Assalammualaikum dan salam sejahtera. Never in my entire life masak kari dhal dari Sri Lanka. Sebab roti canai bukan feveret, jadinya yang lain-lain so-so aje. Tapi, bila saya makan kat restoran Sri Lanka haritu, my perception berubah. Saya teruja nak cuba resipi mereka. Dan kari ni dah lebih 24 jam pun still sedap dan tak basi. Ini resipinya untuk korang cuba.
Bahan:
1 cawan kacang dhal merah
1/2 cawan kacang dhal kuning
1 biji bawang besar potong dadu
2 ulas bawang putih dihiris
3 tangkai cili hijau dipotong kasar
1 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 liter air
1-2 sudu kecil garam (ikut rasa)
2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil biji sawi
1 sudu kecil jintan manis
1/2 biji bawang besar dipotong dadu
1 ulas bawang putih
3 tangkai daun kari
7 tangkai cili kering
1 sudu besar chili flakes
1 cawan pati santan (sekotak kecil)
Penyediaan:
1. Basuh bersih kacang dhal dan masukkan dalam periuk. Masukkan juga bawang merah, bawang putih, cili hijau, rempah kari, serbuk cili, serbuk kunyit dan garam serta air. Kacau dah masak atas dapur guna api sederhana hingga kacang dhal lembut dan air berkurang dari separuh. Kacau sekali sekala.
2. Setelah nampak kacang dhal hendak lembut, dalam kuali lain, panaskan minyak. Kemudian, tumis biji sawi, jintan manis, bawang besar, bawang putih, daun kari, cili kering & sedkit chili flakes sehingga naik bau dah sedikit garing.
3. Selepas itu, masukkan bahan tumis tadi ke dalam periuk kuah dhal. Kacau. Masukkan pula santan dan masak hingga mendidih. Perasakan dengan garam, kacau sebentar dan boleh tutup apinya. Siap untuk dihidang.
Anda boleh buat kari pekat atau cair sedikit. Terpulang. Just tambah air.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan