Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Burritos ayam dan hotdog dari hubby

Assalammualaikum.

Alhamdulillah, kali ini kali ke-2 encik suami memasak. Dia teringin barangkali nak mencuba masakan yang dilihat di channel food network dan masterchef. Macam sedap, senang dan menarik bila chef-chef tu mencuba. Memasak juga katanya, lari sebentar dari memikirkan masalah kerja yang sentiasa ada.

Jom saya kongsikan resipi untuk membuat burritos versi hubby. Nampak aje macam panjang, tapi sebenarnya mudah aje. :)

Bahan-bahan (boleh juga rujuk gambar di bawah):
A: Bahan untuk salsa:
1. 1 biji avocado / nanas
2. 1 biji besar tomato
3. 1/2 biji jus lemon
4. Lada hitam
5. Secubit garam

B: Bahan untuk ayam & hotdog
1. Daging ayam tanpa tulang (chicken breast)
2. 3 keping hotdog
3. 1 sudu minyak zaitun / minyak sayuran lain
4. 1 sudu lada hitam yang ditumbuk
5. 1/2 sudu paprika
6. 1/2 lada sulah
7. 1 sudu daun oregano / thyme / basil (selasih)

C: Bahan membuat burritos.
1. Roti tortilla yang jenis gandum
2. Sos cili
3. Mayonis
4. Salad

Antara bahan-bahan untuk burritos.

Penyediaan:
A. Ayam & hotdog
1. Basuh ayam dan hotdog dengan bersih. Letakkan dalam 2 bekas berasingan agar air ayam tidak bercampur dengan hotdog. Untuk hotdog, potong sedikit nipis. Jika biarkan panjang, takut nanti, bila nak balut, roti akan koyak.
2. Letak minyak zaitun dah rempah serta daun ke dalam ayam dan hotdog. Gaulkan hingga sebati. Perap sebentar di dalam peti ais dalam 20-30 minit.

B. Penyediaan salsa:
1. Belah 4 tomato tersebut dan buang bijinya. Kemudian, potong kiub tomato tersebut dan letak dalam satu bekas.
2. Belah buah avocado yang lembut dan potong dadu isinya juga (jika guna nanas, ambil suku atau separuh sahaja dari nanas tersebut). Campurkan ke dalam bekas tomato tadi.
3. Perah 1/2 biji jus lemon ke dalam bekas berisi tomato dan avocado tersebut. Taburkan garam serta lada hitam.
4. Gaulkan kesemuanya hingga mesra dan letak di dalam peti ais seketika.

C. Penyediaan burritos:
1. Keluarkan ayam dan hotdog dari peti sejuk dan biarkan seketika dalam 5 minit.
2.Jika anda ada kuali ajaib, sesuai untuk memanggang ayam dan hotdog. Jika tiada, boleh aje pakai kuali leper tu. Panaskan atas api dan taruk sedikit sahaja minyak dan ratakannya.
3. Setelah kuali panas, panggang hotdog dahulu. Setelah masak, panggang ayam pula.
4. Setelah ayam masak, potong kecil-kecil isi ayam tersebut. Saya sarankan ia memanjang dan versi hubby saya, ikut suka dia aje :)
5. Untuk aktiviti membalut burritos pula, sediakan pinggan besar atau papan pemotong yang besar. Mudah untuk ada menggulungnya.
6. Letakkan sekeping roti tortilla di atas pinggan. Tuang sedikit sos dan paipkan sedikit mayonis di bahagian sedikit tengah tortilla. Seperti contoh gambar di bawah ya.


7. Letakkan sayur salad yang sudah dicarik sedikit. Kemudian letakkan salsa avocado tadi ke atas sayur. Letakkan kepingan ayam dan hotdog yang dipanggang tadi. Kemudian, letakkan sedikit sos dan mayonis lagi jika suka.
8. Untuk melipat roti tortilla ini, anda perlu lipat seperti contoh gambar di atas. Mudah bukan. Dah siap lipat, maka siapkan burritos anda... :)

Happy cooking.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...