Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Resipi spaghetti yang disukai tua muda. eceleh...

Spaghetti. Makanan barat yang ada kala tak masuk dek tekak orang tua kita atau kanak-kanak. Namun, Alhamdulillah, setelah beberapa kali masak, akhirnya ayah & mak mertua saya serta anak2 sedara dah boleh masuk dengan rasa spaghetti ni. Kalau tidak dulu, 1st time saya masak, boleh anak sedara saya sorang ni makan dengan KICAP. Aduhai... bersungguh-sungguh maksu dia masak kuah, dia bantai kicap aje. Sabar ajelah. 

Tapi apabila mereka semakin membesar dan setiap 3 atau 4 bulan sekali saya masak makanan ini, akhir, tekak mereka menerima. Termasuklah mertua saya. :) (senyum sampai telinga ni... hahahaha...)
Meh, saya kongsikan resipi yang berjaya menambat selera mereka.

Gambar ehsan encik google

Bahan-bahannya:
1. 1 paket spaghetti (boleh pilih sama ada nak yang biasa atau nak angel hair)
2. 1 keping daging cincang Ramlee atau apa sahaja brand janji HALAL
3. Bebola daging dalam 20-25 biji atau ikut suka.
4. 1 tin sederhana besar tomato puri
5. 1 tin cendawan butang dipotong dadu atau dihilir melintang
6. 1 kiub pati ayam maggi
7. 4 batang saleri dipotong kecil
8. 1 biji bawang holland dipotong dadu
9. 2 ulas bawang putih dicincang halus
10. 1/2 camca serbuk oregano atau jika ada yang original, lagi bagus
12. 1/2 camca serbuk daun selasih atau ada yang original 1 helai sahaja.
13. Sos cili setengah botol (jika suka pedas, bolehlah tambah lebih sikit)
14. 1/3 tin susu cair
15. Garam & gula secukup rasa
16. Keju Parmesan atau Mozarella (ikut suka)

Cara-cara memasak:
1. Celur spaghetti dalam air panas mendidih sehingga lembut. Jika ikut petua makcik saya, nak tau spaghetti tu dah masak ke belum (saiz yg tebal), amik sedikit dan cuba baling di dinding. Jika melekat, sure dah masak. Hehehe...
2. Toskan spaghetti dan gaul ia dengan sedikit minyak masak atau minyak jagung agar ianya tidak melekat bila sudah sejuk.
3. Untuk sosnya, tumis bawang holland & bawang putih dengan minyak panas di dalam kuali atau periuk besar. 
4. Setelah naik bau dan sedikit garing, masukkan daging cincang ke dalam kuali. Kacau sehingga daging kelihatan sedikit masak. Kemudian, masukkan cendawan butang dan daun saleri dan kacau dalam 2-3 minit.
5. Masukkan sos tomato puri dan tambahkan 1 tin lagi air kosong ke dalam kuali. Masukkan pula sos cili & kiub pati ayam maggi & bebola daging dan gaul sehingga mesra. 
6. Apabila kelihatan sudah mendidih, masukkan susu cair. Ia bagi bertujuan melemakkan sedikit kuah spaghetti. Gaul sehingga mesra.
7. Kemudian, masukkan garam & gula secukup rasa. Masukkan pula, oregano & daun selasih (basil) ke dalam kuali. Kacau sehingga sebati dan daging sedikit lembut. Matikan api dan bolehlah dimakan bersama spaghetti dan parutan keju parmesan atau mozarella. 

Ni yang saya masak :)

Happy Cooking... :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...