Untuk working mother, anak dara, orang bujang, bachelor yang tak sempat nak masak best-best bila balik kerja atau malas nak keluar rumah bila hujung minggu, menu ini sesuai untuk dicuba. It takes around 10-15 minutes. But, make sure masa beli barang dapur seminggu or 2 minggu sekali tu, include segala macam sayur, pasta, kiub ayam, fishball, crab stick & garam. Nak podeh , jangan lupa beli cili padi k.
Bahan-bahan:
- 3 genggam pasta spiral yang direbus. Rebus dalam 4-6 minit aje (kalau terlebih masa, pasta jadi overcooked)
- 2 ulas bawang putih dihiris
- 1/2 bawang besar dihiris
- 1 batang lobak merah dipotong mengiring
- 1 batang tangkai saderi dipotong mengiring
- 5-7 batang sawi dipotong sederhana besar
- 3 batang crab stick (apa aje yang ada dalam fridge tu). Potong ikut suka
- Stok rebusan ayam (guna 1/2 kiub ayam)
- Garam secukup rasa
- Rebus pasta dalam 3-4 minit. Toskan. Jangan lembut sangat sebab kita akan masukkan dalam kuah yang panas selepas itu.
- Panaskan 1 camca besar minyak masak.
- Tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum.
- Masukkan lobak merah dan 1 cawan air. Biarkan lobak sedikit empuk. Masukkan batang saderi.
- Masukkan sawi & kiub ayam.
- Masukkan pasta spiral & garam secukup rasa.
- Biarkan dalam 1-2 minit dan boleh tutup api. Siap spral pasta dengan sayur ni.
Anda nak menikmati begitu sahaja atau letak cili kicap atau sambal atau apa sahaja, terpulang. Janji anda suka...
Happy cooking
Tiada ulasan:
Catat Ulasan