Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Sagu Gula Melaka yang Sedap & Mudah


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Sagu gula melaka, manisan atau dessert yang antaranya saya suka. Enak dimakan di kala ia sejuk dan di kala kita rasa stress. I really meant it. You just try it.

So, here are the recipe for this marvellous dessert. Anda cuba, dan anda pasti suka. Takdelah susah sangat nak membuatnya. Bahan pun mudah dapat. Cuma apa yang perlu, peti ais ada ruang untuk letak bekas-bekas kecik yang anda letak sagu tu.  InsyaAllah.

Bahan-bahan:
1.  1 cawan sagu
2. 2 ketul besar gula melaka (dalam 500gm)
3. 1 cawan air
4. 1 helai daun pandan. Bersiha & simpulkan ia.
5. 1 sudu besar gula pasir
6. 200ml santan kelapa
7. 100ml air untuk dimasak dengan santan
8. 1/4 sudu kecil garam
9. Bekas untuk mengisi sagu (apa sahaja yang anda ada)

Penyediaan:
1. 1 cawan sagu. Basuh dan rebus pada api sederhana sehingga sagu masak. Masukkan dalam cawan atau bekas kecil (jika nak makan dalam mangkuk). Letakkan dalam fridge selama 1 jam.
2. Masak 2 ketul gula melaka dengan secawan air & sehelai daun pandan. Jika nak rasa manis sikit, letakkan sesudu besar gula pasir. Masak sehingga gula melaka sedikit pekat & tutup api. Rehatkan sehingga gula sejuk.
3. 200ml santan kelapa + 100ml air dimasak pada api kecil. Letakkan suku sudu kecil garam. Kacau sehingga santan masak & tutup api. Ketepikan.
4. Bila ingin makan, letakkan seperti di dalam gambar ya

Happy cooking

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...