Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Cucur Badak, old time favourite

Assalammualaikum & Salam Sejahtera, Hello...

Cucur badak. Very oldies kuih. Masa kecil, tak berapa sangat nak makan tapi semakin dewasa, kuih-kuih lama mula digemari. Dan kali ini, saya cuba buat kuih cucur badak ini.

Insiden 'terbuatnya' kuih ini disebabkan oleh tetiba mata tertangkap tajuk blogger lain yang saya follow. Blogger masakan tersebut bila lihat gambar kuih ni, mak ai, terus akak terpegun jap dek non... Terliur memandangnya. Dan alhamdulillah, akhirnya saya dapat juga buat kuih ni dengan pertolongan encik hubby & seorang lagi anak sedara yang baru baik demam.

Kuih ni, bagi pendapat saya yang amatur lah, agak sedikit sukar berbanding jika membuat puding karamel & kek sarang semut. You really need helper to make it. Tapi, bagi orang dah biasa buat kuih ni, mesti takde hal punyalah. Anyway, memang sedap kuih ni. Family sukakannya.

So, jom saya kongsikan resipi kuih ni yang saya ambil dari blog Azie Kitchen & juga komen dari pembacanya yang berkongsi ilmu.

Bahan-bahan untuk 35 ketul cucur badak (family ramai ya):
Untuk inti:
2/3 biji kelapa parut
150 gram udang kering (rendam dan kisar)
2 ulas bawang putih
3 biji bawang besar (rumah saya memang jarang guna bawang merah)
11 tangkai lada merah
2 cm halia
2 batang serai (kot le serai tu kurus, gunalah 3 batang)
1 sudu teh serbuk kunyit
2 1/2 sudu makan gula
½ sudu teh garam
2 sudu makan minyak masak

Untuk doh :
750 gram keledek (rebus dan lenyek)
5 - 6 sudu besar tepung gandum
5 - 6 sudu besar tepung beras
1 sudu teh garam
Minyak untuk menggoreng

Penyediaan untuk inti:
  1. Panaskan minyak. 
  2. Kisar semua bahan kecuali minyak. Tuang bahan ke dalam minyak yang telah panas. Masak hingga menggelegak. 
  3. Masukkan kelapa. Kacau bahan sehingga mesra & rata. Tutup api dan letak di dalam bekas lain.
Penyediaan untuk kuih:
  1. Gaul rata semua bahan doh kecuali minyak. Uli sehingga membentuk doh. Tambah tepung sedikit demi sedikit sekiranya doh lembik dan melekat. Jika tambah 1 sudu tepung gandum, tambahkan juga 1 sudu tepung beras. Kombinasi kedua-dua tepung ini akan membentuk kuih anda lembut dan kenyal & tidak keras.
  2. Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat sebesar bola tenis. Isikan inti di tengahnya. Kot nak kecil lagi, bentuklah ikut suka anda :)
  3. Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali dengan api sederhana.
  4. Goreng doh yang telah diisi inti sehingga keemasan. Angkat dan tos. Siap.
Kuih yang dibuat oleh encik hubby. Suka dia dapat makan kuih ni juga. Berketul-ketul dia makan. Lat luar ingat boleh makan berketul-ketul? Sorry... masak sendiri juga puas hati.

Happy cooking

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...