Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

'Rustic' Pastri. Janji Sedap...


Assalammualaikum & salam sejahtera semua.

Dah bertahun tak usik doh pastri ni sebab suami tak suka rotinya yang berlapis tu.
Tapi, dek kerana wifenya tetiba teringin bila ternampak doh pastri jenama Kawan kat Jaya Grocer, makanya marilah kita buat pastri.

Sangat mudah membuat pastri ni sebab dohnya yang dah siap. Kiranya kurang 1 jam dah settle blh makan.
Yang bestnya juga, kita boleh buat berbagai corak, cara & isian untuk inti pastri. Nak buah, coklat, kaya, inti daging or ayam or sambal, jadi aje... .

Jika pastri tak berapa cantik kejadiannya, takpe. Bak kata Chef Anna Olson & Chef Ezani, kita panggil kejadian tu sebagai 'Rustic'.

Nampak tak pelbagai rupa pastri dan dicuba buat. Janji sedap bila masuk mulut ;)

Beli pastry sheet jenama Kawan. Bila nak masak, pindahkan dari bahagian freezer ke bahagian sejuk biasa. Agak2 lagi 15 minit nak guna, baru keluarkan.
Doh pastri sangat sensitif. Bila lembik sangat & kena panas, kejadian puff pastry tu memang tak menjadi & doh akan rosak (tu yang Laura in the kitchen cakap). Untuk resipi ni, saya cuba guna cara Laura in the kitchen dan bentuk pastri ni saya buat ikut suka (asal boleh ngap, ok le tu... Rustic le katakan...)

Bahan-bahanya membuat puff pastri anda.

Bahan-bahan:
1. 2 keping doh pastri jenama Kawan
2. 100gm cream cheese
3. 1/2 cawan gula
4. 1/2 sudu kecil ekstrak vanila
5. 1/2 sudu kecil parutan kulit lemon
6. 2 sudu kecil jus lemon
7. 1 kuning telur
8. 1/2 cawan blueberry
9. 3 biji strawberi
10. 2 sudu kecil tepung jagung
11. 1 biji bancuhan telur + sedikit air
12. Gula icing (jika suka)

Penyediaan:
1. Panaskan oven pada suhu 185°c & sediakan loyang berisi parchment paper (saya guna loyang pizza aje)
2. Dalam mangkuk, masukkan cream cheese, parutan lemon, 2/4 gula, vanila & kuning telur. Gaul hingga mesra. Ketepikan.
3. Dalam mangkuk lain, masukkan blueberry, lebihan gula, tepung jagung & jus lemon. Gaul mesra & ketepikan.
4. Taburkan sedikit tepung gandum atas meja/work surface & kemudian ambil sekeping doh & gelek dengan pencanai (rolling pin) sehingga doh separuh nipis dari asal. Kemudian guna pemotong bulat saiz 4 inci (saya guna penutup botol besar aje) & potong 4 bulatan & letak di atas parchment paper.

Doh yang sudah ditekap.

5. Kaut sesudu besar campuran cream cheese & letakkan di tengah bulatan. Kemudian letak sesudu besar campuran Blueberry.
6. Sapukan keliling bulatan dengan bancuhan telur & lipat dua doh tadi & tekan kelilingnya. Sapu bancuhan telur lagi di atas doh berlipat & potong sedikit atas doh dengan hujung pisau bagi mengeluarkan udara ketika membakar.


7. Bakar pastri dalam 15-20 minit sehingga kuning keemasan. Putar kedudukan selepas separuh minit pertama dibakar untuk dapatkan bakaran sekata.
8. Selepas masak, biarkan sejuk seketika & kemudian debukan atas pastri dengan gula icing. Siap.


Happy cooking

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...