Untuk wanita yang bekerja, kuih ini amat mudah dibuat. Boleh cuba nanti.
Just take around 15 minutes dan biarkan ia sejuk sendiri.
Bahan2:
1. 1 1/2 cawan sagu
2. 1 cawan gula
3. 4 cawan air
4. 2-3 titik pewarna merah
5. 1 helai daun pandan
6. Kelapa parut (putih sahaja)
7. 1/2 sudu kecil garam
Penyediaan:
1. Masukkan dalam periuk air, gula, daun pandan & pewarna merah. Masak sehingga sedikit mendidih
2. Masukkan sagu ke dalam periuk & keluarkan daun pandan. Masak pada api sederhana dalam 10 minit atau sagu masak. Kacau sekali sekala.
3. Bila sudah masak, masukkan dalam loyang atau bekas untuk menyejukkannya. Dalam 1 jam.
4. Bila hendak makan, potong dan sadurkan pada kelapa putih yang dicampur dengan garam. Siap kuih bronok kita menanti waktu untuk dinikmati.
Happy cooking
Tiada ulasan:
Catat Ulasan