Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
Gulai Lemak Pucuk Paku
Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Dah lama tak masak, ini menu yang teringin semalam, gulai lemak pucuk paku. Sometimes gulai oldies ni memang pemecah selera. Kalau ada kicap, lagi sedap saya makan. Ada popodam atau keropok, lagi on...
Bahan:
1 ikat pucuk paku. Ambil bahagian lembut
5 biji cili padi
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil serbuk kunyit /kunyit hidup
1 keping asam keping
1 batang cili merah
1 kotak santan kelapa 200ml
2 cawan air
1 1/2 sudu kecil garam
Penyediaan:
1. Kisar bawang besar, bawang putih, cili padi, serbuk kunyit dengan 1/2 cawan air. Kemudian masukkan dalam kuali.
2. Masak pada api sederhana. Setelah mendidih, masukkan pucuk paku baki air. Kacau seketika.
3. Selepas itu, masukkan santan, asam keping & cili merah. Masak hingga kuah mendidih kecil. Kacau sentiasa. Kemudian, masukkan garam secukup rasa. Masak seketika gulai lemak pucuk paku & siap.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan