Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Cookie monster cookies yang peminat biskut harus cuba


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera. BiskutCookie monster cookies ala hulk yang ada inti.💚💚
Resipi ni saya jumpa kat TikTok. Bila omputih sambut Christmas, seronok tengok biskut depa buat. Ada amacam-macam jenis dan rasa. Cuma bab depa guna bahan mahal skit, yang tu saya tak buat. Bukan apa, kekadang saya bab benda letak dalam oven ni, tak jadi aje, Entah apa 'terkenannya', tak tahulah. Jadinya saya cuba resipi ni sebab bahan masik affordable lagi. Bila mood memasak on, kita pun on juga buat cookie monster cookies ni.

Bahan:
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
1/4 sudu teh garam
1 cawan mentega
1 cawan gula perang
1 cawan gula kastor
1 biji telur (jika guna saiz c, guna 2 biji telur)
1 biji kuning telur
1 sudu besar ekstrak vanila
2 sudu besar pewarna biru / hijau
1 plastik oreo dipatah 4
1 plastik oren untuk inti
1 cawan cip coklat
1 cawan kiub coklat


Penyediaan:
1. Dalam mangkuk besar, pukul mentega, gula perang & kastor hingga gebu.
2. Masukkan telur, telur kuning, ekstrak vanila & pewarna biru/hijau. Pukul hingga kembang.
3. Kemudian, masukkan campuran tepung, garam & baking soda ke dalam adunan mentega. Pukul sehingga mesra.
4. Selepas itu, masukkan cip coklat & gaul.
5. Panaskan oven pada 170°c. Sediakan dulang yang disapukan sedikit mentega / tracing paper.
6. Kaup sedikit adunan biskut & bulatkan ia. Letak atas dulang & leperkan skit & kemudian letak sebiji oreo ditengahnya & kemudian ambil sedikit adunan & tutup oreo tersebut.


7. Masukkan dulang berisi biskut ke dalam oven & bakar 15-18 minit. Tengok pada saiz biskut & oven anda.
8. Setelah masak, biarkan seketika & boleh masukkan cookie monster cookies ini dalam bekas simpanan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...