Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Chicken popcorn atau popcorn chicken atau ayam popcorn ini sesuai dimakan dengan pelbagai cara menu masakan. Enak dikudap-kudap depan TV, letak dalam spaghetti ataupun buat sandwich yang paling best. Sekali dah makan, tangan tu akan capai seketul demi seketul bila 'meletup' dalam mulut time kunyah.
Ini resipinya untuk anda cuba.
Bahan:
2 ketul daging ayam tanpa tulang dihiris dadu
1 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil garam
Minyak untuk menggoreng
Bahan:
2 ketul daging ayam tanpa tulang dihiris dadu
1 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil garam
Minyak untuk menggoreng
Penyediaan:
1. Dalam satu mangkuk campurkan tepung dengan lada sulah, lada hitam & garam. Gaul mesra.
2.Panaskan minyak dalam kuali guna api sederhana.
3. Masukkan 3-5 ketul hirisan ayam dalam tepung & kemudian masukkan dalam telur & kemudian sadurkan kembali dengan tepung. Selepas goreng hingga keemasan. Selepas masak, toskan & siap chicken popcorn kita.

Happy cooking
Tiada ulasan:
Catat Ulasan