Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Sticky candy dan binokular 10x50 dah dapat

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya kedua-dua benda ni. Sticky candy n binokular semalam. Suka sangat...


Sticky candy ni saya tahu dah ada kat Malaysia bila baca entry kak Norhayati Berahim. Bila tengok aje gambar kat blog dia tu, terus saya teringat kawan saya yang pernah tunjukkan saya gula-gula ni masa dia belajar di Australia dulu. Comel sungguhlah masa member saya tu tunjuk. Tapi masa tu cuma dapat tengok ajelah, tak dapat merasa. Dan... rezeki kita siapa tahu. After 6 years, baru saya dapat merasa. Hehehe... suka suka.. Ops! Alhamdulillah... terus saya ajak hubby pi Pavilion untuk beli sticky candy ni...

Ada macam2 perisa dan corak sticky candy ni. Kalau mix rock (campur2 candynya), 1 botol tu RM19.90. Macam gambar kat bawah ni. 

Kalau 1 perisa aje, RM14.50. Dan kalau ada tulis perkataan kat tengahnya, RM16.90. Macam tulis I Love You kat bawah ni. Siapa yang bercadang nak request untuk perkahwinan pun boleh. Contohnya letak nama Linda & Hafiz. Tapi, bab harga makcik tak tau. Tapi sendiri mau agak ler... :)
Lepas dah beli sticky candy ni, kami terus ke PS @ Petaling Street. Rasanya last sekali saya ke PS dengan hubby masa kami bertunang. Fuh! Lama giler tu. Kami pun memanjangkan leher mencari binokular yang dikhabarkan oleh kawan kami dan budak astromas (pergi ke uptown Cheras, binokularnya saiz kecil aje). 
Jenguk punya jenguk, jumpa gak akhirnya. 

First kedai yang kami pergi, tak mahu langsung turunkan harga. Pujuk le macam mana pun, bos dia keras hati. Last skali saya buat decision untuk tengok kedai lain dulu. Nasib baik... kedai no. 2 yg kami pergi dapat gak bagi harga murah RM105 (murah 15 ringgit aje tapi murah le sebab dapat kurang dari kedai 1st). Pekerja dia pun layan aje kerenah kami sebab dia agak kami memang akan beli sebab harga dah dibagi murah. Setelah mencari dan mengetest, akhirnya kami capai binokular 10x50mm. Yes... sronok...

Aktiviti mengintai langit malam hanya dapat kami buat hari ni. Semalam hujan dari petang sampai ke malam. Memang dah sah nampak awan aje. Teruja betul saya, hubby, my sis n friend dan mama. Semua pakat-pakat ngetest. Mula-mula tak nampak, dah fokus demi fokus, baru nampak bintang tu berkedip-kedip. My mama aje tak dapat tengok. Puas ditilik, dipandang, ditukar arah, tanggal spek, pun tak nampak jugak. Last skali, dia masuk rumah, sambung tengok cerita Ustaz Don. Hehehe... takpe, lain kali mesti boleh nampak...

Dan kali kedua saya dan hubby mengintai langit jam 11.15. Dan rezeki kami juga, ada kawan di FB maklumkan boleh guna google sky map untuk tahu bintang dan segala macam kordinat isi langit kat web tu. Pantas hubby download ke Gnote dia. Dan dia makin excited meneropong ke dada langit. Saya lagi le excited bila dapat skodeng planet Marikh. Merah. Berbanding bintang lain yang berwarna putih dan biru.


InsyaAllah, saya dan hubby akan super rajin dalam masa seminggu dua ini untuk mengintai langit. Yihuuuu... seronok dapat lihat kecantikan alam ciptaan Allah...

Ekspo Buku Islam Kali Ke-2 di Putrajaya



Kali ni saya nak war-warkan kepada anda semua. Ekspo Buku Islam kembali lagi buat kali ke-2. 
Ni, saya sertakan detailnya... Pergi jangan tak pergi...

Tarikh: 24/2/2012 - 4/3/2012
Masa: 10 pagi - 9 malampr
Tempat: Dewan Cempaka Sari Presint 3, Putrajaya (berhadapan Masjid Sultan Mizan, Masjid Besi)


Antara penerbit-penerbit buku yang terlibat dalam Ekspo Buku Islam ini adalah Telaga Biru, PTS Publication, Yadim, Galeri Ilmu, Must Read, Kumpulan Media Karangkraf, Berita Publishing, Ana Muslim, Kemilau Publika, Aman Palestin, Sri Saujana Marketing, EZ Math dan lain-lain lagi.

Antara aktivit-aktiviti yang turut diadakan di ekspo ini adalah Ceramah Agama, Konsert Nasyid, Pelancaran Buku dan Bersama Selebriti Terkenal seperti Fatimah Syarha, Dr. Farhan, Ust. Dr. Zahazan, Prof. Dr. Muhaya, Ust. Azhar Idrus, Ust. Dr. Zaharuddin, Chef Hanieliza dan ramai lagi.

Fall in love with another korean drama... Take care of us, Captain


Another korean drama yang buat saya dah 2 malam tidur lewat... Take care of us, Captain.

Mulanya masa member suggest cerita ni, saya dah perasan iklannya kat channel 393. Tapi saya layan dulu cerita lain kat dramacrazy.net. Hari Ahad lepas, lepas balik dari makan kat luar dengan hubby, saya bukak le kejap channel cerita korea kat tv. Skali cerita ni keluar. Saya layan lah kejap. Dan, dari kejap jadi sampai habis cerita saya tonton. Ish ish ish.... Dan seterusnya, malam tu jugak saya bukak laptop dan cari cerita ni kat dramacrazy. Hahahaha..... suka suka suka, cerita ni dah ada dan dah sampai episod 14 (kat Malaysia baru episod 5). Dan apa lagi, marathon le saya dari Ahad, Isnin dan sampai le har ni. Baru aje settle episod barunya tadi. hehehehe....

Bagaimana saya nak describe kebagusan cerita ni.... 1st, tentulah saya nak tahu ending hero n heroin. 2nd, cara mereka handle dan mengajar orang bawahan dan rakan sekerja, buat saya terfikir, 'betul jugak cara ni. Jarang kita applykannya.' 3rd, tentunya watak hero yang nampak matang dan berkarisma (kalau encik hubby tau, mesti dia gelakkan bini dia, tapiii... malam tadi saya dah heret dia kejap tgk cerita ni dan dia pun nampak mcm suka). 4th nya, ada banyak ilmu penerbangan yang saya belajar dari cerita ni. At least, tahu le mcm mana nak beza captain dgn co-pilot kan... Hahaha...

Bila tengok cerita ni, tak sabar-sabar saya nak tahu bagaimana mereka bercinta. Ialah, dua-dua keras kepala. Dapat pulak encik hero ni egonya bukan main lagi... Haishhhh... Geram aje makcik nengoknyer...

Anyway, i'm waiting for the new episode every week. Hope ia akan membuatkan makcik suka macam cerita2 korea lain yg dah makcik tonton (tapi still tak blh lawan Winter Sonata dgn My beautiful)

Lempeng... all time favourite


Ni semua gara-gara blog DTS@Encik Mat Gebu... Tengah gatal-gatal merayap tengok blog masakan yang dah lama tak jengah, tetiba nampak pulak menu lempeng ni... Aduhhh... berdecip-decip mulut makcik bila membayangkan kesedapannya. Makan pulak dengan sambal bilis or kari. Marvelous...

Makanya makcik mengajak encik hubby bershopping malam semalam untuk belian barang dapur, laundry dan bahan-bahan lempeng ni. Encik hubby mana boleh tolak sebab memang dah seminggu pun barang dapur tak bertambah sejak balik bercuti aritu (plus, nak masak spegetthi meatballs sempena birthday en. hubby nanti)..

Jom saya kongsi bahan-bahannya (resipinya saya ambil di blog Encik Mat).
1. 3 cawan tepung gandum (family makcik ramai, so bertambah le tepungnya)
2. 3 1/2 cawan air
3. 1 biji bawang didadu halus
4. 1 biji telur
5. 6 urat daun kucai
6. Garam secukup rasa
7. 1 camca mentega yang dicairkan (makcik guna minyak sayur aje... hehehe..)

Cara-cara memasak:
1. Campurkan semua bahan kecuali mentega/minyak tadi.
2. Gaul sehingga tidak berketul-ketul tepungnya. Kemudian, masukkan 1 camca mentega or minyak sayur ke dalam campuran bahan tadi. Biarkan lebih kurang 5 minit untuk bahan-bahan menjadi mesra. Chewahhh...
3. Panaskan kuali leper atau non stick pan. Leserkan minyak di atasnya (kalau guna kuali leper lah).
4. Bila dah panas, tuang sesenduk adunan bahan tadi ke atas kuali@pan (macam gambar di bawah ya).


5. Lepas tu terbalikkan lempeng tu bila nampak adunan tu macam terangkat skit sekelilingnya. Penyek-penyek skit dan rasa-rasa macam dah masak, maka angkat lah. Dah siapppp...

Lempeng ni sedap di makan dengan kuah kari (tak kisahlah ayam ke, daging ke, ikan ke), sambal bilis, sambal sardin atau susu. Paling simple, makan begitu aje pun sodappp...

Serasi di Hati, Fiksyen 302, Menunggu Kereta Api & Dari Milan Ke Maran settle

Dah lama betul saya tak up date blog ni... Mana takde, bila nak up date aje, terpandang post lepas. Terus takde mood. Tu yg buat benda lain dulu...

Well, sepanjang saya tak mengup-date blog, saya mengkhatamkan 4 buah novel (ada gak berjalan dgn family untuk cuti2 Malaysia). 1st novel yang saya khatam novel dari Rose Harissa@Nora Ismail, Serasi Di Hati.
Seperti novel yang sebelum ni dibaca, karya Puan Nora ni memang tak mengecewakan. Cuma bagi saya tak boleh lawan lagi Wasilah Cinta Weera & ...Dan Cinta Pun Tersenyum. Buku ni saya beri 4 stengah bintang. Untuk tahu lebih lanjut, boleh dapatkan buku ni ya kat Belidiskaun...

Dah abis buku ni, makcik baca buku Ramlee Awang Murshid pulak. Fiksyen 302.
Mula-mula baca macam faham. Tapi makin lama makin buat makcik rasa macam blur jap. Ni sapa sebenarnya orang jahat ni... Confius makcik... Last sekali, oleh kerana tak tahan nak tau saper orang jahat ni, akhirnya makcik mempercepatkan bacaan. Makcik melangkau-langkau paragraph2 yang ade.... kih kih kih... bila dah tau aje sape sebenarnya dalang, fuh, lega hati makcik (dah kenapa tetiba menggelarkan diri makcik ni??? layan ajelah mood skarang ni...). Lupa plak, buku ni makcik bagi 3 stengah bintang ajelah sebab makcik lebih suka buku2 RAM yg Bagaikan Puteri dan Ranggau (yg ni makcik bagi 5 bintang).

Dah settle buku RAM ni, makcik baca buku karya Norhayati Berahim pulak. Menunggu Keretapi.
Buku ni makcik lambat skit habis baca. Mana taknya, merayap dengan family suami berjalan2 time cuti sekolah hari tu... jadinya, curi2 masa ajelah nak membacanya... Buku ni yang bestnya ialah bab sharing the knowledge. Makcik ni memang kekurangan masa untuk menambah ilmu pengetahuan jadinya makcik amat2lah berterima kasih dengan Puan NB ni kerana memberi makcik maklumat2 yang terkini (walaupun dah lama tapi bg makcik ianya tetap baru bila baru 1st time tahu tentang info tu). Buku ni makcik bagi 4 bintang...

Buku terakhir yang baru aje makcik abis baca ialah buku Dari Milan Ke Maran dari Norhayati Berahim gak.
Buku ni makcik suka sangat. Makcik bagi 4 stengah bintang... Sebabnya watak Moon dan Sharmin yang ceria dalam buku ni membuatkan makcik pun rasa ceria. Watak Moon ni jugak mengingatkan kembali makcik pada seorang rakan dahulu yang macam Moon. Dia pernah kata dengan makcik yang dia nak buat pembedahan jantina. Makcik pujuk-pujuk dia agar jangan buat dan ingatkan arwah ayah dia yang kasihan di alam sana. Tapi, makcik nak cakap lebih tak beranilah dengan dia sebab mak dia masih hidup plus, mak dia pun dok sokong dia jadi 'au'. Makcik nak kata apa lagi. Cuma makcik berdoa (jika dia masih hidup), Allah kurniakan hidayah dan jalan yang lurus pada dia dan maknya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...