Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Jangan memandang pada pakaian

Assalammualaikum & Selamat Menyambut Ramadhan kepada anda semua.

Tadi, masa saya sedang baca majalah solusi, tiba-tiba saya terbaca satu artikel tentang 'Hargai Ulama, Bukan Bajunya'. Perkongsian ilmu dan pandangan dalam artikel tersebut membuatkan saya mengiakan akan situasi 'judge a book by its cover' ni. Kita sering memandang orang yang berpakaian hebat, juga adalah seorang yang hebat. Jika dia berbaju kot, kita anggap dia pastinya bos sebuah syarikat yang besar, bijak dan hebat manakala jika dia berjubah labuh, berserban dan berjanggut panjang, ilmu agamanya pasti sesuai dengan status luarannya. Nyata, adakala pandangan luaran kita itu tersasar. Di sini, saya kongsikan sedikit kisah di dalam majalah solusi yang saya rasa, ramai antara kita bersikap begitu dan saya juga adakalanya tersalah anggar juga. :)


Sultan Ulama. Itulah gelaran yang diberikan kepada Imam Abdul Aziz ('Izzudin) bin Abdul Salam. Beliau terkenal kerana keluasan ilmu & kepakarannya dalam fiqah. Ketegasan beliau dalam amar makruf dan nahi mungkar membuatkan raja-raja terpaksa tunduk kepada fatwa-fatwanya.

Sultan Ulama bercerita: "Suatu hari aku dalam ihram. Aku menegur jemaah haji tentang kesalahan-kesalahan mereka dalam tawaf. Mereka tidak mengenaliku. Malangnya mereka tidak menerima teguranku. Malah mereka membalas: 'Siapa kamu untuk menasihati kami? Hanya para ulama yang boleh melakukan amar makruf dan nahi mungkar.'

'Izzudin menyambung ceritanya: "Setelah ihram, aku mengenakan pakaian kebesaran ulama iaitu serban, jubah, selendang dan lain-lain. Aku kembali menegur mereka. Kali ini mereka patuh dan taat menerima teguranku."

Kisah ini sangat jelas menggambarkan sikap manusia pada zaman ini. Ramai yang masih menilai orang lain bukan kerana ilmu dan ucapannya, akan tetapi kerana serban dan jubahnya. Seolah-olah pakaian itu menjamin keilmuannya.

Penampilan zahir sama sekali bukan cerminan ilmu dan kesolehan. Serban dan jubah hanyalah setakat baju yang dipakai pada tubuh. Mengukur keilmuan seseorang mestilah dengan apa-apa yang dia ucap, bukan apa-apa yang dia pakai. Sebab kata-katalah yang mencerminkan darjatnya dalam ilmu.

Suatu hari seorang lelaki menghadiri majlis pengajian Sulaiman al A'masy. Penampilannya sangat segak dan berwibawa. Jubahnya labuh dan janggutnya panjang. Kemudian dia bertanya kepada al A'masy tentang satu masalah remeh berkaitan solat.

Al A'masy menoleh kepada murid-muridnya lalu berkata: "Lihatlah orang ini. Janggutnya memperlihatkan seolah-olah ia menghafal beribu-ribu hadis, namun soalannya seperti budak sekolah rendah."
(Hilyat al-Awliya')

Rujukan: Hargai Ulama, Bukan Bajunya. 2013. Solusi Isu 57. Telaga Biru. Kuala Lumpur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...