Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Masalodeh / wadeh / vadei, kegemaran suami & abah


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Masalodeh @ wadeh @ vadei, sejenis kuih tradisi India yang cukup digemari oleh abah saya & suami. Kedua-dua mereka akan membeli kuih ini jika ke pasar malam hari Sabtu di Ampang atau di mana sahaja kedai @ gerai yang menjual kuih ini (pastikan nampak tempting di mata mereka).

Dan entah bagaimana, ternampak kuih ini encik mat gebu membuatnya di dalam instagram & web dia. Perasaan saya terus meronta-ronta nak ngetest buat bila mana 'mood' memasak seminggu dua ni macam ok aje.

So, saya dan suami pun ngetestlah buat makanan ini semalam. Ada beberapa tempat 'hiccup'nya tapi Alhamdulillah, menjadi juga. Dan berketul-ketul kuih ni encik suami makan sampai ke malam. Saya pun hanya makan 2-3 ketul aje. Katanya, sedaplah resipi yang encik mat ni kongsi.

So, jom saya kongsikan resipinya untuk 500gram kacang dhal (itu yang supermarket dah siap packing).

Bahan-bahan:
500 gram kacang dhal, cuci dan rendam 5 - 6 jam
1 biji bawang besar, cincang halus (buat aje ala-ala macam kat chef food network buat)
2 camca teh jintan manis
2 camca teh jintan putih
4 tangkai daun kari, basuh & dilurut
6 tangkai cili kering, cuci, lap kering, belah tengah memanjang dan buang bijinya. Hiris atau gunting halus.
1/2 camca teh gula (optional)
Garam secukup rasa

Penyediaan:
1. Toskan kacang dhal, masukkan ke dalam mesin pengisar makanan atau blender. Kisar hingga separuh hancur. Kot lah masa anda blend tu macam tak berapa nak gerak kacang dhal tu, JANGAN tambah air. Anda hanya perlu goncangkan isi blender atau kacau dengan sudu panjang skit.
2. Masukkan gula, garam, daun kari, jintan manis dan jintan putih. Kisar lagi hingga kacang dhal halus dan sebati dengan bahan lain.
3. Alihkan bahan dalam blender ke dalam mangkuk besar. Masukkan bawang besar dan hirisan cili kering. Gaul rata.
4. Rasa dan jika kurang masin, tambah sedikit lagi garam. Sediakan dulang yang dialas dengan plastik bersih. Ia bagi memudahkan proses anda mengambil adunan. Ambil 1 sudu besar adunan atau nak banyak sikit, bulat-bulatkan seperti membuat begedil. Susun dalam dulang beralas plastik tadi. Buat hingga selesai.


5. Panaskan minyak untuk goreng. Kuantiti minyak adalah dengan pastikan adunan tenggelam dalam minyak nanti bila diletak. Perlahan2 ambil sekeping masalodeh yang siap dibentuk tadi dan masukkan ke dalam minyak panas, berhati2 agar ia tidak hancur. Goreng untuk 3 - 4 keping sekali goreng. Biar sekejap hingga kekuningan, baru dibalikkan. Masak hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya. Goreng adunan lain sehingga selesai. Siap.

Happy cooking

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...