Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Bihun / Mihun Lada Hitam. Simple Sangat


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Meh saya kongsikan menu yang sangat simple buat anda yang takde idea atau mengejar masa. Selalunya menu ni saya buat time sarapan atau mama yang request.

Bahan-bahan:
1. 1/2 pek bihun, direndam dengan air panas dalam 5 minit dan toskan
2. 1 labu bawang besar, dihiris
3. 2 ulas bawang putih, dihiris
4. Sedikit isi bahagian Dada ayam, dihiris
5. 1 biji telur
6. 1/2 batang lobak merah, diparut
7. 2 sudu besar lada hitam, ditumbuk kasar
8. 1 tauhu, digoreng & dipotong (tak mahu pun takpe)
9. Hirisan daun bawang/daun sup
10. Garam secukup rasa

Penyediaan:
1. Tumis bawang merah & putih seketika. Masukkan isi ayam. Kacau dan biarkan seketika.
2. Masukkan telur dan masakan seketika.
3. Masukkan bihun, lobak merah & lada hitam. Gaul sehingga mesra. Jika bihun sedikit keras, masukkan sedikit air untuk melembutkannya dalam kuali. Gaul dan masukkan garam secukup rasa sehingga bihun masak.
4. Letakkan di dalam pinggan atau mangkuk besar. Taburkan hirisan tauhu goreng, daun bawang, daun sup atau cili merah. Siap

Happy Cooking

Biskut Cornflakes untuk raya


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Bila raya semakin hampir ni, mata mula dok terpandang member-member kat IG buat kuih raya. Aduh... nampak enak tapi saya bukan rajin bab buat kuih raya ni. Bila masa bujang dulu, rajin le tolong mama yang memang buat kerahan tenaga semua anak-anak dara dia untuk buat kuih raya. Bukan 2-3 jenis kuih tapi adakala sampai 6 jenis kami kena siapkan dalam sehari. Pengsan kau bila sampai waktu asar tu... Tapi, itulah masa yang seronok buat kami semua kerana macam-macam cerita keluar, aktiviti sakat-menyakat berlaku sampaikan abah yang dok depan pun asyik berkali-kali ke dapur bila anak-anak daranya ketawa tak hingat dunia... Memories remains forever kan... :)

So, ntah apa angin saya, tetiba ter'rajin' buat kuih raya kali ni. Dan work force saya dah tentulah encik hubby. Harapkan anak-anak sedara kecil datang, semuanya buat taik mata. Bertabahlah acik dia ni...

Biskut cornflakes ni memang simple dan cepat siap. Within 1 hour dah settle. Senang hati k...
Saya ambil resipi ni di web Aziekitchen (TQ sebab share) :)

Jom cuba. Kot le anda pun ter'rajin' macam saya.

Bahan-bahan:
1. 4 cawan cornflakes, diramas sedikit
2. 1/4 butter
3. 1/4 madu
4. Paper cup pilihan
5. Loyang untuk membakar

Penyediaan:
1. Letak cornflakes dlm bekas besar dan ramas sedikit. Ketepikan
2. Cairkan butter & madu dalam kuali pada api kecil dan kacau sehingga cair. Kemudian masukkan dalam bekas berisi cornflakes. Kacau
3. Sudukan sedikit demi sedikit cornflakes madu ke dalam paper cup dan masak di dalam oven pada suhu 160° selama 10-15 minit. Siap.


Happy cooking

Karkade dibuat air dan agar-agar

Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua.

Hari ni dah masuk minggu terakhir Ramadhan 2017. Sekejap aje masa berlalu.
Rasanya, pejam celik pejam celik sekali lagi, ada rezeki, kita bertemu Ramadhan 2018 pula.

Kali ni saya nak kongsikan resipi sedikit rare tapi menarik kepada semua.
Karkade @ karkadeh @ tokmiyah adalah nama berlainan bagi bunga merah kering dalam gambar di atas. Saya diperkenalkan oleh karkade ini oleh Puan Roza Roslan dalam FBnya dan Alhamdulillah dapat merasanya bila diberikan sedikit masa pesta buku.

Dan bila anak saudara yang belajar di Mesir balik bercuti ke Malaysia baru ni, saya pesan padanya supaya mencari bunga ini agar boleh dibuat minuman atau agar-agar. Alhamdulillah, 1/2 kilo anak saudara bawa balik bunga ni.
Jika ada yang berminat nak cuba, boleh whatsapp saya di 013-6786571 (Rina) untuk cuba bunga original dari Mesir ini. Saya cuma dapat jual RM10 untuk 30gm + caj pos laju. Ini pun dah tinggal 3/4 sebab berikan pada keluarga dan jiran mama.

Jika ada anda beli bunga ini di mana-mana, boleh aje cuba resipi air & agar-agar ini.

Air Karkade
Bahan-bahan:
1. 1 liter air
2. 1 sudu besar karkade kering, basuh bersih
3. 1 1/2 cawan gula pasir
4. 1 bunga cengkih (jika tak letak pun tak apa)

Penyediaan:
1. Rebus karkade yang kering tadi dalam 10-15 minit sehingga karkade lembut. Masak pada api sederhana.
2. Setelah agak lembut, masukkan gula dan bunga cengkih. Kacau perlahan-lahan. Setelah menggelegak, tutup api. Siap.
Boleh dinikmati suam atau sejuk (masukkan aje kiub ais dalam cawan)


Agar-agar Karkade
Bahan-bahan:
1. 1 liter air
2. 1 sudu besar karkade kering, basuh bersih
3. 1 1/2 cawan gula pasir
4. 1 biji telur saiz A atau B, pecahkan dan kacau dalam mangkuk kecil (seperti buat telur dadar)
5. 200ml santan kotak
6. 2 pek agar-agar panjang / 2 pek agar-agar serbuk

Penyediaan:
1. Rebus karkade yang kering tadi dalam 10-15 minit sehingga karkade lembut. Masak pada api sederhana.
2. Setelah agak lembut, masukkan agar-agar dan kacau. Biarkan agar-agar mencair.
3. Masukkan gula pasir, telur dan santan. kacau semua bahan perlahan-lahan dalam periuk. Saat mendidih berhenti kacau dan kecilkan api dapur. Biarkan ia membentuk sedikit lumut dan perlahan-lahan masukkan dalam bekas untuk letak agar-agar. Biarkan seketika sehingga sejuk dan kemudiannya boleh letakkan dalam peti sejuk. Dalam sejam dah boleh potong. InsyaAllah...

Happy cooking

Sambal Telur Goreng


Assalammualaikum & Salam Sejahtera

InsyaAllah ini mudah. Specially nak masak cepat dan boring makan ayam. Kita buat sambal aje telur mata kerbau goreng ni.

Bahan2:
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia
1 sudu kecil belacan (Kisar semua bahan ini)

7 biji telur
4 sudu cili giling
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1/2 cawan air asam
Gula & garam secukup rasa

Penyediaan:
1. Goreng setiap biji telur 
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar. Kacau. Dan setelah agak garing, masukkan cili giling & tambah sedikit air. Kacau dan biarkan cili masak seketika dan sedikit garing.
3. Masukkan sos cili dan tomato. Kacau. Kemudian masukkan air asam jawa. Kacau lagi.
4. Masukkan gula dan garam. Jika nampak macam kering aje, boleh aje tambah air banyak mana suka tapi benda lain seperti sos, gula, garam pun kena tambah sikitlah.
5. Bila mendidih, masukkan telur satu persatu. Gaul perlahan-lahan. Masak seketika dan Siap.

Telur Masin & Gulai Lemak Kacang Buncis


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Menu ni simple dan saya just buat 2 lauk ni aje masa berbuka haritu sebab kakak ipar dah beli KFC. So, jimat masa sikit.

Jom masak...

Telur Masin
Buang salutan hitam kelilingnya dan masak dalam air panas lebih kurang 20-25 minit api sederhana. Siap.

Gulai Lemak Kacang Buncis
Bahan2:
1 ikat kacang buncis, dihiris menyerong
1 batang lobak merah dihiris dan dibelah dua
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Sedikit isi ayam mentah untuk rencah
Serbuk kunyit @ 1/2 kunyit hidup ditumbuk
5-7 tangkai cili padi
1 cawan air
1 kotak santal (saya guna 200ml)
Garam secukup rasa
2 sudu besar minyak masak

Penyediaan:
1. Tumis bawang besar, bawang putih seketika dan kemudian masukkan isi ayam. Masak seketika. Guna api sederhana.
2. Masukkan lobak merah dan 1/2 cawan air. Masak seketika agar lobak sedikit lembut. Kemudian masukkan pula kacang buncis dan cili merah. Kacau sekejap.
3. Masukkan santan & kacau sehingga kacang buncis lembut. (Jika ada baki sikit santan dalam kotak tu, just tambah air aje dan kocak-kocak untuk tambahkan kuah dalam masakan). 
4. Perisakan garam secukup rasa. Siap.

Kubis Goreng


Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Pagi ni saya nak kongsi 1 lagi resipi mudah guna sayur kubis @ kobis. Kubis kan besar jadi mesti ada bakinya. So, ni extra sayur kubis yang belum dimasak. Goreng pun sodap... Bak kata iklan lama kat tv dulu.

Bahan2:
1. 1/4 kubis, dihiris kasar
2. 1/2 batang lobak merah, dihiris bulat
3. 1/2 bawang besar, dihiris
4. 2 ulas bawang putih, dihiris
5. Sedikit isi ayam dipotong dadu (jika takde ayam, ganti ikan bilis)
6. 1 batang cili merah, dihiris
7. Minyak untuk menumis
8. 1 cawan air
9. Garam secukup rasa

Penyediaan:
1. Tumis bawang merah, bawang putih & ayam. Masak seketika.
2. Masukkan lobal merah berserta air. Gaul dan biarkan seketika sehingga lobak sedikit lembut.
3. Masukkan kubis dan cili. Gaul dan tutup dengan penutup periuk (agar ia masak sekata). Tutup dalam 3-5 minit.
4. Angkat penutup. Gaul dan perisakan dengan garam. Siap.

Happy cooking

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...