
Pesta buku 2010 yang bakal tiba...

Sesi di Popular
Alhamdulillah... Segalanya sudah selamat berlangsung semalam. Terima kasih atas kesudian mereka yang membeli novel-novel saya dan Dalili Sabri. Terima kasih juga buat petugas-petugas di Popular Seremban especially Mr. Kuan dan Mr. Ravi. Thanks a lot. Ada rezeki, kita jumpa lagi di lain kali.Novel kanak-kanak baru - Misteri Bunyi di Gunung Nuang
Alhamdulillah... Syukur sangat-sangat pada Allah kerana terbit juga novel adiwarna saya yang pertama dengan pihak Jemari Seni.
Novel ini punya kelainan yang tersendiri berbanding dengan novel Hadiah Puteri Elina dan juga Budak Salji. Berbulan juga saya mengambil masa untuk menyiapkannya (pada masa itu suami saya kena sakit belakang 'slip disc' & juga beberapa gangguan lain yg hanya saya shj yg tahu, hehehe...). Terima kasih Kak Su & warga Jemari Seni kerana merealisasikan manuskrip saya ini.
Thank you so much.
Di sini saya selitkan sinopsis Misteri Bunyi di Gunung Nuang. Selamat membaca semua.
Cuti sekolah kali ini, si kembar Zakuan dan Zafuan berangan-angan untuk mengikuti program perkhemahan pengakap ke Taman Negara. Namun, niat itu terhalang kerana ibu bapa mereka akan mengerjakan ibadat haji. Mereka terpaksa pulang ke rumah atuk dan opah. Untuk menghiburkan mereka, atuk merancang perkhemahan ke hutan Gunung Nuang disertai Shahriel dan Suzanna.
Bagaimanapun, tidak sampai sehari mereka di sana, Zafuan dan Suzanna telah terdengar suatu bunyi yang agak pelik. Mereka mula menyiasat bunyi misteri itu. Apa yang mereka temui sungguh mengejutkan mereka.
Mampukah mereka kembali ke khemah untuk memaklumkan apa yang sedang berlaku? Dapatkah mereka menghalang bunyi tersebut daripada terus mengganggu? Adakah mereka mampu mengalahkan bunyi tersebut? Ikutilah perkhemahan mereka ke Gunung Nuang. Perkhemahan yang benar-benar menduga kecekalan mereka.
Popular Book Fest
Untuk maklumat lanjut, layari saje laman web KD, http://www.karnadya.com.my
Seminar Stormreaders Network
p/s: Jika inginkan buku-buku, cd, vcd dan cenderahati terbitan telaga biru sdn bhd, bolehlah lawati e-store saya dan suami di http://www.stormreaders.net/Rudyazmir. (Hehehe... Promote lagi ni...)
Tawakal
Apa itu tawakal? Tawakal bererti menyerah diri kepada Allah s.w.t. dalam melaksanakan sesuatu perancangan bersandarkan kepada kekuatanNya dalam menjayakan suatu pekerjaan atau berserah diri di bawah lindungan Allah pada saat menghadapi kesusahan.
Allah berfirman yang bermaksud: "Dan (ingatlah), sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)." (Surah al-Thalaq 64:3)
Jangan keliru dengan memisahkan antara usaha dan tawakal. Telah datang kepda Rasulullah s.a.w. seorang lelaki yang hendak meninggalkan untanya begitu sahaja di pintu masjid tanpa ditambat terlebih dahulu. Lelaki tersebut bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: Ya Rasulullah, adakah unta itu perlu saya tambat dahulu kemudian bertawakal atau saya lepaskan sahaja kemudian saya bertawakal?" Rasulullah s.a.w. menjawab, maksudnya: "Tambatlah terlebih dahulu dan kemudian bertawakallah." (Riwayat al-Tirmizi).
Menurut hadis riwayat daripada Imam al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w. juga turut digelar al-Mutawakkil (orang yang bertawakal) selain gelaran Ahmad dan al-Amin.
Tawakal membuahkan kesan yang positif seperti berikut:
1. Tawakal membebaskan manusia daripada apa yang ia takutkan seperti kegagalan atau kefakiran.
2. Mendorong manusia menunaikan segala suruhan agama dan meninggalkan segala laranganNya.
3. Sumber kekuatan, antaranya diriwayatkan dalam sesetengah athar bahawa malaikat mampu menanggung Arasy dengan membaca lafaz: Lahaulawalakuwataillahbillah.
4. Membentuk sikap optimis tentang segala-galanya.
5. Membentuk satu perasaan izzah dalam diri terhadap Allah s.w.t.
6. Melahirkan sifat redha dengan segala ketentuan Allah.
Selsema, sakit tekak n demam
So sekarang ni, nak menulis pun dok pegang tisu aje. Mood pun kadang-kadang takde. Harap-harap selepas ini banyak idea yang baik Allah kurniakan pada saya. Amin...
