Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Encik Azman, perginya lelaki yang tidak lokek dengan ilmu


Innalillah hiwaina ilaihiroji'un.
Perginya Encik Azman pada pagi 7 Februari 2018.

Sedang hubby tunggu saya bersiap, tiba-tiba mulutnya mengucapkan perkataan 'Innalillah'. Pantas saya berpaling terkejut. Dia pandang saya dengan riak wajah sama. "Yang, Cik Man dah meninggal."
Allahu Akbar. Terkejut sangat saya. Baru Sabtu lepas kami menziarahinya di Hospital Beacon di PJ. Dan pertama kali juga saya bersua muka dengannya & isteri (Encik Azman ini rakan sekerja suami saya dalam satu projek bank dulu).

Kelihatannya arwah agak lemah. Kami hanya berbual dalam 10-15 minit sahaja. Dia mengadu lapar pada isterinya tapi selera makan dan kekuatannya sudah berkurangan untuk melawan cancer yang menyerang. Dia hanya mampu minum segelas susu pada pagi tersebut.

Namun, setelah beberapa ketika, kami terbual tentang perniagaan di ebay. Dia yang pada mulanya tak berapa hendak bercakap tiba-tiba memberi tips yang sangat berguna buat saya & hubby. Isterinya juga sama. Berkongsi cerita. Kelihatannya dia gembira seketika kerana bercerita tentang perkara yang diminatinya.

Benarlah seperti yang hubby ceritakan sebelum ini, Encik Azman seorang yang sangat ramah dan tidak kedekut ilmu. Dia share segala ilmu yang ada padanya tanpa harap apa-apa balasan. Dan saya mengenali ebay & paypal menerusi dia yang berkongsi dengan hubby. Dia juga gembira bila dapat buku saya yang bertandatangan (masa saya tulis buku dulu & hubby yang bercerita).

Dan pagi tadi, sewaktu kami menziarahi jenazahnya dan keluarganya, air mata tanpa dapat ditahan lagi mengalir laju. Saya cuba berlagak kuat namun sebaik bersalaman dengan isterinya dan mendengar katanya, "Sempatkan datang jumpa dia haritu kan..." air mata terus laju mengalir. Tanbahan lagi bila dia pula yang mengusap tangan saya. Kelihatannya dia berusaha untuk tabah dan berkata-kata. Moga Allah beri kekuatan kepada isterinya dan anak-anaknya dalam mengharungi kehidupan. Apa yang mampu saya katakan pada isterinya bahawa banyak ilmu yang diberi secara tak langsung dan moga ianya menjadi salah satu saham akhirat buat dia.

Moga Allah merahmati rohnya dan dipermudahkan urusannya di alam sana seperti mana dia memudahkan urusan orang lain di dunia. Amin...

Melalui Cik Man lah saya mengenali ebay dan membeli barang di pasaran antarabangsa secara atas talian.

Ini roti yang Cik Man buat. Dia secara tak langsung menjadi pemangkin kepada hubby untuk belajar membuat roti kepada ahli keluarga.

Ilmu terakhir yang Cik Man kongsikan kepada kami tentang jual beli matawang / coins. Katanya lebih selamat jika berurusan pada platform yang betul berbanding menerima transfer account pada pembeli yang tak dikenali terutamanya jika pembeli antarabangsa. Dia kata, dia pun pernah kena tipu sekali :)

Moga satu hari nanti, kami akan berjumpa dengan orang seperti Encik Azman lagi. Lelaki yang tidak lokek dengan ilmu. Moga anda yang membaca dapat menyedekahkan al-fatihah buat allahyarham.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...