Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Kubis Goreng, menu sayur yang termudah untuk famili.


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Pagi ni saya nak kongsi satu lagi resipi mudah guna sayur kubis iaitu kubis goreng. Kubis kan besar jadi mesti ada bakinya. So, ni extra sayur kubis yang belum dimasak hari tu. Masih elok lagi. 

Bahan2:
1. 1/4 kubis, dihiris kasar
2. 1/2 batang lobak merah, dihiris bulat
3. 1/2 bawang besar, dihiris
4. 2 ulas bawang putih, dihiris
5. Sedikit isi ayam dipotong dadu (jika takde ayam, ganti ikan bilis)
6. 1 batang cili merah, dihiris
7. Minyak untuk menumis
8. 1 cawan air
9. Garam secukup rasa

Penyediaan:
1. Tumis bawang merah, bawang putih & ayam. Masak seketika.
2. Masukkan lobal merah berserta air. Gaul dan biarkan seketika sehingga lobak sedikit lembut.
3. Masukkan kubis dan cili. Gaul dan tutup dengan penutup periuk (agar ia masak sekata). Tutup dalam 3-5 minit.
4. Angkat penutup. Gaul dan perisakan dengan garam. Siap kubis goreng, manu sayur kita.

Happy cooking

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...