Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Sagu Gula Melaka Pandan & Karkade (Roselle)


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Manisan Sagu Gula Melaka yang sedap. 
Sekarang ni seolah trend semasa menggunakan bahan semulajadi atau natural dalam masakan & manisan berbanding dengan pewarna. Antara sayur, bunga atau buah yang sesuai anda boleh guna seperti daun pandan, bunga karkade/rosella, bunga telang, buah naga merah, ubi bit, buah delima, kubis ungu, buah bluberry, buah resberry, mangga dan bayam. Untuk campuran warna yang lain, anda boleh cuba buat gabungan 2 warna primari seperti yang kita belajar masa sekolah dulu.

Pewarna dan perisa pandan. Kita tapis serdak kasar dan biarkan yang kecil tu. Rasa lebih fresh bila dimakan.

Bunga Karkade / Rosella. Bunga karkade yang kering itu selepas dimasak akan menjadi lembut dan sedikit liat. Tapi tetap sedap. 

Untuk kuih saya kali ni, saya guna 2 bahan semulajadi ni, pandan dan karkade. So, pick aje mana yang teringin di makan.

Bahan (untuk satu adunan pilihan):

1. 1 cawan sagu
2. 2 ketul besar gula melaka (dalam 500gm)
3. 1 cawan air
4. 7 kuntum bunga karkade/Roselle atau 7 helai daun pandan diblend & diambil patinya.
5. 1 sudu besar gula pasir
6. 200ml santan kelapa
7. 100ml air untuk dimasak dengan santan
8. 1/4 sudu kecil garam
9. Bekas untuk mengisi sagu (apa sahaja yang anda ada)

Penyediaan:
1. 1 cawan sagu. Basuh dan rebus pada api sederhana sehingga sagu masak. Masukkan dalam cawan atau bekas kecil (jika nak makan dalam mangkuk). Letakkan dalam fridge selama 1 jam.
2. Masak 2 ketul gula melaka dengan secawan air & sehelai daun pandan. Jika nak rasa manis sikit, letakkan sesudu besar gula pasir. Masak sehingga gula melaka sedikit pekat & tutup api. Rehatkan sehingga gula sejuk.
3. 200ml santan kelapa + 100ml air dimasak pada api kecil. Letakkan suku sudu kecil garam. Kacau sehingga santan masak & tutup api. Ketepikan.
4. Bila ingin makan, letakkan seperti di dalam gambar. Jika malas, letak aje terus awal-awal dan simpan dalam fridge.

Happy cooking

Kuih Bronok / Sagu Berkelapa Perisa Pandan dan Karkade (Roselle)


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Kali ni saya nak share tips untuk buat kuih bronok atau sagu berkelapa menggunakan bahan original iaitu daun pandan & karkade (roselle timur tengah).
Bila kita masak menggunakan bahan semulajadi, ianya lebih memberi rasa SEGAR pada makanan tersebut berbanding hanya menggunakan pewarna. Tapi jika susah nak dapat, boleh aje guna pewarna. Tiada masalah.

BRONOK PANDAN
Bahan:
1. 1 1/2 cawan sagu
2. 1 cawan gula
3. 4 cawan air
4. 3 titik pewarna hijau (jika daun pandan anda tak banyak untuk di'blend' untuk ambil warnanya)
5. 1 helai daun pandan
6. Kelapa parut (putih sahaja)
7. 1/2 sudu kecil garam

Penyediaan:

1. Masukkan dalam periuk air, gula, daun pandan & pewarna hijau. Masak sehingga sedikit mendidih
2. Masukkan sagu ke dalam periuk & keluarkan daun pandan. Masak pada api sederhana dalam 10 minit atau sagu masak. Kacau sekali sekala.
3. Bila sudah masak, masukkan dalam loyang atau bekas untuk menyejukkannya. Dalam 1-2 jam.
4. Bila hendak makan, potong dan sadurkan pada kelapa putih yang dicampur dengan garam. 


Untuk bunga Karkade ni, anda jangan letak banyak sangat. Cukup setakat 3-5 kuntum kerana rasanya yang sedikit masam & ia akan mengganggu pembekuan kuih tersebut (saya pernah buat pada agar-agar. Ia tak memejal seperti sepatutnya jika letak banyak). 

BRONOK KARKADE (ROSELLE)
Bahan:
1.1. 1 1/2 cawan sagu
2. 1 cawan gula
3. 4 cawan air
4. 3-5 kuntum bunga karkade
5. 1 helai daun pandan
6. Kelapa parut (putih sahaja)
7. 1/2 sudu kecil garam

Penyediaan:
1. Masukkan dalam periuk air, gula, daun pandan & bunga karkade. Masak sehingga sedikit mendidih
2. Masukkan sagu ke dalam periuk & keluarkan daun pandan serta bunga karkade. Masak pada api sederhana dalam 10 minit atau sagu masak. Kacau sekali sekala.
3. Bila sudah masak, masukkan dalam loyang atau bekas untuk menyejukkannya. Dalam 1-2 jam.
4. Bila hendak makan, potong dan sadurkan pada kelapa putih yang dicampur dengan garam.

Ayam Goreng Asam Pedas


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

New recipe. Ayam goreng asam pedas.
Bukan asam pedas kuah tu tau akak-akak semua. Ini ayamnya perap dengan air asam jawa & cili paprika. Nak tambah pedas lagi, boleh perap dengan cili kering/cili blend/lada hitam dan lain-lain yang seangkatan dengannya.

Paling penting untuk resipi ni, perap ayam dengan bahan-bahannya paling kurang 3 jam. Itupun tak berapa nak kaw lagi. Nak lagi best rasanya, perap selama 6-7 jam (anda boleh start perap waktu nak masak sarapan hinggalah nak masak tengahari atau malam).
Tapi kalau case emergency, nak perap 1 jam boleh tapi pastikan cucuk-cucuk skit isi ayam masa mula nak perap tu. So, sedikit bahan perapan akan meresap masuk dalamnya.

Ini resipinya. Boleh cuba.

Bahan:
1 ekor ayam dipotong
2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
3 sudu kecil paprika
1 cawan air asam jawa
Minyak untuk menggoreng

Penyediaan:
1. Gaulkan ayam tadi dengan semua bahan. Perap ayam dalam fridge sehingga paling kurang 3 jam.
2. Panaskan minyak dalam kuali & goreng ayam seperti biasa. Bila dah masak, toskan. Siap.

Happy cooking

Telur Goreng Masak Kicap Black Pepper Yang Mudah


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Saya tengah takde idea nak masak apa plus, yang ada dalam fridge ayam & telur. So, apalagi kita buat telur goreng masak kicap black pepper & ayam masak lemak cili padilah haritu.

Resipi yang mudah untuk orang yang kejar masa & orang bujang.

Bahan:
8 biji telur ayam
1/2 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris
6 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos lada hitam / black pepper
2 sudu besar kicap manis
1/2 cawan air
1 sudu besar lada hitam kasar (ditumbuk atau yg dah siap)
1/2 sudu tepung jagung ditambah sedikit air (untuk perkataan kuah)
1 tangkai cili merah dihiris
1/2 sudu kecil garam
Minyak untuk menggoreng & menumis.

Penyediaan:
1. Goreng telur sebiji demi sebiji dan letakkan dalam mangkuk / pinggan besar. Dah siap, ketepikan.
2. Baki minyak goreng telur tadi, masukkan bawang besar, bawang putih & halia. Masak hingga naik bau & sedikit garing.
3. Masukkan pula sos tiram, sos black pepper, kicap, air & lada hitam. Kacau seketika hingga kuah mendidih. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau.
4. Masukkan pula cili merah & garam secukup rasa. Bila kuah mendidih, tutup api dan tuangkan kuah black pepper tadi di atas pinggan / mangkuk berisi telur. Siap.

Happy Cooking

Apam Tepung Gandum, Kuih Oldies Yang Sedap


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Dah lama tak buat kuih ni. Tetiba teringat & bahan-bahan pun mudah dapat, so apalagi, gigih memasak apam ni. Sesekali makan memang sedap. Antara kuih oldies yang sedap.
Alhamdulillah semua suka kecuali si kecik Ely. Dia nak kopok aje...

Bahan A:
1 cawan gula Melaka (dipecah kecilkan agar mudah larut)
1/2 cawan gula pasir
2 cawan air
1 simpul daun pandan

Bahan B:
11gm yis
1/2 cawan air suam

Bahan C:
4 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil garam

Bahan D:
1 cawan kelapa putih parut
1/4 sudu kecil garam

Penyediaan:
1. Masukkan semua bahan A dalam kuali kecil & masak atas api sehingga gula melarut. Tutup api & sejukkan seketika. Buang daun pandan.
2. Masukkan yis dalam cawan berisi air & kacau. Biarkan yis mengembara dalam cawan selama 10 minit.
3. Campurkan bahan C ke dalam mangkuk besar. Kacau seketika & masukkan adunan B. Kacau sebentar dan kemudian masukkan adunan A sedikit demi sedikit. Kacau/Whisk adunan sehingga hilang bintil-bintil tepung. Jika sukar, anda boleh tapis adunan ke dalam mangkuk lain sambil menekan menggunakan sudu adunan yang terhalang oleh bintil tepung. So, adunan lebih smooth.
4. Tutup adunan menggunakan kain lembab atau plastik. Biarkan selama 1 jam agar adunan kembang.
5. Setelah adunan kembang, sapukan minyak ke sekeliling loyang pengukus. Masukkan adunan ke dalam loyang dan biarkan dalam 10 minit sebelum dimasukkan ke dalam periuk pengukus. Kukus selama 40 minit.
6. Setelah apam masak, keluarkan dari periuk pengukus dan biarkan seketika dalam 10 minit sebelum memotongnya. Taburkan bahan D yang dicampur ke atas apam yang dipotong atau golekkan apam pada bahan D. Siap.

Happy cooking

Encik Azman, perginya lelaki yang tidak lokek dengan ilmu


Innalillah hiwaina ilaihiroji'un.
Perginya Encik Azman pada pagi 7 Februari 2018.

Sedang hubby tunggu saya bersiap, tiba-tiba mulutnya mengucapkan perkataan 'Innalillah'. Pantas saya berpaling terkejut. Dia pandang saya dengan riak wajah sama. "Yang, Cik Man dah meninggal."
Allahu Akbar. Terkejut sangat saya. Baru Sabtu lepas kami menziarahinya di Hospital Beacon di PJ. Dan pertama kali juga saya bersua muka dengannya & isteri (Encik Azman ini rakan sekerja suami saya dalam satu projek bank dulu).

Kelihatannya arwah agak lemah. Kami hanya berbual dalam 10-15 minit sahaja. Dia mengadu lapar pada isterinya tapi selera makan dan kekuatannya sudah berkurangan untuk melawan cancer yang menyerang. Dia hanya mampu minum segelas susu pada pagi tersebut.

Namun, setelah beberapa ketika, kami terbual tentang perniagaan di ebay. Dia yang pada mulanya tak berapa hendak bercakap tiba-tiba memberi tips yang sangat berguna buat saya & hubby. Isterinya juga sama. Berkongsi cerita. Kelihatannya dia gembira seketika kerana bercerita tentang perkara yang diminatinya.

Benarlah seperti yang hubby ceritakan sebelum ini, Encik Azman seorang yang sangat ramah dan tidak kedekut ilmu. Dia share segala ilmu yang ada padanya tanpa harap apa-apa balasan. Dan saya mengenali ebay & paypal menerusi dia yang berkongsi dengan hubby. Dia juga gembira bila dapat buku saya yang bertandatangan (masa saya tulis buku dulu & hubby yang bercerita).

Dan pagi tadi, sewaktu kami menziarahi jenazahnya dan keluarganya, air mata tanpa dapat ditahan lagi mengalir laju. Saya cuba berlagak kuat namun sebaik bersalaman dengan isterinya dan mendengar katanya, "Sempatkan datang jumpa dia haritu kan..." air mata terus laju mengalir. Tanbahan lagi bila dia pula yang mengusap tangan saya. Kelihatannya dia berusaha untuk tabah dan berkata-kata. Moga Allah beri kekuatan kepada isterinya dan anak-anaknya dalam mengharungi kehidupan. Apa yang mampu saya katakan pada isterinya bahawa banyak ilmu yang diberi secara tak langsung dan moga ianya menjadi salah satu saham akhirat buat dia.

Moga Allah merahmati rohnya dan dipermudahkan urusannya di alam sana seperti mana dia memudahkan urusan orang lain di dunia. Amin...

Melalui Cik Man lah saya mengenali ebay dan membeli barang di pasaran antarabangsa secara atas talian.

Ini roti yang Cik Man buat. Dia secara tak langsung menjadi pemangkin kepada hubby untuk belajar membuat roti kepada ahli keluarga.

Ilmu terakhir yang Cik Man kongsikan kepada kami tentang jual beli matawang / coins. Katanya lebih selamat jika berurusan pada platform yang betul berbanding menerima transfer account pada pembeli yang tak dikenali terutamanya jika pembeli antarabangsa. Dia kata, dia pun pernah kena tipu sekali :)

Moga satu hari nanti, kami akan berjumpa dengan orang seperti Encik Azman lagi. Lelaki yang tidak lokek dengan ilmu. Moga anda yang membaca dapat menyedekahkan al-fatihah buat allahyarham.

Ikan Kerapu Asam Limau Kukus


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Kali ni kita tukar rasa skit. Selalunya bergoreng, kali ni kita kukus pula.
Mama tanya saya, "Nak masak apa hari ni long?" Saya cakap lah, "Kita buat ikan kukus ajelah ya. Boring le asyik makan berminyak aje." Mama agree aje sebab dia dah boring nak makan air tangan dia.

Ini resipinya. Anda boleh cuba.
Jika limau kasturi takde, boleh aje anda guna jus limau yang dah siap jual di kedai-kedai tertentu.

Bahan:
Bahan salut pada ikan.

1 ekor ikan kerapu (saya guna 2 sebab ikannya kecil)
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil garam

Bahan campuran dalam mangkuk:
1 kuntum bunga kantan dihiris
2 batang serai dihiris (ambil putihnya)
10 tangkai cili padi
2 ulas bawang putih dihiris & didadu
1 inci halia dihiris
2 helai daun limau purut (dihiris)
10 biji air limau kasturi

Bahan-bahan yang akan letak atas ikan dalam kukusan.

Penyediaan:
1. Salutkan semua bahan salut tadi sekeliling ikan & dalam perutnya. Masukkan ikan dalam mangkuk kukusan. Taburkan semua bahan hirisan & air limau ke dalam mangkuk kukusan berisi ikan.
2. Kukus selama 15 minit pada api sederhana. Siap.


Happy cooking

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...