Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Ayam Panggang & Gravy

Assalammualaikum.

Alhamdulillah, kali ini saya merasa pula air tangan cik hubby sekali lagi. Dengan rajinnya, dia membuat ayam panggang bersama kuahnya. Wahhh... tak sangka sungguh saya encik hubby saya ini kalau dah suka, sanggup bangun lepas solat tu mengerjakan ayamnya.

Saya tolong le sediakan sikit-sikit bahan-bahan perap untuknya dan ajar dia macam mana nak potong kentang (lelaki amatur memang begitu ya. Kena tolong sikit-sikit baru le bersemangat lebih skit). Yang lain, dari golek-golek ayam tu dengan rempah sampai le membakar dan buat kuah gravynya, dia lah yang buat. Nak dijadikan cerita, time dia dok memasak ni pulaklah kawan lama saya call. Makanya, selepas itu, dia buat le semuanya sendiri sampai ke sesi belah empat ayam tu :)

Jom saya kongsikan resipi ayam panggang ala2 Rudy Oliver ni dengan anda semua :)

Bahan-bahan:
1. Seekor ayam yang sudah dibersihkan isi perutnya dan dibuang kulit. Encik hubby guna ayam brand nutriplus. Semuanya dah siap. Cuma buang kulit aje.
2. 3 tangkai daun rosemarry. Jika tiada yang original, pakai aje yang dalam botol McCormick tu.
4. 3 tangkai daun selasih @ basil
5. 1 sudu besar paprika (jika nak lebih spice lagi, boleh le tambah)
6. 1 sudu besar garam
7. 1 sudu besar lada hitam yang ditumbuk
8. 1 sudu Italian Herb (guna jenis McCormick)
9. Jus lemon 1/2 biji
10. 1 sudu besar minyak zaitun
11. Kentang 2 biji. Jika kecil, ambil 3-4 biji.
12. Tomato cherry 10-12 biji
13. 4-5 ulas bawang putih

Untuk Gravy:
14. 1/4 sudu garam
15. 1 sudu besar mentega
16. 1 sudu besar lada hitam ditumbuk
17. 1 sudu besar tepung gandum
18. 1 cawan air

Penyediaan:
1. Bersihkan ayam dan letak atas dulang pembakar.
2. Masukkan daun rosemarry dan selasih ke dalam perut ayam melalui punggungnya.
3. Salutkan seluruh ayam dengan minyak zaitun.
4. Kemudian salutkan seluruh ayam dengan paprika, garam,, lada hitam, Italian herbs dan jus lemon. Perap seketika ayam dalam 10-15 minit dalam peti sejuk.


5. Kupas kentang dan belah 4. Jika kentang besar, belah 6. Randam dalam air selepas mengupasnya. Ini bagi mengelakkan kentang menjadi lebam.
6. Panaskan oven dalam 200 darjah celcius.
7. Selepas ayam diperap, letak keliling ayam tersebut kentang yang telah dipotong (jangan masuk airnya sekali tau), cherry tomato dan bawang putih yang tak perlu dibuang kulitnya.
8. Masukkan ayam ke dalam oven dan masak sehingga 1-1 1/2 jam. Bergantung pada saiz ayam.


Penyediaan gravy @ kuah:
1. Panaskan mentega dalam kuali kecil. Setelah cair masukkan tepung gandum dan kacau seketika. Kemudian masukkan pula air. Kacau sehingga sedikit pekat.
2. Masukkan pula lada hitam dan garam. Jika kelihatan kuahnya cair, masak hingga sedikit pekat. Dan jika pekat, tambahkan sedikit mentega. Rasa kuah tersebut dan jika ada terkurang dan terlebih, masin, tambah air atau tambahlah garam. Lepas tu, siap.

Happy cooking...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...