Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Dah berminggu tertengok kengkawan masak kerepek ngarku @ ngaku ni. Makanya rezeki saya masa cari barang di supermarket, terjumpa buahnya tanpa sengaja. Beli le dalam beberapa biji aje sebab nak try. .
Dan hasilnya, Alhamdulillah sedap seperti yang diperkatakan. Rudy pun suka. Habis terus sebalang kecil kami makan semalam. Kalau nak beli buah ngarku ni, beli yang saiz besar. Senang sikit masa kita nak sagat. Takdelah terluka tangan. Oh ya, kerepek ni popular masa tahun baru cina aje tau. Masa-masa lain, memang susah sangat nak dapat buah ni.
Bahan:
7-10 biji buah ngarku @ ngaku
Penyagat
Minyak untuk menggoreng
1. Sediakan semangkuk air bersih. Buang kulit luar ngarku tapi jangan potong tangkai tinggi tu (memudahkan anda memegang masa menyagat). Masukkan buah dibuang kulit ke dalam air. Buat hingga selesai semuanya.
2. Basuh buah ngarku tadi hingga sedikit bersih & kemudian toskan. Lap ala kadar semua buah tersebut dengan tisu dapur agar sedikit kering & air tak memercik masa menyagat.
3. Panaskan minyak pada api sederhana. Setelah panas, sagat terus buah ngarku di atas kuali di atas minyak. Hirisan buah akan jatuh & terus digoreng. Hiris dalam 3-4 biji buah ngarku sekali gus. Masak hingga hirisan kuning keemasan (jangan lama sangat kerana ia cepat hangus). 4. Angkat & toskan. Setelah beberapa saat, taburkan dengan sedikit garam & kocak/gaul. Simpan dalam bekas kedap udara. Siap kerepek ngarku @ arrowhead kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan