Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Bersedekah Bukan Sahaja Dengan Harta

Kali ni saya nk kongsikan 1 hadis yg saya perolehi daripada buku "Hadis 40 Imam Nawawi" terbitan Telaga Biru yg dibeli oleh hubby saya. Harap kita dapat manfaatnya.

Daripada Abu Dzar r.a. berkata, sebahagian sahabat berkata kepada Rasulullah SAW:
Maksudnya: "Wahai Rasullullah, orang-orang kaya pergi membawa banyak pahala. Mereka solat sebagaimana kami solat, mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa, namun mereka dapat bersedekah dengan kelebihan hartanya. Nabi SAW bersabda: 'Bukankah Allah telah menjadikan untukmu sesuatu yang dapat disedekahkan? Sesungguhnya setiap kali tasbih (bacaan subhanallah) adalah sedekah, setiap kali tahmid (bacaan alhamdulillah) adalah sedekah, setiap kali tahli (bacaan laa ilaaha illallah) adalah sedekah, menyuruh kepada kebaikan adalah sedekah, melarang kemungkaran adalah sedekah dan jimaknya salah seorang daripada kamu juga adalah sedekah.' Mereka bertanya: 'Wahai Rasulullah, adakah jika salah seorang daripada kami memenuhi hajat syahwatnya berpahala?' Rasullullah SAW menjawab: 'Menurutmu, bukankah jika dia menyalurkan syahwatnya pada yang haram, maka dia berdosa? Maka demikian pula apabila dia menyalurkannya pada yang halal, dia mendapat pahala."
(Riwayat Ahmad no. 21483 dan Muslim no. 1006)

Hadis ini membawa pengertian yang amat bernilai dalam urusan bersedekah. Lazimnya ramai orang menilai bahawa orang yang kaya dan berharta sahaja yang boleh bersedekah. Sedangkan orang miskin tidak berpeluang untuk melakukan amal ibadah bersedekah ini. Sebenarnya anggapan ini salah.

Sedekah tidak dinilai dari segi pemberian kebendaan harta benda semata-mata.
1. Zikir: Mengucapkan "Alhamdulillah", "Subhanallah", "Allahuakbar", "Lailahaillallah" dan "Astaghfirullah", membaca al-Quran dan lain2 zikir juga adalah sedekah.
2. Menyuruh kepada yang baik dan melarang perkara yang mungkar juga adalah sedekah.
3. Berjimak dengan isteri juga adalah sedekah.
4. Mendamaikan dua orang yg berkelahi adalah sedekah.
5. Menolong seseorang mengankat barangnya ke atas kenderaan adalah sedekah.
6. Setiap langkah kaki yang dihayun untuk solat adalah sedekah.
7. Membuang sesuatu yang menyusahkan oran di jalan adalah sedekah.

Rasullulah SAW bersabda yang bermaksud:
"Setiap orang Islam yang menanam tanaman atau tumbuhan kemudian dimakan oleh manusia, burung atau haiwan, semuanya itu menjadi sedekah baginya."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim, daripada Anas r.a.)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...