Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Puding karamel KA yang viral seantero Malaysia sempena Ramadan


Assalammualaikum dan salam sejahtera. Puding karamel KA, antara menu terpaling viral dan meletop dicuba oleh rakyat Malaysia Ramadan tahun 2026 ni. Jangan kata rakyat Malaysia aje, kalau tengok di medsos, rakyat negara luar pun try buat juga. Dari kita yang suka masak, abang bomba, anak-anak kelas khas, anak kecil, orang tua, anak perantau dan artis, semuanya excited nak try menu puding karamel KA ni. Tak sure kenapa tapi bila buat puding ni, dia macam attract semua orang untuk involve. Suasana paling buat semua orang yang buat puding ni teruja adalah waktu terbalikkan loyang puding atas pinggan rata. Bukan setakat kita harap puding ni cantik kejadiannya tapi vibes ketuk-ketuk loyang agar puding jatuh elok buat kita happy + berdebar.

Kalau tengok video-video yang dikongsikan netizen di TT, IG, FB, semuanya teruja bab ketuk-ketuk loyang dan part bila loyang diangkatkan. Bila lawa aje kejadiannya, terus tukang bukak dan family yang ada keliling menjerit, "Khairulaming... saya buat jadi..." Momen tu buat kita tumpang senyum bila tengok semua orang gembira. Parents pun excited tengok anak-anak mereka bersemangat nak belajar benda baru. Dan Alhamdulillah, saya dah boleh join crowd netizen menjerit, "Khairulaming, saya buat jadi..." waktu Ramadan ke-7. Happy sangat weh jadi puding sedap ni. Suami saya pun tumpang bangga sebab dia tahu wife dia kalau bab baking kek atau puding, selalunya tak berapa jadi.

Tahun ni, entah kenapa, mood nak try menu KA kali ni memang tinggi. First, saya tengok dulu makanan tu saya pernah buat ke tidak. Kedua, saya tengok juga kalau dibuat, ada tak orang dalam rumah suka atau nak makan. Ketiganya, sudah tentulah bajet. Kalau mahal, saya tunggu duit ada. Alhamdulillah, menu KA dalam 10 hari puasa, mesra bajet. So geng, ini saya kongsikan resipi puding karamel KA untuk dicuba (untuk anda yang jenis suka membaca resipi instead of tengok video berkali-kali).


Bahan-bahan puding karamel KA

Bahan-bahan:
1/2 cawan gula
2 keping roti dibuang kulit
2 cawan krimer sejat
4 biji telur
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan cream cheese
1 sudu kecil esen vanila
1/4 sudu kecil garam
Aluminium foil untuk tutup atas loyang waktu kukus

Penyediaan:
1. Masukkan gula dalam kuali dan masak atas api sederhana sehingga gula mencair. Setelah mencair, masukkan gula ke dalam loyang untuk mengukus.

Gula yang dijadikan karamel

2. Sediakan periuk pengukus. Masak air guna api sederhana. Kemudian, untuk bahan puding, masukkan krimer sejat, roti putih, telur, susu pekat, cream cheese, esen vanila dan garam dalam blender dan kisar hingga halus. Kemudian tapis bahan kisar ke dalam mangkuk. Ini bagi pastikan ia smooth takde serdak.

3. Masukkan bahan kisar ke dalam loyang perlahan-lahan. Tutup dengan aluminium foil rapat-rapat atasnya. Ini bagi mengelakkan air kukus masuk ke dalam puding, teksturnya cantik dan masak sekata. Masukkan loyang puding ke dalam periuk pengukus dan masak sekurang-kurangnya 45 minit.



4. Setelah masak, keluarkan loyang puding dari periuk dan letakkan sebentar di luar sebelum sejukkan ke dalam peti ais (kang tetiba letak benda panas dalam fridge, mau rosak fridge tu). Sejukkan lebih kurang 2-3 jam.

Puding karamel yang siap dikukus dan disejukkan sebelum diterbalikkan

5. Setelah puding sejuk, keluarkan loyang puding dari fridge dan sediakan satu pinggan atau bekas rata untuk meletakkan puding yang bakal diterbalikkan nanti. Sebelum terbalikkan loyang, potong keliling puding bagi memudahkan proses menterbalikannya. Letak pinggan rata atas loyang dan kemudian terbalikkannya dengan pantas. Letakkan pinggan atas meja dan angkat loyang yang tertelangkup tu perlahan-lahan. Kalau waktu ni, di video-video netizen, semua pakat-pakat ketuk buntut loyang. Kononnya nak bagi jatuh (dah macam masak nasi maqlubah pulak). Sebaik loyang diangkat dan puas hati dengan kejadiannya, boleh potong puding karamel resipi KA ini dan nikmatinya.

Puding karamel KA yang siap diterbalikkan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...