tuan punya ladang memang diperbuat daripada kayu landasan keretapi. Begitu juga dengan dewan dan beberapa lagi bangunan.

Ni lah dia Syamille Agro Farm yg keluar kat Majalah 3 dalam sebulan lepas. Memang cantik dan kemas... Ada juga beberapa orang yg dok riki2 tempat ni masa kami datang...

Deretan kandang binatang ternakan di agro farm ini. Harap2 masa kami datang nanti bolehlah kami menjengah.

Chalet2 kecil turut ada untuk mereka yg ingin menginap di situ atau ingin mengadakan kursus di sana. Di situ juga kami dapat lihat di kawasan belakang ada banyak kandang2 kambing dan binatang2 lain. Budak2 mesti suka juga di sini sebabnya ada kandang rusa dan ayam yg boleh kita jengah, beri makan ikan, mandi sungai, lawat ladang dan yang paling best dapat makan daging2 segar.
Kandang rusa untuk dijengah...

Sebahagian anak2 sedara. ceria aje... :)

InsyaAllah, ada rezeki kami akan ke sana pada cuti sekolah bulan 6 nanti.

Gegaran 8.9 menggegarkan Jepun... Tsunami melanda...


Semalam 11/3/2011 tsunami telah menggegarkan negara Jepun pada skala 8.9. Hampir2 seperti gegaran yang diterima Aceh, 9.1 skala Richter. Kawan saya yang sedang melanjutkan pelajaran di sana, Alhamdulillah selamat. Mereka sekeluarga begitu juga dgn pelajar Malaysia yg lain cepat2 pergi ke kawasan lapang. Itupun setelah 1 jam gempa kuat melanda, gempa susulan sentiasa terasa. Lama jugalah mereka bermastautin kat padang permainan yang berhampiran.

Anyway, jom tengok gambar yg saya ambil dari MSN ni. Memang satu kejutan dari DIA untuk kita.
Tsunami melanda lapangan terbang Sendai

Semua sudah bercampur...

Tsunami melanda kawasan pantai Iwanuma

Rumah2 dipukul ombak yang tinggi

Rumah dah habis ranap

lingkaran air berhampiran pelabuhan Oarai, Ibaraki

Bersedekah Bukan Sahaja Dengan Harta

Kali ni saya nk kongsikan 1 hadis yg saya perolehi daripada buku "Hadis 40 Imam Nawawi" terbitan Telaga Biru yg dibeli oleh hubby saya. Harap kita dapat manfaatnya.

Daripada Abu Dzar r.a. berkata, sebahagian sahabat berkata kepada Rasulullah SAW:
Maksudnya: "Wahai Rasullullah, orang-orang kaya pergi membawa banyak pahala. Mereka solat sebagaimana kami solat, mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa, namun mereka dapat bersedekah dengan kelebihan hartanya. Nabi SAW bersabda: 'Bukankah Allah telah menjadikan untukmu sesuatu yang dapat disedekahkan? Sesungguhnya setiap kali tasbih (bacaan subhanallah) adalah sedekah, setiap kali tahmid (bacaan alhamdulillah) adalah sedekah, setiap kali tahli (bacaan laa ilaaha illallah) adalah sedekah, menyuruh kepada kebaikan adalah sedekah, melarang kemungkaran adalah sedekah dan jimaknya salah seorang daripada kamu juga adalah sedekah.' Mereka bertanya: 'Wahai Rasulullah, adakah jika salah seorang daripada kami memenuhi hajat syahwatnya berpahala?' Rasullullah SAW menjawab: 'Menurutmu, bukankah jika dia menyalurkan syahwatnya pada yang haram, maka dia berdosa? Maka demikian pula apabila dia menyalurkannya pada yang halal, dia mendapat pahala."
(Riwayat Ahmad no. 21483 dan Muslim no. 1006)

Hadis ini membawa pengertian yang amat bernilai dalam urusan bersedekah. Lazimnya ramai orang menilai bahawa orang yang kaya dan berharta sahaja yang boleh bersedekah. Sedangkan orang miskin tidak berpeluang untuk melakukan amal ibadah bersedekah ini. Sebenarnya anggapan ini salah.

Sedekah tidak dinilai dari segi pemberian kebendaan harta benda semata-mata.
1. Zikir: Mengucapkan "Alhamdulillah", "Subhanallah", "Allahuakbar", "Lailahaillallah" dan "Astaghfirullah", membaca al-Quran dan lain2 zikir juga adalah sedekah.
2. Menyuruh kepada yang baik dan melarang perkara yang mungkar juga adalah sedekah.
3. Berjimak dengan isteri juga adalah sedekah.
4. Mendamaikan dua orang yg berkelahi adalah sedekah.
5. Menolong seseorang mengankat barangnya ke atas kenderaan adalah sedekah.
6. Setiap langkah kaki yang dihayun untuk solat adalah sedekah.
7. Membuang sesuatu yang menyusahkan oran di jalan adalah sedekah.

Rasullulah SAW bersabda yang bermaksud:
"Setiap orang Islam yang menanam tanaman atau tumbuhan kemudian dimakan oleh manusia, burung atau haiwan, semuanya itu menjadi sedekah baginya."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim, daripada Anas r.a.)

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...