Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Membangkang Nafsu

Petikan untuk cerita di blog pada kali ini diambil dari buku "Rasul Mulia, Umat Mulia, Akhlak Mulia" berkaitan dengan keinginan atau keperluan?

Umar Al-Khattab digelar Al-Faruq iaitu orang yang sangat pandai memisahkan antara kebenaran dengan kebatilan secara teliti. Ucapan beliau kali ini sangat tepat untuk dijadikan sebagai panduan hidup Muslim moden.

'Beliau mengajar kita untuk tidak menjadikan keinginan sebagai asas konsumsi, akan tetapi ia mestilah berlandaskan keperluan.'

Keinginan pada hakikatnya adalah nafsu serakah yang tidak mengenal batasan. Setiap kali diberi, ia akan meminta yang lain. Begitulah seterusnya sehingga jika dituruti, ia akan terus menjerumuskan manusia ke dalam pembaziran.


Adapun asas keperluan, maka ia menjadikan akal sebagai pembuat keputusan. Dengan kecerdasan akal, ia akan memilih benda-benda yang penting dan yang kurang (atau sama sekali tidak) penting. Akibatnya, sesiapa yang berpegang pada asas ini, dapat mengawal perbelanjaannya dengan baik & terselamat daripada sebarang kegawatan kewangan.

Prinsip ini memperlihatkan ketinggian fiqah Umar. Sesungguhnya tidak terhitung anjuran Islam agar kita membangkang keinginan nafsu. Malah, al-Quran ada menyebut bahawa sikap mengikut hawa nafsu merupakan gaya hidup kafir yang tidak selari dengan prinsip keislaman.

Jadi, membangkang keinginan nafsu merupakan pembuktian tauhid yang sangat tinggi. Kita seolah-olah menegaskan di hadapan Allah dan seluruh makhluk bahawa tidak ada yang layak dituruti kehendaknya melainkan Allah swt.

Sungguh tepat ucapan Sahl Bin Abdillah at-Tustari (w.283H), "Allah tidak disembah dengan suatu amalan yang lebih baik daripada membangkang keinginan nafsu."


Rujukan: Umar Muhammad Noor, Rasul Mulia, Umat Mulia, Akhlak Mulia. 2011. Telaga Biru Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...