Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Sambol kelapa Sri Lanka, serius sedap makan dengan roti atau nasi


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Sambol kelapa Sri Lanka serius sedap. Saya pertama kali makan sambol kelapa ni (memang ejaan dia sambol ya), kat satu restoran Sri Lanka kat IOI Putrajaya. Masa tu makan dengan appam lenggang depa. Sedapnya rasa. Balik rumah, terus cari menu makanan Sri Lanka. Alhamdulillah jumpa. Jumpa juga nama makanan kelapa tadi. Apalagi, saya order dengan Ali kelapa parut. Ini resipinya untuk anda cuba. 

Bahan: 
1 biji kelapa parut putih
1 labu bawang besar potong dadu
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil garam
1 sudu besar chili flakes
1-2 sudu besar jus limau nipis
1 pelepah daun kari

Penyediaan:
1. Dalam mangkuk besar, masukkan kelapa, bawang besar, serbuk cili, chili flakes dan garam. Gaul dengan sedikit menekan kelapa agar santan kelapa keluar dan bercampur dengan serbuk cili. Di sini, warnanya akan naik sendiri.
2. Setelah nampak warna semua sekata, masukkan peraham limau nipis dan daun kari. Gaul hingga mesra. Rasa dulu sebelum hidang. Mungkin anda nak tambah pedas atau rasa garam lagi, terpulang. Yang penting, gaul mesra selepas itu. Bolehlah dihidang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...