Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Prosperity Burger Home-Made


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Dek kerana banyak sangat iklan prosperity burger dok lalu lalang kat FB, YouTube & IG + video si @khairulaming dok share, maka, saya pun terjebak nak try. Tq ya dik utk resipi. Suami kata sedap...😁😁 (Akak add on ikut rasa tekak apa yang ada ya). .

Tapi, versi saya versi kejar masa. Kita guna aje daging burger dah siap pastu goreng dengan minyak yang sikit (daging akan keluarkan minyaknya tersendiri bila masak). 

Bahan:
6 daging burger dah siap goreng
6 roti burger
1 biji bawang Besar didadu
3 sudu besar mentega
1 1/2 sudu besar tepung gandum
1 cawan air
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar lada hitam ditumbuk
1 sudu kecil garam
1 biji tomato dihiris (saya ganti dengan bawang)
Sedikit mayonis untuk roti


Penyediaan:
1. Sapukan mentega pada belahan roti burger & bakar sebentar hingga sedikit garing. Ketepikan.
2. Panaskan mentega dalam pan yang apinya sederhana sahaja. Setelah cair, masukkan tepung gandum. Kacau hingga tepung bertukar menjadi warna coklat.
3. Kemudian, masukkan air. Kacau hingga mesra. Kemudian masukkan sos tiram, kicap & lada hitam. Kecau hingga sedikit pekat & masukkan pula garam secukup rasa. Kacau & kemudian kecilkan api. 


4. Susun roti burger tadi atas pinggan besar & ambil sekeping daging burger yang dah digoreng tadi & 'mandikan' ia dalam kuah sos lada hitam tu sehingga anda puas hati. Letakkan atas roti burger & selepas itu letakkan sekeping hirisan tomato. Sapukan mayo pada belahan roti burger lagi satu & kemudian tangkupkan ia pada daging burger yang dah 'mandi' tu. Ulang step hingga semua burger settle. Siap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...