Saya cuba resipi salad tembikai ni masa ada beberapa orang saudara saya datang ke rumah. Entah macam mana, seorang saudara sepupu saya tu suka dengan teh pudina dan salad tembikai yang saya hidangkan. Dia kata air teh tu wangi dan salad tu simple tapi menarik.
Jom try resipi salad tembikai ni. Boleh cuba untuk makan di rumah, open table di ofis atau open house.
Bahan-bahan:
1. Sebiji tembikai. Tak kisah kecil atau besar.
2. 8-10 helai daun pudina.
3. 7-8 titik air mawar
Penyediaan:
1. Potong tembikai dari kulitnya. Kemudian, potong kiub tembikai tersebut. Masukkan ke dalam mangkuk besar yang biasa dahulu.
2. Basuh daun pudina dan potong halus (tak perlu halus sangat tau, macam dalam gambar atas pun dah ok). Taburkan ke atas tembikai tadi.
3. Titikkan air mawar ke atas tembikai dalam 7-8 titik sahaja. Jangan banyak. Ini kerana jika anda taruk banyak sangat, takut nanti orang yang memakannya akan rasa seperti memakan tembikai dengan minyak wangi pula. Hilang selera mereka.
4. Gaulkan perlahan-lahan bahan-bahan tadi agar tembikai tidak pecah dan air mawar dalam diratakan ke tembikai lain. Kemudian, hidangkan ke dalam bekas kaca atau bekas yang lebih sesuai lagi untuk tetamu.
** Oh ya, jika ada antara anda yang sukakan feta cheese, boleh aje feta cheese itu dipotong kiub dan dicampur ke dalam salad tembikai**
Happy cooking...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan