Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Menu pisang goreng memang sedap untuk minum petang. Bila dah masak sendiri, tentu portionnya banyak & boleh repeat makan berbanding beli di luar. Jimat duit poket 😊
Bukan apa, haritu terkena dapat pisang goreng 1 biji dibelah 4. Harganya, hmmm... Pedih hati sat. Entahlah, rasa sedih dan geram tengok orang berniaga begitu. Apa salahnya potong dua aje dan caj dengan harga berpatutan. Teringat masa kecil dulu, makan seketul dua goreng pisang pun dah kenyang.
Bahan:
1 sisir pisang abu dibelah 2
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur
Beberapa titik pewarna kuning
Garam secukup rasa
Air secukupnya (agak-agak tak terlalu cair)
Minyak untuk menggoreng
Penyediaan:
1. Satukan tepung beras, tepung gandum, garam & telur, gaul rata. Tuang air sedikit demi sedikit hingga mendapat bancuhan yang tidak terlalu cair atau pekat.
2. Letak sedikit pewarna kuning. Rehatkan dalam 10 minit. Panaskan kuali & masukkan minyak. Kemudian goreng pisang seperti biasa hingga kuning keemasan. Angkat & toskan. Siap pisang goreng kita yang sedap dan puas hati bila makan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan