Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Siapa yang boleh menegur kita?

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Bila kena tegur, mampukah kita diam dan mendengar?
Sukakah kita pada teguran atau kata-kata yang berbaur riak atau angkuh?
Sukakah telinga mendengar kata-kata teguran yang bersifat menyindir?

Ada satu insiden berlaku pada saya baru-baru ini. Cara hamba Allah itu berkata-kata (pada pendengaran saya) ada rasa sombong dan angkuh. Dia menyatakan bahawa apa yang berlaku disebabkan manusia dan tidak menyebut langsung tentang pentingnya Allah dalam mengizinkan sesuatu perkara itu berlaku. Lupakah dia pada saat kita sukar dan pada dia kita meminta pertolongan. Padanya kita bertawakal. Berserah diri.

Saya tidak menyampuk untuk membetulkan kerana saya ada alasan tersendiri yang biarlah saya & Allah sahaja yang tahu. Jadi, saya serahkan pada Allah untuk menunjuki dia jalan yang lurus.

Dan entah bagaimana, pada malam ini, sedang saya sambung sedikit pembacaan buku 'Setia Dengan Kebenaran', ada ilmu yang Allah mahu saya tahu.

Mari saya kongsikan sedikit untuk tambahan ilmu buat semua.

Imam Birgivi menegur kita agar memelihara diri.
Ilmu itu sifatnya cahaya (nur).
Tetapi ilmu juga boleh memakan kita. Ketika ilmu menimbulkan kanser jiwa. Ego, sifat yang amat membinasakan.

Petanda al-Kibr:

  • Mahu dikenali orang, suka dirai, kehadiran disambut berdiri, tidak malu dan bimbang semasa ia terjadi
  • Rasa diri penting, suka apabila dikelilingi rakan dan mereka memilih untuk berjalan selangkah di belakang mengiringi kita
  • Menolak ziarah kerana beranggapan ia tidak berfaedah
  • Menolak duduk di sebelah orang yang rendah di pandangan diri
  • Enggan menziarahi dan menemani orang sakit
  • Enggan melakukan kerja-kerja rumah
  • Enggan membawa barang berat di khalayak
  • Enggan memakai pakaian murah dan lama
  • Suka menerima jemputan orang kaya, menolak jemputan orang miskin
  • Malu membeli belah di kedai murah
  • Menonjolkan diri ke depan di dalam majlis
  • Menonjolkan diri dalam perdebatan dan perbahasan untuk pendapat diterima
Birgivi juga berkongsi:
Terdapat sebahagian alim ulama dan guru yang mengajar kebenaran di dalam agama dengan cara kasar. Mereke menyalahkan para pendengar dengan dosa-dosa yang mungkin mereka tidak lakukan. Malah turut mengugut pendengar dengan bencana seksaan daripada Allah. Mereka seperti ini, menjadi punca kepada kemarahan. Sedangkan rumah Allah (masjid) bukan tempat untuk kemarahan. Mereka yang mengapi-apikan hal ini, tidak lain dan tidak bukan adalah golongan munafiq, sombong, angkuh dan memementingkan diri sendiri.

Sekalipun apa yang mereka sebutkan itu adalah benar, namun dengan nada ucapan yang sedemikian rupa, ucapan itu sesungguhnya menjadi kata-kata mereka semata, dan bukan dari kalam Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...